Perkataan Heart Broken Dari Anak Buat Saya Tersentak Anak Lambat Cakap Deep Perkongsian Doktor Ni


Walau anak kita terlambat bercakap tapi mereka punya emosi yang sebenarnya kita tidak perasan. Anak lebih kecewa bila mana kita seolah-olah tidak cuba untuk memahami setiap yang mereka ingin perkatakan.
Berilah masa dan belajar untuk mendengar dan sekaligus membantu apa anak nak cuba sampaikan. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini patut mak ayah jadikan panduan. Belajar fahami anak!

Anak saya ni yang bongsu ni ada sedikit kelewatan bercakap. Masuk umur dia setahun setengah, saya dah perasan dia bercakap dengan butir kata yang tak difahami, dan dia kerap meragam.
Kemudian saya ada bawa dia ke pusat rehab saya untuk dinilai oleh jurupulih terapi carakerja (occupational therapist/OT) sama ada dia ada tanda-tanda spektrum Autism (ASD).
Saya doktor rehab, tapi bila saya kena nilai anak sendiri, pasti akan ada bias dalam penilaian saya. Saya tak mahu penilaian yang dipengaruhi faktor peribadi. Jadi saya minta OT saya nilai.

Selepas dinilai, OT saya kata, anak saya ni fokusnya OK, boleh mengikut arahan, dan tiada tanda-tanda besar yang dia ada ASD. Cuma, pertuturan dia lewat. OT saya pun pesan saya beberapa perkara untuk rangsang dia bercakap.
Walaupun nampak pelik sikit: Pekerja pesan pada boss, OT mengajar doktor rehab. Namun, pada ketika itu saya mendengar sebagai seorang bapa, bukan sebagai boss atau doktor. Saya ada juga hantar anak saya ke jurupulih pertuturan(speech therapist).
Alhamdulillah ada perkembangan. Apabila dia mula bercakap, walaupun dia hanya cakap dalam ayat yang mengandungi satu atau dua perkataan, dia berani cakap apa yang terbit dalam hati dia.

Ada satu malam tu, dia macam merajuk. Saya pun pergilah pujuk dia. Saya tanya dia kenapa dia bermuram sahaja. Dia jawab 3 perkataan sahaja, tapi ia buat saya tersentak. “Amal, heart broken”
Itu yang dia kata. Bila saya cuba korek lagi kenapa dia cakap macam tu, dia cuba sampaikan perasaan dia dengan perkataan terhad yang dia tahu. Lebih kurang beginilah apa yang dia cuba beritahu:-
Oleh kerana dia sukar bercakap, dia selalu rasa sedih sebab apabila dia nak beritahu sesuatu, saya dan isteri tak dapat faham. Bila kami tak faham, dia pun akan ulang-ulang cakap. Kadang-kadang dia tinggikan suara.
Bila dia asyik ulang dan tinggi suara, kami pula marah dia. Akhirnya dia tak berjaya sampaikan isi hati dia, malah dimarahi dia. Itulah yang buat dia “heartbroken”. Rasa sedih pula bila mengenangkan berapa kerap saya marah dia sebelum itu.

Sebenarnya kalau saya layan mendengar dia elok-elok dan dengan sabar, saya akan boleh faham apa dia nak cakap. Cuma selama ni saya tak sabar, saya penat dengar dia ulang perkataan yang saya tak faham. Saya tak benar-benar cuba untuk faham.
Sekarang ni pada umurnya baru masuk 4 tahun, setiap malam, dia akan panggil saya ke bilik tidurnya. Bukan dia minta saya bacakan cerita untuk teman dia tidur, tapi dia minta saya dengar dia bercakap. Dia akan bercerita panjang.
Percakapan dia masih belum fasih. Kadang-kadang salah perkataan yang digunakan. Kalau dia tak tahu nak gunakan perkataan apa, dan dia tunjuk pakai bahasa isyarat tangan. Ada masa, dia dah buntu bagaimana nak beritahu dia akan kata “errm, I don’t know” sambil buat muka pasrah.
Tak seperti dulu, sekarang ni saya akan dengar semua celoteh dia. Yang mana salah, saya betulkan. Yang mana saya tak faham, saya cuba teka dan tanya dia adakah itu yang cuba dia maksudkan. Ada masa saya teka betul, ada masa salah. Kalau betul, dia gembira bukan main.

Banyak malam, dia tertidur ketika dia asyik bercerita. Banyak malam juga saya tertidur di biliknya ketika dia bercerita. Sesetengah malam, saya tidur di katilnya sampai esok pagi. Ada pagi, jika dia bangun sebelum saya, dia kejut pula saya untuk dia sambung bercerita.
Ada hari, ketika saya sibuk menaip di komputer, dia tiba-tiba datang kepada saya dengan wajah gembira dan bertanya apa saya buat. Lepas saya beritahu saya buat kerja, dia pun kata “OK! Amal like(love) you, Ayah.” kemudian dia akan lari meninggalkan saya dan sambung bermain.
Celotehnya macam tak ada penghujung, tapi saya pasti bila dia membesar, dah ada ramai kawan, dah ada kekasih, pasti dia tidak lagi mencari saya untuk berkongsi perasaan dan isi hati dia. Ketika itu pasti saya akan rindu gelagat dia. Saya pasti rindu kejujuran kata-kata dia.

Cuba lihat wajah anak-anak kita semasa mereka tidur atau leka bermain. Tanya diri kita sama ada kita ni benar-benar tahu apa yang terbuku dalam hati mereka atau tidak. Pernah tak mereka luahkan? Kenapa mereka tak luahkan pada kita? Adakah kita yang tak mendengar?
Hanya kalian tahu jawapannya, dan saya harap kalian tahu apa perlu kalian dibuat. Jangan tunggu esok, jangan tunggu lusa. Jangan rugikan baki masa yang kit ada bersama mereka.
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Seorang Lelaki, belajar menjadi Ayah
Menarik: Anak Mengamuk Serentak Buat Mak Ayah Jadi Tak Keruan, Tak Perlu Marah-marah, Guna Teknik Disyorkan Pakar Ni

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Perkataan “Heart Broken” Dari Anak Buat Saya Tersentak” Anak Lambat Cakap, ‘Deep’ Perkongsian Doktor Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perkataan-heart-broken-dari-anak-buat-saya-tersentak-anak-lambat-cakap-deep-perkongsian-doktor-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Pandai Tiru Bunyi Dan Tunjuk Jari Petanda Awal Anak Ada Masalah Lambat Bercakap Awas

Tak Pandai Tiru Bunyi Dan Tunjuk Jari Petanda Awal Anak Ada Masalah Lambat Bercakap Awas

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 314 hits
Ada ketikanya kita sebagai mak ayah tak perasaan pun anak kita terlambat perkembangannya lebih lebih lagi terlambat memulakan percakapan sama macam kanak kanak yang lain Apa mak ayah perlu buat Patalogis Pertuturan Bahasa menggariskan beber...
Penat Uruskan Anak Seharian Ibu Perlu Usaha Dapatkan Deep Sleep Baru Makin Bertenaga

Penat Uruskan Anak Seharian Ibu Perlu Usaha Dapatkan Deep Sleep Baru Makin Bertenaga

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 260 hits
Bila sudah beranak kecil sebahagian masa seorang ibu akan dihabiskan dengan pelbagai urusan berkaitan anak Masa rehat untuk diri sememangnya akan semakin berkurang Bagi mengelakkan stress terlampau ibu kenalah bijak mengawalnya Tanpa rehat ...
Covid 19 Air Mata Doktor Gugur Kecewa Gagal Selamatkan Ibu Anak Dua

Covid 19 Air Mata Doktor Gugur Kecewa Gagal Selamatkan Ibu Anak Dua

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 275 hits
Air mata doktor gugur kecewa gagal selamatkan ibu anak dua Setiap hari terdapat kes kematian akibat Covid 19 dilaporkan dengan 1001 kisah menyayat hati yang pasti meninggalkan kesan mendalam terutama mereka yang menempuhnya Menerusi hantara...
Doktor Cakap Ini Pada Shuiib

Doktor Cakap Ini Pada Shuiib

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 759 hits
Kuala Lumpur Sarah sudah hampir 30 jam k0ma sejak dimasukkan ke Unlt Rwatan Rapl H0spital Universiti Kebangsaan Malaysia Dktor maklumkan Sarah sudah diti4rapkan dengan harapan okslgen dan parv parv boleh bekerjasama kata pelawak Shuib menge...
Nikmat Bahagia Bersama Isteri Ditarik Ketika Anak Usia 2 Bulan Sebak Perkongsian Bapa Ini

Nikmat Bahagia Bersama Isteri Ditarik Ketika Anak Usia 2 Bulan Sebak Perkongsian Bapa Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 373 hits
Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin benar benar terkesan di hati semua orang sehingga ada yang sedih dan rasa tak sanggup jika diuji sedemikian Lagi lagi bila mengenangkan anak anak yang masih kecil sesiapa pun pasti akan tersentuh h...
Jangan Layan Doktor Rawat Covid 19 Macam Penjenayah Saifuddin

Jangan Layan Doktor Rawat Covid 19 Macam Penjenayah Saifuddin

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 200 hits
By Mohd Zaini Samsu Hadi 28 July 2021KUALA LUMPUR Pembangkang mahu penjelasan berhubung siasatan Polis Diraja Malaysia terhadap seorang doktor yang didakwa diambil keterangan selama empat jam malam tadi berhubung Hartal Doktor Kontrak Perka...
Panda Gergasi Di Perancis Lahirkan Anak Kembar

Panda Gergasi Di Perancis Lahirkan Anak Kembar

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 211 hits
Panda dipinjamkan kepada Perancis lahirkan anak kembar PARIS Seekor panda gergasi dilaporkan melahirkan anak kembar di ZooParc de Beauval d tengah Perancis awal pagi ini Lapor BBC anak kembar panda gergasi yang dinamakan Huan Huan itu dilah...
Anak Muda Terus Lawan Biar Seribu Intimidasi

Anak Muda Terus Lawan Biar Seribu Intimidasi

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 204 hits
Anak muda terus Lawan biar seribu intimidasiBy 2 Aug 2021The Keluar dan Lawan protestHari ini 11 orang aktivis anak muda yang menyertai himpunan Keluar dan Lawan telah dipanggil oleh ibu pejabat Polis Dang Wangi untuk disiasat Siasatan ini ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal