Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Sebuah Sistem Marketplace Dan Bisnes Ecommerce


Sebelum ini saya telah pun menulis topik tentang kejayaan sistem marketplace. Kalau anda masih belum baca, jemput baca dulu ya.
Sila ke halaman ini: Faktor kejayaan sebuah sistem marketplace
 
Kali ini, kita tengok pula punca-punca yang boleh menyebabkan bisnes ecommerce dan juga sistem marketplace gulung tikar.
 
(1) Modal yang tak mencukupi Isu tentang modal.
 
Pengendali sistem marketplace atau laman web ecommerce beroperasi dengan modal yang sangat terhad. Mungkin pada mulanya dia menyangka kos untuk menjalankan bisnes seperti ini hanyalah sekadar untuk dapatkan nama domain, hosting, install sistem ecommerce sahaja.
 
Dia tak perasan, sebenarnya ada banyak lagi kos-kos yang perlu  dilaburkan untuk menjayakan bisnes seperti ini.

(2) Tiada business plan ataupun rancangan perniagaan Macam mana boleh terlepas pandang bab modal? Biasanya sebab tiada perancangan yang rapi sebelum melancarkan bisnes.
 
Hanya ada kemahiran teknikal atau IT, masih belum cukup untuk berjaya dalam bisnes.
Cuma pandai buat bisnes, faham semua falsafah perniagaan juga masih belum cukup untuk berjaya.

 
(3) Tidak mempunyai strategi pemasaran online yang mantap Jika pemasaran online bukanlah bidang yang paling anda mahir, maka anda perlu dapatkan bantuan dari pihak ketiga untuk bantu anda merangka satu strategi pemasaran yang berkesan.
 
Adakah anda nak fokus pada kaedah iklan berbayar? Jika ya, berapakah budget yang sanggup anda laburkan?
Atau adakah anda nak fokus pada kaedah percuma? Jika ya, berapa lama dan setakat mana anda sanggup untuk bekerja bagi menjayakan kaedah pemasaran percuma ini.
 
(4) Laman web anda tidak tersenarai di search engine terutamanya Google Pengguna internet mempunyai suatu tabiat yang lebih kurang sama.
 
Ketika mereka merancang untuk membeli sesuatu produk, mereka akan mulakan carian di laman web Google terlebih dahulu. Disesetengah negara, Google mungkin kurang popular, jadi mereka akan mulakan carian menerusi laman web carian pilihan mereka terlebih dahulu.
 
Untuk pengguna di Malaysia ini, saya boleh katakan Google adalah pilihan yang paling popular. Katakanlah laman web ecommerce anda menjual jam tangan jenama G-Shock.
 
Apabila pengguna menaip kata kunci “jam tangan g-shock” adakah laman web ecommerce anda tersenarai di muka surat pertama google?

Jika jawapan anda adalah YA, maka projek atau bisnes ecommerce anda berada di landasan yang betul untuk berjaya dan pergi jauh. Sebaliknya, kalau laman web anda tidak tersenarai, bermakna bisnes anda berada dalam kedudukan yang kurang baik berbanding pesaing anda.
 
Bagaimana kalau laman web ecommerce anda tak berjaya masuk ke page pertama google? Jangan risau, masih ada lagi cara lain yang anda boleh gunakan.
 
Gunakan blog (sama ada yang dibina menggunakan perisian wordpress self hosted mahupun yang dibina menggunakan servis percuma blogspot) dan tulis seberapa banyak artikel yang mempromosikan laman web ecommerce anda.
 
Contohnya yang saya lakukan untuk artikel berjudul senarai laman web penjual jam tangan jenama G-Shock Original ini. Artikel ini saya tulis bertujuan untuk mempromosikan kedai-kedai yang menjual jam tangan di laman web Lazada.

(5) Produk yang anda jual kurang permintaan atau pasaran terlalu kecil Something wrong dengan pemilihan produk. Kena faham konsep saiz pasaran dan permintaan terhadap sesuatu produk.
 
Jika produk anda hanya diminati oleh satu-satu kumpulan sahaja, dan kumpulan tersebut tidak begitu besar, maknanya anda dalam bahaya.
 
Pengguna yang masuk ke laman web anda, akan terus tutup website tersebut dan tak akan kembali lagi, sebabnya produk yang dijual ditempat anda tidak menepati kehendak mereka.
 
(6) Kehabisan modal Ini ada kaitan dengan poin sebelum ini, yang mana anda beroperasi dengan modal yang sangat terhad. Cuba bayangkan apa akan jadi pada bisnes anda apabila anda kehabisan modal?
 
Ya, ada banyak benda yang anda tak dapat nak lakukan.
 
Anda tak boleh nak teruskan kempen pengiklanan.
Anda tak boleh nak restock produk.
Jika berlaku sebarang masalah pada tempahan, contohnya seperti produk yang pelanggan beli rosak dan pecah, anda tak boleh nak gantikan dengan segera.
 
Boleh jadi anda terpaksa bagi macam-macam alasan untuk tak nak bagi ganti rugi sebab anda memang dah tak ada modal dan tak mampu untuk berbuat demikian.
 
(7) Harga produk yang anda jual kurang menarik Harga anda terlalu mahal ataupun lebih kurang sama dengan harga dilain-lain tempat.
 
Pelanggan yang nak buat pembelian secara online, mereka ini mengharapkan harga yang murah. Lebih murah berbanding dilain-lain tempat. Lagi satu, sebagai pelanggan kita semua sedia maklum yang mana peniaga online mampu untuk berikan harga yang murah sebabnya
i. Peniaga online tiada kedai fizikal jadi tak perlu nak bayar sewa
ii. Bagi yang berniaga secara solo, dia tak perlu nak bayar upah pekerja
 
Semua penjimatan yang dinikmati oleh peniaga online sepatutnya boleh diterjemahkan dalam bentuk diskaun yang banyak kepada pembeli. Ya, saya tahu bukan semua peniaga online mampu untuk buat macam tu, tapi sebagai pembeli, kita peduli apa?
 
Bila kita kata kita mahukan harga yang lebih murah, kita bukannya nak dengar masalah penjual. Kalau penjual tersebut tak dapat nak berikan tawaran yang kita nak, kita boleh cari sahaja penjual lain.
 
(8) Pelanggan boleh dapatkan harga yang lebih menarik dari pesaing Cuba lihat laman web lain yang menjual produk yang sama. Adakah anda mampu untuk berikan harga yang sama? Atau lebih murah?
 
Jika tak mampu, besar kemungkinan pelanggan akan terus berbelanja di laman web pesaing anda. Itu sebabnya sebelum nak mulakan sebarang perniagaan, kena toleh dulu kiri kanan.
 
Pada peringkat permulaan, kita kaji dulu syarikat dan juga perniagaan sedia ada. Mereka semua ini akan jadi pesaing kita, sejak dari hari pertama lagi kita lancarkan sistem marketplace ataupun bisnes ecommerce kita.
 
Kalau pada peringkat perancangan, atau atas kertas lagi kita tak boleh nak menang, dalam realiti lagi susah untuk kita atasi mereka.
 
(9) Produk yang dijual mudah diperolehi di shopping mall atau kedai-kedai berhampiran Ini pun satu perkara yang perlu anda berikan perhatian. Jika produk yang bakal anda jual itu nanti adalah produk yang sangat senang diperolehi di mana-mana, pelanggan tak perlukan anda untuk dapatkan produk tersebut.
 
(10) Produk yang dijual sudah tak relevan dan sudah kurang permintaan Produk apa yang tengah viral sekarang?
 
Kalau bisnes anda mampu untuk jual produk yang tengah viral, maka anda akan dapat menikmati untung yang besar. Tapi kalau anda lambat, atau hanya mampu untuk jual produk yang pernah viral, (bukannya yang tengah viral) maka anda tak dapat nikmati full benefit dari kesan viral tersebut.
 
Sebab itu timing sangatlah penting dalam perniagaan.
 
(11) Pasukan pengurusan yang tidak cekap Sekiranya bisnes ini adalah bisnes berkonsepkan “one man show” atau anda yang akan buat segala-galanya, dari aspek menyediakan modal, pemasaran, pengurusan inventori, khidmat pelanggan, jualan dan semuanya, maka agak sukar untuk kita katakan bisnes tersebut ada pasukan pengurusan yang cekap.
 
Sepatutnya bisnes berskala besar, atau yang ada potensi untuk jadi besar, kena ada pasukan pengurusan yang cekap. Jika buat seorang diri, ia berisiko untuk gagal.
 
(12) Tiada khidmat pelanggan (customer service) Sesetengah bakal pembeli dia suka untuk tanya macam-macam soalan sebelum nak beli. Kadang-kadang tu, dia bertanya bukan sebab tak tahu jawapan, tapi sebab nak tengok sama ada laman web itu boleh dipercayai atau tidak, dan dia ingin tahu setakat mana layanan yang bakal diberikan.
 
Untuk itu, sistem ecommerce dan juga marketplace perlu ada bahagian khidmat pelanggan untuk melayan soalan-soalan dari bakal pelanggan.
 
(13) Susun atur laman web dan apps yang tidak menarik Paling penting bila pelawat yang kali pertama melayari laman web atau apps ecommerce yang anda bangunkan, apa paparan yang bakal mereka lihat?
 
Kalau terlalu sukar untuk cari produk, sistem navigasi yang mengelirukan, dan bila kita taip nama produk, paparan yang keluar banyak yang tak relevan, ini semua akan membuatkan pelawat kali pertama rasa bosan dengan laman web anda.
 
Setelah mereka meninggalkan laman web anda, mereka ini semua mungkin tidak akan kembali lagi.

 
(14) Kos penghantaran yang mahal Pembeli suka beli produk yang tak mengenakan sebarang caj penghantaran. Ya, free shipping. Dalam hal ini, shopee telah melakukan tindakan yang sangat bijak dengan memberikan penghantaran percuma kepada pembeli yang shopping di laman web mereka.

Kalau sebelum ini, banyak juga produk yang ada free shipping. Tapi kali ini Shopee telah ubah sedikit kaedah pemberian free shipping dalam bentuk voucher.
 
Pelanggan perlu claim dulu voucher sebelum dapat menikmati perkhidmatan free shipping tersebut. Bijak kan cara Shopee nak tarik orang untuk beli melalui platform mereka.
 
(15) Tiada promosi untuk menggalakkan pelanggan membuat pembelian segera Pembeli sukakan diskaun. Mereka suka beli dengan harga yang murah.
 
Namun awas, strategi potongan harga tak boleh digunakan selalu. Jika ia digunakan terlalu kerap, nanti pembeli akan ambil sikap untuk tunggu ada potongan harga baru nak beli. Ataupun kalau kedai online anda sentiasa jual produk dengan harga diskaun, pembeli akan berlengah-lengah untuk buat pembelian.
 
Sebaliknya, kalau promosi itu dijalankan sempena hari-hari khas, seperti sambutan tahun baru, tahun baru cina, krismas, hari raya aidilfitri, deepavali, 11.11, 12,12 dan sebagainya, barulah pembeli akan rasa teruja untuk beli.
 
Jualan pada hari-hari tersebut akan meningkat berkali ganda berbanding kebiasaan.
 
(16) Penggunaan imej produk yang tidak menarik Imej yang digunakan adalah salah satu alat yang perlu diberikan perhatian yang serius dalam meyakinkan bakal pelanggan untuk buat pembelian.
 
Saya ambil contoh produk jenis pakaian. Biasanya pakaian yang dipakai oleh model memang nampak cantik, tapi apabila sampai ke tangan pembeli, adakah ianya sama cantik seperti yang dipakai oleh model? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak.
 
Justeru, selain menggunakan imej yang menarik, seperti yang dipakai oleh model, perlu juga tunjuk gambar sebenar produk tersebut.
 
(17) Cara menulis keterangan produk langsung tak menyakinkan Yang ini bab copywriting.
 
Selepas tengok gambar, bakal pembeli akan baca penerangan tentang produk. Kalau dalam penerangan langsung tak meyakinkan dan gagal menjawab sebarang pertanyaan yang mungkin terlintas difikiran pembeli, besar kemungkinan produk tersebut tidak akan terjual.
 
Kalau marketplace dan ecommerce anda tiada sebarang jualan, macam mana nak bertahan?
 
(18) Sistem marketplace dan bisnes ecommerce anda tidak ada sebarang keunikkan Tiada Unique Selling Proposition atau USP.
 
Sistem marketplace dan ecommerce yang anda bangunkan sama sahaja dengan lain-lain ecommerce yang terdapat diluar sana.
 
Produk yang sama.
Harga yang anda tawarkan bukannya murah sangat.
Kos penghantaran anda mahal dan tiada free delivery.
 
Pendek kata, tiada yang menarik.
 
(19) Tiada aliran tunai Dalam bisnes, pasti akan ada duit yang mengalir keluar, seperti untuk tujuan beli stok produk, beli software untuk jalankan bisnes, bagi tujuan buat iklan berbayar, dan setelah kita berbelanja kena juga pastikan ada aliran duit masuk, iaitu menerusi jualan yang terhasil.
 
Jika duit asyik keluar, melebihi duit yang masuk, maka bisnes anda pasti akan mati.
 
(20) Tiada rekod pembelian dari pelanggan terdahulu Berhati-hati dengan ecommerce yang tidak memaparkan maklumat
i. Siapa pembeli terdahulu
ii. Berapa ramai orang yang pernah beli
iii. Feedback atau komen dari pembeli terdahulu
 
Sebabnya? Mungkin sebab memang tak ada siapa yang beli dekat situ ataupun servis terlalu teruk dan pelanggan terdahulu lebih banyak beri komen negatif berbanding yang positif, sebab itu tak dipaparkan sebarang data tersebut.
 
Andai kata sesebuah ecommerce atau sistem marketplace mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan disini, besar kemungkinan ia akan tutup tak lama lagi.
 
Kalau anda buat keputusan untuk berniaga di marketplace tersebut, anda mungkin hanya akan buang masa sebab tak ada pelanggan yang nak beli dari anda.
 
Ataupun jika anda nak labur duit untuk jadi sebahagian dari ahli sistem marketplace tersebut, anda juga mungkin terpaksa akur dengan kerugian yang bakal anda alami di kemudian hari.
 
 
The post Perkara yang menjadi punca Kegagalan sebuah sistem marketplace dan bisnes ecommerce appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/punca-kegagalan-sistem-marketplace-bisnes-ecommerce/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 404 hits
Tahukah anda semakin hari semakin ramai orang yang berbelanja secara online Individu yang sebelum ini tak pernah langsung melakukan transaksi secara online kini sudah mula untuk mencuba untuk membeli secara atas talian Perkembangan ini sebe...
Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Menjalankan Perniagaan Menggunakan Sistem Marketplace Dan Ecommerce

Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Menjalankan Perniagaan Menggunakan Sistem Marketplace Dan Ecommerce

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 595 hits
Model perniagaan melalui sistem marketplace adalah merupakan model perniagaan yang telah terbukti mampu untuk memberikan hasil yang memberangsangkan Dewasa ini ada banyak jenama dan syarikat terkemuka yang telah mula menyertai sistem market...
Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Sebuah Sistem Marketplace

Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Sebuah Sistem Marketplace

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 290 hits
Sekali imbas bisnes berkonsepkan sistem marketplace kelihatan mudah untuk dijalankan Kali ini saya bukan maksudkan anda berniaga atau buka kedai online melalui marketplace sebaliknya saya ingin bercerita tentang konsep perniagaan itu sendir...
Plastik Punca Kegemukan Hmmphh Perkara Susah Nak Elak Pada Hari Ini

Plastik Punca Kegemukan Hmmphh Perkara Susah Nak Elak Pada Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 263 hits
Pada tahun baru ini ramai yang berazam untuk mencapai impian dan sasaran yang diletakkan Bagi wanita mereka ingin tampil cantik kurus dan bergaya maka pelbagai usaha dilakukan seperti makan vitamin tambahan bersenam berzumba mengawal pemaka...
Suami Selesai Masalah Isteri Layan Perasaan Itulah Uniknya Sebuah Perkahwinan

Suami Selesai Masalah Isteri Layan Perasaan Itulah Uniknya Sebuah Perkahwinan

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 432 hits
Suami dan isteri mempunyai keperibadian yang berbeza Cara mereka dibesarkan juga tidak sama Sejak kecil lelaki dididik untuk menjadi anak yang berdikari dan sentiasa menyelesaikan masalah sendiri Anak perempuan pula dimanjakan dan lebih kep...
Lelaki Misteri Masuk Sebuah Balai Polis Di China Tinggalkan Berkotak Kotak Mask

Lelaki Misteri Masuk Sebuah Balai Polis Di China Tinggalkan Berkotak Kotak Mask

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 408 hits
Wabak Koronavirus yang membimbangkan dunia pada hari ini telah mengorbankan sekurang kurangnya 106 orang Disebabkan itu pelbagai langkah pencegahan diambil daripada terkena virus berkenaan antaranya pemakaian topeng muka supaya dapat mengur...
Kemalangan Maut Sebuah Toyota Velfire Terbakar Saksi Dakwa Dengar Jeritan Anak Kecil Meminta Tolong

Kemalangan Maut Sebuah Toyota Velfire Terbakar Saksi Dakwa Dengar Jeritan Anak Kecil Meminta Tolong

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 498 hits
Sayu hati Ohmedia bila dapat tahu berita tentang kemalangan yang berlaku pagi tadi melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire yang dimaklumkan hangus terbakar selepas dikatakan terbabas melanggar penghadang jalan Kejadian dil...
Mimbar Pendidkan Tentang Mendirikan Sebuah Negara

Mimbar Pendidkan Tentang Mendirikan Sebuah Negara

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 261 hits
Oleh Dr Jacob RumbiakJuru Bicara ULMWP01 Februari 2020PENGANTARMimbar pendidikan tentang mendirikan sebuah negara sangatlah penting dimengerti dengan benar oleh setiap bangsa agar di implementasikannya dengan benar pula atas haknya yang dij...
Senarai Kegagalan Pakatan Harapan Selepas 20 Bulan Memerintah Malaysia

Senarai Kegagalan Pakatan Harapan Selepas 20 Bulan Memerintah Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 595 hits
20 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia dan dalam tempoh ini terbukti Pakatan Harapan telah gagal dengan teruk dalam pelbagai perkara sama ada untuk kepentingan negara mahu pun rakyat Antaranya Kegagalan ekonomi Kegagalan politik Kegag...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage