Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda


Sama ada anda sedang mencabar diri dengan sasaran baharu di gim, bersedia untuk renang terbuka pertama anda, atau dalam latihan untuk kayuhan jarak jauh, satu perkara tetap penting, cara anda memberi tenaga kepada tubuh anda sama pentingnya dengan cara anda berlatih



Kini, di seluruh Asia, minat terhadap gaya hidup aktif semakin berkembang. Dari maraton dan triatlon di Malaysia, perlumbaan bot di Korea, larian denai di Hong Kong, hinggalah ke acara larian anjuran Herbalife di Indonesia, Taiwan dan Vietnam, semakin ramai menyahut cabaran kecergasan. Dengan peningkatan ini, semakin ramai juga yang mula sedar bahawa pemakanan bukan sekadar diet, tetapi satu komponen penting untuk meningkatkan prestasi dan ketahanan tubuh

Latihan Tanpa Nutrisi Ibarat Enjin Tanpa Minyak
Bayangkan tubuh anda seperti sebuah enjin berprestasi tinggi. Tanpa bahan api yang betul, ia takkan bergerak jauh,  walaupun anda sudah mengikuti rutin latihan yang tersusun. Tanpa nutrisi yang menyokong usaha anda, hasilnya mungkin tidak sepadan dengan penat lelah. Sama ada anda aktif di hujung minggu atau sedang bersedia untuk acara sukan besar, pemakanan sukan perlu menjadi sebahagian daripada rutin anda

Apa yang Tubuh Perlukan untuk Hasil Terbaik
Asas nutrisi bermula dengan kalori dan makronutrien yang seimbang dengan keperluan kecergasan anda. Secara ringkas:
• Karbohidrat: Sumber tenaga utama, terutamanya untuk senaman berterusan. Pilih karbohidrat yang mudah dihadam 30–45 minit sebelum bersenam untuk kekal bertenaga
Atlet ketahanan mungkin memerlukan 7–10g karbohidrat bagi setiap kilogram berat badan setiap hari

• Protein: Penting untuk membina dan membaiki tisu otot selepas latihan
Jumlah disyorkan: 1–1.3g/kg untuk latihan biasa, hingga 2g/kg bagi latihan intensif atau kekuatan

• Lemak: Walaupun sering diabaikan, lemak membekalkan tenaga jangka panjang dan penting untuk kesihatan sel. Pilih lemak sihat seperti kekacang, biji benih, ikan berlemak, dan minyak zaitun atau bijan. Ambil secara berkala sepanjang hari, bukan sebelum bersenam



Masa Pengambilan Sama Penting dengan Apa yang Dimakan
Pemakanan yang baik bukan sekadar tentang apa yang anda makan, tetapi juga bila anda makan:
• Sebelum bersenam: Snek ringan yang tinggi karbohidrat dan rendah serat 30–45 minit sebelum memulakan. Pastikan tubuh cukup terhidrasi — cuaca panas dan lembap di Malaysia mudah menyebabkan anda cepat letih

Tambah elektrolit jika perlu
• Selepas bersenam: Dalam masa satu jam selepas bersenam, ambil 20–40g protein bersama karbohidrat seperti buah-buahan, nasi atau mi untuk bantu pemulihan otot dan menggantikan tenaga yang hilang

Air Sahaja Tak Cukup
Walaupun air sangat penting, senaman yang lama atau intensif menyebabkan kehilangan elektrolit melalui peluh. Di negara seperti Malaysia, kehilangan cecair boleh jadi lebih tinggi. Malah, menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, kebanyakan orang dewasa yang matang kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter cecair setiap hari, dan lebih banyak lagi bagi mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti dan sukan berintensiti tinggi

Untuk senaman lebih 30 minit, terutama di luar, minuman elektrolit yang mengandungi sodium dan potassium lebih sesuai. Jika anda bersenam lebih sejam, pilih minuman yang juga mengandungi glukosa untuk kekalkan tenaga dan elakkan kekejangan otot



Pemulihan Juga Sebahagian Daripada Latihan
Ramai yang terlepas pandang pentingnya rehat. Sebenarnya, pemulihan ialah masa di mana tubuh anda benar-benar membina semula dan bertambah kuat. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti 7–9 jam setiap malam dan sekurang-kurangnya satu hari rehat penuh setiap minggu

Tidur yang cukup membantu mengawal hormon, menyokong pembinaan otot, dan memulihkan tenaga
Setiap Individu Unik, Tapi Keperluan Asas Sama
Setiap orang mempunyai tahap kecergasan dan matlamat berbeza, tapi satu perkara tetap sama — tubuh memerlukan pemakanan yang konsisten dan seimbang. Ini bukan soal diet yang rumit, tetapi tentang kesedaran dan disiplin harian

Di Herbalife, kami percaya setiap individu boleh capai potensi terbaik mereka dengan ilmu dan nutrisi yang betul. Bila anda makan dengan betul, anda bukan sekadar mencapai matlamat — anda mampu melepasi had anda

Nikmati kehidupan anda sebaiknya.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/08/mengapa-nutrisi-amat-penting-bagi-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayang Kucing Tapi Jangan Sampai Menyusahkan Jiran Ini Etika Penting Untuk Pencinta Haiwan

Sayang Kucing Tapi Jangan Sampai Menyusahkan Jiran Ini Etika Penting Untuk Pencinta Haiwan

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 155 hits
Sayangi Kucing Dengan Berhemah Bukan Sampai Menyusahkan Kucing adalah haiwan yang comel dan menjadi kesayangan ramai Namun dalam keghairahan memelihara The post appeared first on
Houseboat Tasik Kenyir Aktiviti Harga Tips Penting

Houseboat Tasik Kenyir Aktiviti Harga Tips Penting

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 123 hits
Sekiranya anda ingin merasai pengalaman percutian berbeza yang penuh pengembaraan dan santai di Malaysia jangan lupa masukkan trip Houseboat Tasik Kenyir dalam senarai anda Apa Itu Houseboat Tasik Kenyir Houseboat Tasik Kenyir adalah pengin...
Daun Selom Fakta Nutrisi Dan Kegunaannya Dalam Diet Harian

Daun Selom Fakta Nutrisi Dan Kegunaannya Dalam Diet Harian

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 142 hits
Daun selom ialah sejenis tumbuhan herba yang sering dijadikan ulam atau dimasukkan ke dalam masakan tradisional Rasanya yang segar dan sedikit pedas menjadikannya pilihan popular dalam hidangan harian Selain digunakan dalam masakan daun sel...
Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Ikuti Saya Di Media Sosial

Domain Extension Startup Guide

Ambil Report Card

Us Tariff Reduced Without Compromising Red Lines Says Miti

Diplomasi Strategik Malaysia Dorong As Kurangkan Tarif Kepada 19 Peratus Miti

Drama Seadanya Kita

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Adakah Kanak Kanak Boleh Mengambil Magnesium

My Favourite Way To Take A Break

Capai 2k Views Blog Ini Bukti Usaha Tidak Sia Sia

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice