Malaysia Tidak Lagi Dilihat Sebagai Negara Berkecuali Kata Mat Sabu


 
March 20, 2021 Malaysia kini dilihat tidak lagi bersikap berkecuali dan condong ke pihak tertentu dengan keputusan Pyongyang memutuskan hubungan diplomatiknya dengan negara ini.
Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata sejak berdekad-dekad lamanya Malaysia dianggap sebagai negara berkecuali dan ia memberi manfaat kepada negara serta rantau Asia Tenggara.
Katanya walaupun Putrajaya mengadakan hubungan dengan Singapura, New Zealand, Australia dan United Kingdom dalam kerjasama Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), namun ia tetap tidak menjejaskan pendirian Malaysia yang turut berada dalam Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM).
“Apabila Korea Utara memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia, ia dilihat seolah-olah Malaysia condong kepada kanan dan tidak lagi benar benar berkecuali.
“Sudah tentulah Pyongyang yang mempunyai hubungan rapat dengan China – yang menjadi gergasi ekonomi utama dunia – perlu diambil perhatian khusus oleh Malaysia supaya dasar berkecuali Malaysia itu diperkukuh dan diperteguhkan,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Semalam Korea Utara mengumumkan negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia susulan tindakan Putrajaya mengekstradisi seorang rakyatnya ke AS untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.
Kementerian Kuar Korea Utara juga mengingatkan Washington mereka akan “membayar harga” atas tindakan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita KCNA.
Pada 9 Mac lalu, mahkamah Malaysia memutuskan seorang lelaki Korea Utara, Mun Chol Myong, boleh diekstradisi ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.
Mun ditangkap pada 2019 setelah AS menuduhnya melanggar sekatan dengan membekalkan barangan terlarang ke Korea Utara serta terbabit dalam pengubahan wang haram menerusi sejumlah syarikat.
Dia membantah permohonan ekstradisi dengan alasan bahawa tindakan itu bermotif politik.
Kementerian itu menyifatkan tindakan Malaysia sebagai “jenayah tidak boleh dimaafkan” yang didakwa dilakukan kerana tekanan AS.
“Kementerian Luar Korea Utara mengumumkan hubungan diplomatik dengan Malaysia diputuskan sepenuhnya,” lapor KCNA.
Menurut Mohamad Malaysia menjalin hubungan diplomatik erat dengan Beijing pada 1975 melalui lawatan perdana menteri ketika itu, Abdul Razak Hussein.
Bekas menteri pertahanan itu menambah Malaysia tidak boleh dilihat condong kepada kuasa dunia tertentu sebaliknya mesti dilihat kekal berkecuali.
Hal itu kerana kata Mohamad sejak sekian lama Malaysia memainkan peranan yang berkesan di peringkat antarabangsa disebabkan dasar berkecuali yang dipelopori oleh Allahyarham Abdul Razak.
Dasar itu katanya diteruskan oleh perdana menteri selepas itu namun keadaan bertukar di bawah kerajaan hari ini apabila ia mula dipertikaikan.
“Semoga Malaysia kembali kepada asas asasnya sebagaimana diamalkan selama ini,” kata Mohamad.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/malaysia-tidak-lagi-dilihat-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Berdepan Semula Jika Pas Tolak Bn Kata Tok Mat

Perlu Berdepan Semula Jika Pas Tolak Bn Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Umno berkata sekarang PAS yang akan tentukan sama ada mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional atau tidak pada PRU15 Timbalan Presiden Mohamad Hassan bagaimanapun mengingatkan PAS akan mendapat lebih banyak faedah dan manfaat s...
Mat Sabu Decries Insulting Treatment Of Opposition

Mat Sabu Decries Insulting Treatment Of Opposition

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 348 hits
Amanah president Mohamad Sabu today decried what he claimed was an insulting treatment of the opposition by Parliament officials Mohamad claimed opposition leader Anwar Ibrahim who chaired a briefing for opposition MPs at Parliament today w...
Masjid Temerloh Jaya Dinobatkan Sebagai Masjid Terbaik Pengimarahan Solat Dalam Anugerah Masjid Malaysia 2021

Masjid Temerloh Jaya Dinobatkan Sebagai Masjid Terbaik Pengimarahan Solat Dalam Anugerah Masjid Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 802 hits
Tahniah Masjid Temerloh Jaya Temerloh Pahang apabila dinobatkan sebagai masjid terbaik dalam Pengimarahan Solat bagi Anugerah Masjid Malaysia Tahun 2021 Jumaat yang lepas telah berlangsung Anugerah Masjid Malaysia tahun 2021 yang disiarkan ...
Asyraf Nak Mat Sabu Taat Setia Dengan Saudi Macam Najib Lafazkan Janji Pada Trump Ke

Asyraf Nak Mat Sabu Taat Setia Dengan Saudi Macam Najib Lafazkan Janji Pada Trump Ke

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 338 hits
March 10 2021 ASYRAF WAJDI NAK MAT SABU TAAT SETIA DGN SAUDI MCM NAJIB LAFAZKAN JANJI PADA TRUMP KER Seperti aku tulis Kalau nak tengok perangai lebai PAS dalam UMNO tengok si Asyraf Wajdi Macam mana dia kata tindakan Kerajaan Malaysia Mat ...
Malaysia Negara Pertama Guna Bas Tanpa Pemandu Di Asia Tenggara

Malaysia Negara Pertama Guna Bas Tanpa Pemandu Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 395 hits
FMT ReportersBas tanpa pemandu pertama akan beroperasi di Iskandar Malaysia PETALING JAYA Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai sistem pengangkutan bas tanpa pemandu atau bas pandu sendiri yang akan direalisa...
Malaysia Rumah Keduaku Berisiko Jadikan Malaysia Negara Jenayah

Malaysia Rumah Keduaku Berisiko Jadikan Malaysia Negara Jenayah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 461 hits
PETALING JAYA Kerajaan digesa mengkaji semula program Malaysia Rumah Keduaku yang dilihat gagal menapis pemohon sehingga Malaysia berisiko dijadikan negara jenayah Bercakap kepada Utusan Malaysia penganalisis jenayah Shahul Hamid Abdul Rahi...
Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

Ini Semua Konspirasi Malaysia Akan Terima Akibat Kata Konsulat Korea Utara Yang Dihalau Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 558 hits
Kakitangan Kedutaan Korea Utara dilaporkan telah mengosongkan bangunan kedutaan pada jam 10 55 pagi Ahad setelah kerajaan mengambil tindakan mengarahkan mereka semua diusir ke negara asal susulan tindakan Korea Utara yang memutuskan hubunga...
Parti Cina Ini Tinggal Di Mana Malaysia Atau Negara Komunis

Parti Cina Ini Tinggal Di Mana Malaysia Atau Negara Komunis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 422 hits
Benarkah MCA asas kestabilan politik Malaysia SAYA sempat menonton rakaman AGM MCA 2021 Pemuda dan Wanita melalui saluran YouTube yang dimuat tarikh MCA ditonton tidak sampai 500 orang Sepatutnya dengan keahlian lebih sejuta sudah tentu ton...
This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Ready To Wear A Streetfighter Kit For The Harley Davidson Pan America

Pokok Susu Nabi Atau Ara Tanah Banyak Manfaat Untuk Kesihatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rania Teruja Dapat Kek Birthday Kuromi

Proton E Mas 7 Terima Kemas Kini Warna Baharu Sokongan Apple Carplay Ciri Pintar

Ac Mizal Dedah Man Senoi Punca 4u2c Berpecah Tegaskan Konsert We 4u2c Tetap Diteruskan Kami Berada Di Pihak Yang Betul

Dua Ditahan Acu Pistol Tiruan Selepas Kereta Berlanggar

The Rise Of Retro Gaming Why 8 Bit Nostalgia Still Powers Pop Culture

Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game