Nikmat Bahagia Bersama Isteri Ditarik Ketika Anak Usia 2 Bulan Sebak Perkongsian Bapa Ini
Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin benar-benar terkesan di hati semua orang sehingga ada yang sedih dan rasa tak sanggup jika diuji sedemikian. Lagi-lagi bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil, sesiapa pun pasti akan tersentuh hati.
Bukan itu saja, ujian yang dilalui oleh Shuib itu telah membuka mata ramai suami untuk lebih menghargai kehadiran isteri dan anak-anak. Selagi ada peluang pastikan kenangan bersama insan tersayang sentiasa ada.
Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa
Melalui perkongsian di Facebook Faid Norazmi yang juga seorang bapa tunggal, beliau juga pernah merasai kehilangan isteri tercinta. Beliau terpanggil untuk berkongsi apa yang dirasakan sepanjang tiga tahun enam bulan kehilangan isteri selepas dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Tambahnya lagi, kehidupan bahtera sebagai suami isteri hanya bertahan selama satu tahun satu bulan dan lebih menyedihkan anak kecil mereka baru berusia dua bulan waktu itu.
Pesanan buat mereka yang masih ada & bakal ada pasangan
Beliau juga berkongsi beberapa tips untuk sentiasa mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan dalam berumah tangga.
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak di tengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daripada kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi.
Semoga coretan ini bermanfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita.
Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti. Aaminn ya Rabbal Alamin.
Kredit: Faid Noorazmi
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Nikmat Bahagia Bersama Isteri Ditarik Ketika Anak Usia 2 Bulan”. Sebak Perkongsian Bapa Ini appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nikmat-bahagia-bersama-isteri-ditarik-ketika-anak-usia-2-bulan-sebak-perkongsian-bapa-ini/