Covid 19 Air Mata Doktor Gugur Kecewa Gagal Selamatkan Ibu Anak Dua



Air mata doktor gugur, kecewa gagal selamatkan ibu anak dua. Setiap hari terdapat kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan dengan 1001 kisah menyayat hati yang pasti meninggalkan kesan mendalam terutama mereka yang menempuhnya.
Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang pakar bius, Dr. Hana Hadzrami berkata, ramai doktor menangis kecewa kerana tidak mampu menyelamatkan pesakit muda yang dijangkiti virus berkenaan terutama varian baharu yang disifatkan ‘licik’.
“Semalam pesakit Covid-19 saya meninggal dunia. Serangan jantung ketika dalam posisi telungkup intubasi. Kelam-kabut kami telentangkan dia untuk bantuan pernafasan. Tekanan saluran pernafasan sangat tinggi, namun bukan disebabkan tiub tersumbat atau terbengkok.
“Beliau baru berusia awal 40-an. Semenjak kami tahu yang beliau balu anak dua kami memang sangat berwaspada,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsi lebih 7,600 kali baru-baru ini.
Menurutnya, sejak arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pihaknya tidak menyedari bahawa segala perkembangan pesakit tersebut dilaporkan kepada anaknya yang baru berusia 15 tahun.
“Semua sangka bercakap dengan anak dewasa. Sampailah hari saya ‘on call’ baru tahu, beliau (anak) tinggal di rumah kerana dikuarantin berdua dengan adiknya yang berumur 12 tahun.
“Kami tanya ada saudara mara lain? Langsung tiada. Tiada datuk nenek. Tiada pak cik, mak cik. Ayah sudah meninggal. Hanya jiran yang baik hati tolong hantar makanan sejak ibu mereka masuk wad,” tulisnya.
Kematian akibat varian baru semakin tinggi. – Gambar hiasan Imbaunya, dalam situasi yang begitu genting, petugas kesihatan melakukan prosedur untuk mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan dengan penuh kesungguhan dan terdesak sambil berdoa agar Tuhan menyelamatkannya.
“Namun dia tetap ‘pergi’. Sewaktu saya suruh pegawai perubatan sampaikan berita kepada anak arwah pada pukul 1 pagi, dalam hati saya tertanya-tanya bagaimana remaja umur 15 tahun hendak uruskan pengebumian ibunya.
“Hati saya benar-benar kosong waktu saya mandi selepas doffing (membuka pakaian dan peralatan perlindungan diri). Menangis ketika mandi. Namun kesedihan itu tidak lama.
Setengah jam kemudian saya dipanggil masuk ke ICU kerana ada pesakit lain yang berumur 30 tahun tiba-tiba desaturate (paras oksigen darah turun). Tukar tiub, telungkupkan dia. Sibuk sampai ke pagi,” ujarnya.
Katanya, begitulah keadaan yang terpaksa dihadapi petugas kesihatan dengan pesakit yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an yang boleh meninggal dunia secara tiba-tiba di depan mata mereka.
“Kami sedih, namun tak sempat berduka. Segala keperitan kami simpan jauh di lubuk hati. Simpan, simpan, simpan hingga hati keras dan kebas. Sampai bila?
“Takkan kami lupakan sampai bila-bila pandemik yang membuatkan ramai anak-anak menjadi yatim piatu ini,” tulisnya
Air mata doktor gugur, kecewa gagal selamatkan ibu anak dua
Baca Artikel Menarik :
Pemuda Pas jangan lebih sudu dari kuah TPM tak ambil alih secara automatik jika PM berundur Nazri kata surat akuan MP BN sahih, dalam ‘simpanan TPM’ Molek MCA dan MIC ikut nasihat Gerakan dari asyik menumpang tuah Hanya undi dalam Parlimen dikira, bukan dakwaan sokongan Resepi Aiskrim Goreng Sempoi, 2 Bahan jer Layari Laman Facebook MYKMU
Pas masih bersama kerajaan Perak

The post Covid-19: Air mata doktor gugur, kecewa gagal selamatkan ibu anak dua appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/03/covid-19-air-mata-doktor-gugur-kecewa-gagal-selamatkan-ibu-anak-dua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Hamil Simptom Tak Larat Mual Tapi Simptom Covid 19 Pun Sama Macam Mana Nak Bezakan Ini Penjelasan Doktor

Ibu Hamil Simptom Tak Larat Mual Tapi Simptom Covid 19 Pun Sama Macam Mana Nak Bezakan Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 339 hits
Satu dari sepuluh wanita hamil mendapat Covid 19 dan 50 tiada simptom Dan lebih 2 kali ganda bayi terpaksa dikeluarkan lebih awal untuk menyelamatkan kedua dua nyawa ibu dan bayi Hos Pa Ma Dr Maiza Menurut perkongsian Dr Miaza Tusimin Pakar...
Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Budak 10 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata Terpaksa Kuarantin Sendirian Di Rumah

Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Budak 10 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata Terpaksa Kuarantin Sendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 370 hits
Ibu bapa sudah meninggal dunia kerana COVID 19 seorang kanak kanak berusia 10 tahun dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri di rumahnya
Budak 10 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Selepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Kuarantin Sendirian Di Rumah

Budak 10 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Selepas Ibu Bapa Maut Akibat Covid 19 Kuarantin Sendirian Di Rumah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 276 hits
Ibu bapa sudah meninggal dunia kerana COVID 19 seorang kanak kanak berusia 10 tahun dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri di rumahnya Lebih memilukan ibunya dikatakan meninggal dunia dalam keadaan hamil lima bulan pada Isnin ...
Hiburan Air Mata Kopiah Dah Tak Boleh Selamatkan Kamu Lagi Dah Caprice

Hiburan Air Mata Kopiah Dah Tak Boleh Selamatkan Kamu Lagi Dah Caprice

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 278 hits
Penyanyi Caprice memaklumkan di Instagramnya hari ini bahawa dia telah menerima banyak ugutan daripada orang ramai gara gara pendedahannya mengenai Ebit Lew dan juga perihal misi bantuan kemanusiaan di Gaza tempoh hari AdvertisementUjar Cap...
Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil Ibu Tunggal Dijemput Ilahi Selepas Dijangkiti Covid

Tinggalkan 6 Anak Masih Kecil Ibu Tunggal Dijemput Ilahi Selepas Dijangkiti Covid

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 326 hits
Jika di awal kes penularan wabak Covid 19 tahun lalu kita risaukan kesihatan golongan yang mempunyai penyakit kronik dan warga emas Namun sekarang ia sangat berbeza sekali kerana ramai golongan muda yang mendapat jangkitan Covid sehingga di...
Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

Semoga Sarah Kuat Bertahan Demi Anak Anak Frontliner Kongsi Pengalaman Jaga Ibu Hamil Stage 5 Covid 19

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 419 hits
Semoga kedua duanya selamat begitulah doa dari frontliner ini dan juga warga maya yang tidak putus putus mendoakan kesihatan buat Siti Sarah Raissudin serta bayi setelah Siti Sarah ditidurkan akibat paras oksigen yang rendah kerana jangkita...
Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 321 hits
Seorang ibu tunggal yang dijangkiti Covid 19 sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun supaya pergi ke rumah anak yatim sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin Pemeriksaan awal menggunakan kit ...
Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

Air Mata Siti Sarah Tatapan Terakhir Shuib Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 337 hits
Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak anak Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia ber...
Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

Tolong Selamatkan Bayi Saya Walaupun Bertarung Nyawa Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 326 hits
Walaupun sedang bertarung nyawa ibu yang positif Covid 19 tetap fikirkan anak dalam kandungan dan minta pada doktor Tolong selamatkan bayi saya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir