Idw Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos


IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos | Memang bukan murah untuk mendapatkan khidmat ID professional yang cukup bijak menzahirkan rekaan untuk rumah kita apatah lagi rumah masakini cukup terhad ruangannya dan serba serbi kecil. Jadinya saya dan anak-anak cuma menyusun atur rekaan dalaman rumah dengan melihat social media lebih kepada try and error gitu.
 IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos
Bila buku IDW ni sampai, memang cukup teruja bila melihat helaian demi helaian rekaan dalaman dari naskah IDW yang memberikan inspirasi dengan 200 rekaan untuk pelbagai ruang berserta floor plan yang mungkin boleh menjadi kenyataan di rumah sendiri. Boleh la jimat kos sedikit untuk kos ID kan. Bukan itu saja, pemilik syarikat yang masih tercari-cari design untuk ruang pejabat pun ada dalam buku yang cukup ekslusif ini.
 IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos
Dalam buku IDW ini, terdapat selitan cerita bagaimana pasangan suami isteri, IDr Hj Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr Hjh Rabiatul Adawiyah Rasol yang punya minat yang sama  melibatkan diri dalam bidang rekaan dalaman. Memang  cukup memberi inspirasi kepada saya betapa kuat dan tabah mereka menempuh dugaan, jatuh bangun dalam bidang yang diceburi bersama dari mula hingga kini. 


Cabaran Membina IDWIDW Design & Build (IDW) ditubuhkan pada tahun 2007 setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta ketika kedua mereka baru menamatkan  pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berusia hanya 21 tahun.
Kemudian mereka ditawarkan projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k yang mengambil masa selama setahun untuk disiapkan di waktu mereka berusia 23 tahun. Namun disebabkan pengalaman yang kurang dan tambahan pula usia kedua mereka masih muda, pasangan ini kerap ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.
Walaubagaimanapun kedua pasangan ini mempunyai tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana dan dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.
Lokman Hakim yang merupakan Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan dan terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Namun keduanya tetapkan tekad membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.


Tragedi Kebakaran Penguat SemangatPada tahun 2017, berlaku tragedi kebakaran IDW New Zealand yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. Pengalaman ngeri ini juga membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.
Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Mereka bertekad  untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna


Rezeki Dari Fenomena COVID Sememangnya tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. 
Dengan mengambil sikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW terus bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan terus fokus, mengkaji apa yang berkemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.
Perlaksanaan arahan kawalan pergerakan memberi rezeki dan permintaan orang ramai yang ingin mencantikkan ruang kediaman semakin meningat kerana mereka mahukan ruang kediaman yang cantik, tidak membosankan serta selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.
Rezeki dari fenomena Covid dengan new normal ini terus mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar IDW, jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan dengan keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malahan, IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.
Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik dan dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.
Kini, buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi
 IDW Merealisasikan Reka Bentuk Dalaman Untuk Rumah Idaman Dengan Jimat Kos

Realisasikan Impian Dekorasi Rumah Dengan Buku IDWSecara jujurnya, saya sangat syorkan setiap orang wajar mendapatkan buku IDW yang pastinya mampu memberi idea untuk menatarias ruangan dalam rumah seperti yang diingini. Tambahan pula buku IDW ni pasti akan dapat mengurangkan kos konsultansi pereka dalaman apatah lagi rata-rata kita mempunyai sumber kewangan terhad. Dengan tawaran 200 reka bentuk dan gaya untuk keseluruhan ruang dalam rumah, buku ini pasti dapat realisasikan impian dekorasi rumah dengan buku IDW ini. 
Buku yang cukup lengkap untuk sebuah rumah! Buku yang menawarkan kepelbagaian dalam menghias setiap ruangan dalam rumah dan kalau jenuh nak pegang buku, anda boleh scan QR code dan laju jer scroll dan swipe design melalui telefon pintar anda!
Memang tak keterlaluan untuk saya katakan buku IDW ni memang menyajikan best inerior design in Malaysia dari gaya minimalis house design, modern house interior, boho room decor, bohemian decor, contemporary interior design dengan cukup perasanya.
Anda boleh dapatkan "PLUG & PLAY" Interior Design Book pertama di Malaysia ini yang berharga RM2897 dengan harga PROMO RAYA iaitu RM397 sahaja!
Untuk mendapatkan keterangan lanjut atau ingin memiliki buku design Collection IDW ini, anda boleh layari https://idw.design/idw-collection-design/ atau jengah Instagram IDW di @idw.design 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/03/idw-merealisasikan-reka-bentuk-dalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Semua Mampu Miliki Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Idaman Dengan Idw Design Collection

Kini Semua Mampu Miliki Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Idaman Dengan Idw Design Collection

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 213 hits
Kini Semua Mampu Miliki Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Idaman Dengan IDW Design Collection Memiliki rumah idaman dengan interior design yang eksklusif dan mewah tentu menjadi impian semua orang Namun begitu agak sukar bagi yang kurang ber...
Idw Design Collection Idea Reka Bentuk Dalaman Rumah Di Malaysia Dengan Ruang Yang Selesa Dan Praktikal

Idw Design Collection Idea Reka Bentuk Dalaman Rumah Di Malaysia Dengan Ruang Yang Selesa Dan Praktikal

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum Salah satu aktiviti masa lapang Fiza adalah menonton televisyen dan antara rancangan kegemaran Fiza adalah dengan menonton salah satu channel berbayar yang mana siarannya berkisar mengenai rumah Fiza paling suka tonton siara...
Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Dengan Idw Design Collection

Servis Reka Bentuk Dalaman Rumah Mampu Milik Dengan Idw Design Collection

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 429 hits
IDW Design Collection Buku Rujukan Reka Bentuk Dalaman Mudah GunaRumah dengan reka bentuk dan susun atur dalaman yang kemas serta cantik menjadi idaman setiap orang Barulah selesa dan ceria setiap hari kan Tapi kerja mereka bentuk dalaman r...
Naskah Idw Design Book Merealisasikan Ruang Impian Dalaman Rumah Setiap Insan

Naskah Idw Design Book Merealisasikan Ruang Impian Dalaman Rumah Setiap Insan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 330 hits
Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat MalaysiaSetiap dari kita pasti menginginkan sebuah rumah dengan tatarias ruang dalaman mengikut impian yang telah lama terpendam Ana sendiri melaluinya ketika mula mula menandatangan...
Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Seluruh Malaysia

Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 363 hits
Perkhidmatan Reka Bentuk Dalaman Bajet Rendah Di Malaysia Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Bila bercakap tentang reka bentuk dalaman rumah memang Sha teruja Siapa yang tak sukakan rumah yang cantik nampak mewah dan eksklusif kan Ka...
Design Collection Idw 200 Design Dalaman Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik

Design Collection Idw 200 Design Dalaman Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 492 hits
Aishhh lawa betullah hiasan dan deko dalaman rumah akak sorang ini Walaupun rumahnya tu cuma rumah flat Tapii serius lah memang cantik Pandai dia gabungkan warna dengan perabot dan hiasan lain dalamnya tu Tak ketara sangat ruang sempit kat ...
Buku Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

Buku Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 364 hits
Cabaran Membina IDW Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman IDW Design Build pada tahun 2007 ketika masing masing berikut 21 tahun Ketika itu masing masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari...
Resipi Naget Tempura Ayam Favourite Anak Anak Bentuk Comel Sedap Lagi Jimat

Resipi Naget Tempura Ayam Favourite Anak Anak Bentuk Comel Sedap Lagi Jimat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 203 hits
Masa yang suntuk membuatkan deretan makanan yang mudah seperti nuget menjadi pilihan kita untuk anak anak Namun rasa khuatir dengan kandungan bahannya membuatkan ibu berfikir banyak kali sebelum menyediakan untuk anak Mahu lebih selamat apa...
Rekabentuk Dalaman Rumah Ikut Citarasa Dan Konsep Pilihan Yang Di Minati

Rekabentuk Dalaman Rumah Ikut Citarasa Dan Konsep Pilihan Yang Di Minati

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 574 hits
Setiap pemilik rumah sudah tentu bermimpi mewujudkan keselesaan dan kehangatan di rumahnya Semestinya rekabentuk dalaman rumah ini mengikut citarasa dan konsep pilihan yang di minati oleh pemilik rumah Boleh buat dan reka sendiri rekabentuk...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Fam What Happened To The World Cup Tickets

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Kad Hari Raya Koleksi Idea Dan Rekabentuk Menarik

Masum 2024 Senarai Sukan Dan Tarikh Pertandingan

Tanda Tanda Kolesterol Tinggi Dan Cara Cara Mengurangkan Kolesterol Ke Paras Normal

Paling Kejam Bawa Mayat Ke Bank Untuk Apply Loan 3400 Walaweeiii

Pak Ngah Balik

Selamat Jalan Ke Negeri Abadi Kak Zah