Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus


Permohonan Kolej Vokasional bagi sesi 2026 dibuka secara online mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my/. Kolej Vokasional menawarkan 2 jenis program utama iaitu Program Sijil & Program Kemahiran.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Kolej Vokasional termasuk senarai kursus yang ditawarkan, syarat kemasukan, cara permohonan dan lokasi institusi ini di seluruh Malaysia.
Apa Itu Kolej Vokasional? Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.
@aamourf._ JOM MASUK KIMPALAN ! #kvkdihati #kvdihati #kvdihatiku #Kemahirantonggakkecemerlangan #vokasionakangar #kolejvokasionalkangar #kimpalankolejvokasionalkangar #kolejvokasional #KIMPALANDANFABRIKASILOGAM #daddyash #weldingsociety #fazepenjahat02
♬ bunyi asal – Amalina👩🏻‍🏭 – AMALINAAAAA Program Sijil & Program Kemahiran Kolej Vokasional PROGRAM SIJIL
Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester). Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional. PROGRAM KEMAHIRAN
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri. Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah kolej vokasional terpilih sahaja. Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun. Murid yang tamat dan lulus pengajian program ini akan dianugerahkan SKM mengikut tahap ditawarkan yang diiktiraf oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia. Program kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
@kvserimanjung Top 2 program paling ramai pelajar di kolej vokasional Malaysia. #tvetkpm #KVSeriManjung #kvspecialist #TeknologiElektronik #TeknologiElektrik #kemasukanpelajarbaharuKV #ori08 #kolejvokasional #fyp #fypシ
♬ Mystery-solving suspense movie-style music (with choir)(1450164) – HALminium Syarat Kelayakan Permohonan Kolej Vokasional 2026 SYARAT PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
SYARAT UMUM
Pemohon adalah Warganegara Malaysia. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Sihat tubuh badan. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali. TIDAK rabun warna/buta warna. Berminat dengan program dipohon. SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu :
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer @kvsasrompin Teknologi Elektronik
♬ 残響散歌 – Aimer SYARAT PROGRAM KEMAHIRAN / APPRENTICESHIP
SYARAT UMUM
Pemohon adalah Warganegara Malaysia. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Sihat tubuh badan. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali. TIDAK rabun warna/buta warna. Berminat dengan program dipohon. SYARAT KHUSUS
Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
@bungadibawahbayu_92 Hala tuju TVET. #jommasukkv #kolejvokasionalmalaysia #Tvet
♬ original sound – Anazrafraheem – Anazrafraheem Cara Permohonan Kolej Vokasional (KV) 2026 Permohonan Kolej Vokasional perlu dibuat secara online melalui pautan rasmi KPM https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_kv.cfm
PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN (7 September 2025). Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat dengan teliti sebelum mencetak.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus (SBP/ SMKA/ SMT/ KV/ MTD) dan MRSM.
PKSK Tingkatan 4 akan dilaksanakan dalam tempoh 22 September 2025 hingga 3 Oktober 2025.
@kv.sepang.official Replying to @defj Jom masuk KV Sepang ‼️ Antara kos yang ditawarkan: -Seni Kulinari 👨🏻‍🍳 #KolejVokasionalSepang #KVSepang #Kulinari
♬ suara asli – ~Niagsprsz – 🍒 Lokasi Kolej Vokasional Setiap Negeri Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
NOTA: Program yang ditawarkan di setiap kolej adalah berbeza. Sila rujuk senarai kursus yang ditawarkan di setiap lokasi melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/lokasi_kv.cfm
Senarai kolej vokasional di seluruh negara adalah seperti berikut:
Selangor
KV Klang KV Shah Alam KV Gombak KV Kajang KV Kuala Selangor KV Sepang KV Sungai Buloh Kuala Lumpur
KV ERT Setapak KV Labuan KV Setapak Perlis
KV Arau KV Kangar Kedah
KV Kulim KV Pulau Langkawi KV Alor Setar KV Sungai Petani 1 KV Sungai Petani 2 Pulau Pinang
KV Balik Pulau KV Seberang Perai KV Butterworth KV Nibong Tebal KV Batu Lanchang Perak
KV Gerik KV Ipoh KV Seri Manjung KV Taiping KV Teluk Intan Negeri Sembilan
KV Ampangan KV Juasseh KV Pork Dickson KV Dato Maharaja Lela Melaka
KV Melaka Tengah KV Jasin Johor
KV ERT Azizah KV Batu Pahat KV Muar KV Kluang KV Segamat KV Kota Tinggi Kelantan
KV Bachok KV Pasir Mas KV Tanah Merah KV Pengkalan Chepa Terengganu
KV Besut KV Dungun KV Kemaman KV Wakaf Tembesu KV Kuala Berang Pahang
KV ERT Puteri KVMuadzam Shah KV Temerloh KVSultan Haji Ahmad Shah KVPertanian Chenor Sabah
KV Keningau KV Beaufort KV Lahad Datu KV Tawau KV Sandakan KV Kudat Sarawak
KV Miri KV Sibu KV Kuching Tarikh Semakan Tawaran & Pendaftaran Semakan penawaran ke KV adalah mulai 26 Disember 2025.
Murid perlu mendaftar pada 13 Januari 2026 di KV yang ditawarkan.
Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut, sila rujuk SOALAN LAZIM di bawah :
Apakah syarat kemasukan ke Kolej Vokasional (KV)? Syarat kemasukan ke KV adalah seperti berikut:

a) Syarat ke Program Sijil

SYARAT UMUM
• Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
• Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
• Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
• WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
• Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
• Sihat tubuh badan.
• Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
• TIDAK rabun warna/buta warna.
• Berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS
• Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
▪ Bahasa Melayu
▪ Bahasa Inggeris
▪ Matematik
▪ Sains
▪ Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

b) Syarat ke Program Kemahiran

SYARAT UMUM

• Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
• Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
• Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
• WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
• Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
• Sihat tubuh badan.
• Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
• TIDAK rabun warna/buta warna.
• Berminat dengan program dipohon.

SYARAT UMUM
• Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)

Bilakah tarikh semakan penawaran ke KV? Semakan penawaran ke KV/SMT mulai 26 Disember 2025.
Apakah yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke KV? a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran kemasukan yang disertakan.
b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/SMT semasa hari pendaftaran.
Bilakah tarikh pendaftaran ke KV? Murid perlu mendaftar pada 13 Januari 2026 di KV/SMT yang ditawarkan. Tawaran adalah muktamad dan berkuatkuasa pada tarikh pendaftaran sahaja. Murid dianggap menolak tawaran jika tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran. (*tertakluk kepada perubahan)
Adakah murid boleh bertukar KV / program / kursus yang lain selepas berjaya ditawarkan? Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad.
Apakah program yang ditawarkan di KV? Rujuk pada Info Sekolah Khusus di laman sesawang: https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/lokasi_kv.cfm
Sebarang pertanyaan atau aduan boleh disalurkan melalui e-mel : [email protected]
Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Blok E14,
62604 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel: 03-88845154
Laman Sesawang: https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/info_kv.cfm atau https://www.moe.gov.my/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/permohonan-kolej-vokasional/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-kolej-vokasional

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Sbp 2026 Tingkatan 1 4

Permohonan Sbp 2026 Tingkatan 1 4

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 138 hits
Sekolah Berasrama Penuh atau singkatannya SBP merupakan salah satu sebuah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selain Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sekolah Menengah Teknik Kolej Vokasional dan Maktab Tentera Diraja Permohonan...
Bantuan Ibu Tunggal 2025 Syarat Kelayakan Cara Permohonan

Bantuan Ibu Tunggal 2025 Syarat Kelayakan Cara Permohonan

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 127 hits
Bantuan Ibu Tunggal 2025 diperkenalkan bagi membantu golongan ibu tunggal di Malaysia yang berdepan pelbagai cabaran dalam meneruskan kehidupan terutamanya dari segi kewangan dan tanggungjawab membesarkan anak anak secara bersendirian Ramai...
Sistem Tunggal Permohonan Sbp Mrsm Mulai 2026

Sistem Tunggal Permohonan Sbp Mrsm Mulai 2026

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 141 hits
Mulai tahun 2026 kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA akan menggunakan Sistem Tunggal Permohonan SBP MRSM Ini bagi menggantikan sistem sebelum ini yang dibuat secara berasingan bagi kemasukan ke SBP dan juga MRS...
Tak Cukup Syarat Ke Anak Kak Km Tiba Tiba Berhenti Jadi Pramugari Tak Sampai Sebulan

Tak Cukup Syarat Ke Anak Kak Km Tiba Tiba Berhenti Jadi Pramugari Tak Sampai Sebulan

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 143 hits
Anak sulung popular selebriti media sosial Kak KM iaitu Nabila Razman dikhabarkan telah berhenti awal daripada kerjaya pramugari yang dimulakan di Singapore Airlines hanya dalam tempoh yang singkat selepas mula bertugas Keputusan mendada
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 202 hits
Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 merupakan satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh gabungan parti politik pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil Perhimpunan ini mencerminkan dinamika demokrasi di ...
Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan Drb Hicom Port Dickson

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 151 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Kursus Ahsan Madani Di Pusat Latihan DRB HICOM Port Dickson Balik dari berkursus macam semangat terus Mrs A nak up date kisah menghadiri kursus Ahsan Madani Walaupun terima Me...
Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini

Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 121 hits
Panduan Lengkap Upah Haji 2025 Hukum Syarat Kos Terkini Upah Haji adalah amalan mulia dalam Islam di mana seseorang mewakilkan orang lain untuk menunaikan ibadah haji bagi pihak dirinya sama ada kerana telah meninggal dunia atau tidak berke...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 247 hits
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan Glamping gabungan perkataan glamorous dan camping adalah salah satu trend percutian yang agak popular di Malaysia Terutamanya bagi mereka yang ingin merasai suasana ala ala perkhemahan teta...
Mandatory Seatbelt Use In Buses Is Paving Way For Safer Vmy 2026 Travels

Mandatory Seatbelt Use In Buses Is Paving Way For Safer Vmy 2026 Travels

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 100 hits
BEGINNING July 2025 Malaysia will enforce mandatory seatbelt use for all passengers in buses a decisive move signalling the government s commitment to road safety and the protection of lives While the decision is a response to past tragic r...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years

Tanco And N Sembilan State Gov T Further Refine Ties To Accelerate Port Dickson Free Zone Dev T


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Zikir Penghapus Dosa Sebanyak Buih Dilaut

Elcafe Premix Coffee With Ginseng Moringa Harum Wangi

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

T20l24 Kedah Tagih Pengalaman Khairul Azman

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap