Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Menjalankan Perniagaan Menggunakan Sistem Marketplace Dan Ecommerce


Model perniagaan melalui sistem marketplace adalah merupakan model perniagaan yang telah terbukti mampu untuk memberikan hasil yang memberangsangkan.
 
Dewasa ini, ada banyak jenama dan syarikat terkemuka yang telah mula menyertai sistem marketplace. Para pengguna kini boleh memesan produk kesukaan mereka tanpa perlu susah payah lagi untuk ke shopping mall atau outlet berhampiran untuk mendapatkan produk yang mereka perlukan.
 
Sistem marketplace boleh digunakan oleh semua orang, dan bukannya hak milik eksklusif bagi syarikat besar dan jenama ternama sahaja. Malahan, orang biasa macam kita juga boleh mula jadi peniaga melalui sistem marketplace.

Kali ini, mari kita lihat apa kelebihan dan juga kekurangan yang anda perlu tahu, jika anda merancangan untuk jadi pengguna dan juga peniaga di sistem marketplace. Ok jom kita lihat.

Sistem Marketplace sebenarnya Mudah untuk digunakan Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna, mula memuat naik gambar produk, masukkan keterangan tentang produk, dan tunggu. Apabila ada pembelian dari pelanggan, barulah anda uruskan tempahan tersebut.
 
Pelanggan yang mengunjungi laman web ecommerce sudah mempercayai laman web tersebut Bukan mudah untuk membina kepercayaan. Apatah lagi nak membina kepercayaan dalam masa yang singkat.
 
Kalau pada hari ini, anda berhasrat untuk melancarkan sistem markerplace anda sendiri, anda terpaksa bersaing dengan nama-nama ecommerce yang lebih popular. Antaranya Lazada, Shopee, dan sebagainya.
 
Pada waktu catatan ini saya tulis, ada satu lagi laman web ecommerce yang cuba bersaing dengan nama-nama besar yang telah berada di pasaran. Saya maksudkan Fingo.
 
Adakah Fingo akan berjaya memberi saingan dan sekaligus menjadi salah satu platform shopping yang menjadi pilihan rakyat Malaysia? Sama-sama kita saksikan, setakat mana prestasi syarikat ini boleh pergi.
 
Terdapat banyak penjual dalam sebuah sistem marketplace Konsepnya sama seperti shopping mall. Kalau shopping mall yang besar, ada banyak penjual, pelanggan juga akan jadi suka untuk datang ke shopping mall tersebut.
 
Pada fikiran pelanggan, dia tak perlu susah payah nak pergi ke shopping mall lain, sebabnya dekat satu tempat ini sahaja dah boleh beli macam-macam barang.
 
Sebaliknya, kalau shopping mall yang bersaiz lebih kecil, tak banyak penjual, biasanya kita boleh lihat tempat tersebut pasti agak sunyi. Penjual yang ada disitu makin berkurang dan mula berpindah ke lokasi lain yang lebih meriah.
 
Maka tak salah kalau saya katakan, Shopee dan Lazada ini ibarat sebuah shopping mall yang begitu besar. Ada banyak penjual disitu dan kita sebagai pengguna boleh perolehi banyak barang dari laman web tersebut.
 
Cuba kita bandingkan dengan laman web yang tak banyak penjual, kita sendiri akan rasa bosan dan mula tinggalkan laman web tersebut, sebab bukan semua barang yang kita mahukan ada dijual disitu.
 
Servis pemasaran percuma untuk para peniaga Saya ada sebutkan sebelum ini, setelah kita upload gambar produk dan masukkan keterangan mengenai produk, langkah seterusnya adalah tunggu sahaja. Boleh ke buat bisnes macam ni? Tunggu sahaja?
 
Mestilah boleh. Sebabnya pihak pengendali sistem marketplace akan mengiklankan produk-produk yang ada dijual didalam laman web mereka. Kalau anda tak buat iklan sekalipun, pihak marketplace akan buat iklan bagi pihak anda, dan semua penjual yang ada disitu.
 
Kedai yang beroperasi 24jam setiap hari Cuba bayangkan, berapa agaknya kos yang perlu anda sediakan kalau nak mempunyai kedai yang beroperasi selama 24 jam setiap hari.
 
Anda kena fikirkan beberapa perkara, seperti upah pekerja, keselamatan kedai, bil elektrik dan sebagainya. Kemudian, selepas ambil kira semua kos tu, kalau keuntungan yang anda perolehi sepanjang beroperasi selama 24 jam itu tak memadai, anda mungkin terpaksa ubah masa operasi, daripada 24 jam kepada 8 ke 10 jam sahaja sehari.
 
Sebaliknya, kalau anda mempunyai kedai maya atau kedai di sistem marketplace, kedai anda akan beroperasi 24 jam setiap hari. Malahan kedai online anda itu juga mampu untuk menerima dan memproses tempahan walaupun pada jam 3.30 pagi, ketika semua orang sedang nyenyak tidur.
 
Boleh teruskan perniagaan walaupun tiada stok dalam tangan Kehabisan stok barangan untuk dijual bukanlah satu masalah yang besar. Anda boleh teruskan perniagaan seperti biasa dan biarkan gambar produk anda dipaparkan dilaman web ecommerce.
 
Andai kata ketika anda kehabisan stok, ada pelanggan yang membuat tempahan produk tersebut, anda masih ada masa untuk cari produk yang sama untuk dihantar kepada pelanggan yang buat tempahan. Jika perlu, anda mungkin boleh cari mana-mana penjual yang ada di Lazada mahupun di Shopee yang jual produk yang sama dan anda beli dari dia.
 
Untuk alamat penghantaran, anda berikan alamat pelanggan anda yang menempah produk tersebut dari anda.
 
Dengan adanya sistem ecommerce ini, ia memudahkan kita untuk menjadi penjual online menggunakan kaedah dropship. Pelanggan tak perlu tahu pun yang anda sebenarnya buat dropship sahaja. Apa yang penting, barang yang dibeli dapat sampai ke tangan pelanggan dengan selamat.
 
Setelah kita mengetahui kelebihan menggunakan sistem marketplace, kali ini saya nak sentuh sedikit tentang kekurangan sistem marketplace.
 
Wujud banyak peniaga yang menjual produk yang sama membuka jalan persaingan Bila ada banyak peniaga yang menjual barang yang sama, itu merupakan berita baik untuk para pengguna. Kita ada lebih banyak pilihan dan boleh memilih untuk beli dari mana-mana peniaga yang kita suka.
 
Tapi ini bukan berita gembira buat para penjual. Mereka terpaksa bersaing dan akhirnya, hanya yang terbaik yang akan menang.
 
Akhirnya pelanggan akan memilih peniaga yang mampu tawarkan harga paling murah Cuba pastikan keluar dari pesaingan harga, sebab kalau anda hanya fokus bab harga, kesudahannya hanya peniaga yang mampu untuk tawarkan harga paling murah yang akan menang.
 
Peniaga perlu usaha lebih gigih dalam mewujudkan tahap kepercayaan yang tinggi untuk para pelanggan Pada satu hari, saya bercadang nak beli jam tangan baru jenama G-Shock. Maka, saya mulakan pencarian, model yang bagaimana yang saya nak beli dan berapa banyak duit yang perlu saya sediakan kalau nak jadi pengguna G-Shock.
 
Tengok dekat Lazada dan Shopee memang ada banyak model jam G-Shock dan dari segi harga, ada yang nampak tak masuk akal, sebab dijual dengan harga yang terlalu murah. Maka selepas saya buat sedikit pembacaan, saya telah memilih beberapa penjual yang saya rasa boleh dipercayai, dan kalau saya nak beli, saya akan beli dari salah satu penjual yang telah saya pilih.
 
Anda boleh lihat senarai penjual jam tangan G-Shock Original yang anda boleh percayai disini.
 
Bagaimana saya boleh come out dengan senarai tersebut. Sudah tentu saya perlu baca satu per satu keterangan tentang produk yang mereka berikan, saya baca juga review dari pelanggan terdahulu dan juga saya buat semakan rekod transaksi. Ini semua membantu dalam meningkatkan tahap kepercayaan.
 
Mudah untuk jadi peniaga maka akan ada lebih ramai orang baru akan cuba masuk pasaran Konsep berniaga menggunakan sistem marketplace memang telah terbukti mampu untuk bantu para penggunanya menjana pendapatan dan mengembangkan lagi perniagaan.
 
Malahan pada hari ini, ada ramai individu yang mula menjadi tenaga pengajar, dan memberi bimbingan bagaimana nak berjaya dalam perniagaan ini.

Contohnya seperti saudara John Jenin ini, yang mana beliau mampu untuk dapat jualan 4 angka sehari melalui sistem marketplace, dan beliau ada ajarkan bagaimana cara untuk dapat pendapatan sedemikian melalui ebook beliau yang boleh dimuat turun disini.
 
Saya menjangkakan dimasa akan datang akan muncul lebih ramai orang baru yang akan cuba nasib berniaga melalui ecommerce. Siapa tahu, mungkin akan ada universiti yang menggalakkan pelajarnya untuk jadi penjual menerusi sistem marketplace dan kita akan lihat kemunculan banyak kedai online yang baru dibuka.
 
Persaingan bagi menjadi yang terbaik dapat memberi banyak manfaat kepada pengguna. Sebaliknya, ia merupakan satu tekanan bagi kalangan peniaga.
 
Baiklah, apa yang dibincangkan disini adalah sebahagian daripada kelebihan dan keburukan sistem marketplace dan juga sistem ecommerce. Kalau nak cari satu sistem yang memang PERFECT, saya kira ianya memang tak wujud.
 
Justeru, dengan mengetahui kelebihan dan kekurangan sesuatu sistem, semoga ia dapat membantu anda buat keputusan yang tepat dalam perniagaan yang anda bakal jalankan.
 
 
The post Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/kelebihan-dan-kekurangan-sistem-marketplace-ecommerce/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 409 hits
Tahukah anda semakin hari semakin ramai orang yang berbelanja secara online Individu yang sebelum ini tak pernah langsung melakukan transaksi secara online kini sudah mula untuk mencuba untuk membeli secara atas talian Perkembangan ini sebe...
Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Sebuah Sistem Marketplace Dan Bisnes Ecommerce

Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Sebuah Sistem Marketplace Dan Bisnes Ecommerce

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 328 hits
Sebelum ini saya telah pun menulis topik tentang kejayaan sistem marketplace Kalau anda masih belum baca jemput baca dulu ya Sila ke halaman ini Kali ini kita tengok pula punca punca yang boleh menyebabkan bisnes ecommerce dan juga sistem m...
3 Kelebihan Vs Kekurangan Perodua Bezza 2020

3 Kelebihan Vs Kekurangan Perodua Bezza 2020

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 1049 hits
Perodua Bezza 2020 I Selepas dilancarkan 2016 Perodua Bezza 2020 kini diberi nafas baru apabila hadir dengan versi facelift terbaru yang lebih sporty 3 kelebihan VS 3 kekurangan KELEBIHAN 1 Bodykit baharu depan dan belakangBezza dah atasi m...
11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

11 Kelebihan Mempunyai Kertas Kerja Rancangan Perniagaan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 466 hits
Bersaing dengan usahawan lain sedia ada memang agak rumit Namun dengan usaha berterusan dan kemudahan yang disediakan oleh istitusi kewangan serta Kerajaan untuk membantu usahawan di negara ini sedikit sebanyak menambah keyakinan bakal peni...
Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Sebuah Sistem Marketplace

Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Sebuah Sistem Marketplace

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 296 hits
Sekali imbas bisnes berkonsepkan sistem marketplace kelihatan mudah untuk dijalankan Kali ini saya bukan maksudkan anda berniaga atau buka kedai online melalui marketplace sebaliknya saya ingin bercerita tentang konsep perniagaan itu sendir...
Negeri Di Amerika Syarikat Ingin Mengharamkan Individu Bawah 21 Tahun Menggunakan Telefon Pintar

Negeri Di Amerika Syarikat Ingin Mengharamkan Individu Bawah 21 Tahun Menggunakan Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 278 hits
https ift tt 39WUkQA Apakah umur yang sesuai seseorang dibenarkan menggunakan telefon pintar Terdapat pakar yang percaya ia perlu diharamkan pada kanak kanak bawah umur dua tahun Di Vermont Amerika Syarikat sebuah rang undang undang telah d...
Investasi Memiles Menggunakan Skema Ponzi Ini Penjelasan Ojk

Investasi Memiles Menggunakan Skema Ponzi Ini Penjelasan Ojk

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 252 hits
Otoritas Jasa Keuangan memastikan jika bisnis yang dilakukan oleh PT Kam and Kam melalui aplikasi bernama MeMiles menggunakan skema ponzi atau piramida skin Sistem bisnis semacam ini dipastikan ilegal dan berpotensi akan hancur dengan sendi...
Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant Menggunakan California Raisins Dalam Resipi Sajian Yang Hebat

Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant Menggunakan California Raisins Dalam Resipi Sajian Yang Hebat

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 390 hits
Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet yang tidak sihat Oh ...
Windows 10 Sign In Menggunakan Fingerprint And Other Option

Windows 10 Sign In Menggunakan Fingerprint And Other Option

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 309 hits
Sekarang Microsoft telah cuba untuk membuat safety feature yang terbaik untuk pelanggan dan bagi yang tidak mempunyai fingerprint boleh beli portable di kedai ada jual dan untuk access ke sign in options Sila pergi ke Start Settings Account...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik