Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri


Tahukah anda, semakin hari semakin ramai orang yang berbelanja secara online. Individu yang sebelum ini tak pernah langsung melakukan transaksi secara online, kini sudah mula untuk mencuba untuk membeli secara atas talian.
 
Perkembangan ini sebenarnya disumbangkan oleh beberapa faktor, seperti penggunaan smartphone yang semakin meluas dan juga kualiti perkhidmatan jaringan internet yang semakin bagus dengan harga yang makin murah.
 
Anda boleh lihat sendiri, kos langganan untuk plan data semakin murah, dengan kadar storan yang semakin meningkat. Saya masih ingat lagi, dulu kalau nak langgan plan data 2GB sebulan, harganya boleh mencecah RM100, tapi sekarang ini dengan kos sebegitu kita boleh dapat plan data yang lebih besar malahan ada juga syarikat telco yang tawarkan plan tanpa had.
 
Mungkin ada yang terfikir, macam mana caranya untuk kita manfaatkan trend penggunaan smartphone yang makin meluas ini?
 
Apa kata, kita mulakan bisnes online kita sendiri!
 
Apabila semakin ramai orang guna smartphone, lagi kerap mereka didedahkan dengan iklan-iklan yang menggalakkan mereka ini untuk shopping secara online. Sama ada dengan melayari laman web ataupun melalui apps yang dimuat turun pada smartphone.
 
Saya ambil contoh dua laman web shopping yang memang cukup terkenal, iaitu laman web Lazada dan juga Shopee.

Kita boleh buat pembelian dengan melayari laman web mereka ataupun kalau kita dah pernah install apps kedua-duanya, kita boleh juga buat pembelian melalui apps sahaja.

Sekiranya anda lebih minat untuk menjual melalui FB, maksud saya update status yang sama atau lebih kurang sama, post iklan yang tak ada orang like pun dekat wall masing-masing, maka artikel ini bukan untuk anda.
 
Dalam perkongsian ini, fokus saya lebih menjurus kepada membina perniagaan menggunakan sistem ecommerce ataupun meniaga melalui laman web atau sistem marketplace.
 
Pertanyaan yang mungkin terlintas difikiran, adakah lebih baik meniaga melalui sistem marketplace ataupun lebih bagus lancarkan web ecommerce kita sendiri?

 
Untuk persoalan ini, sudah tentu keputusan akhir terletak ditangan anda. Pada saya, jika anda mempunyai tenaga kerja yang mencukupi, adalah lebih baik sekiranya anda guna sahaja kedua-dua kaedah jualan ini. Anda jual melalui sistem marketplace dan pada masa yang sama, anda lancarkan juga laman web atau apps ecommerce anda sendiri.
 
Setiap satu, ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Bila anda lancarkan kedua-dua sekali, setidak-tidaknya nanti anda boleh nilaikan sendiri, mana satu yang memberikan hasil yang lebih lumayan.
 
Adakah sales melalui sistem marketplace lebih baik, atau adakah sales melalui web ecommerce anda sendiri yang lebih bagus.
 
Andai ditakdirkan projek ecommerce anda kurang berjaya, at least anda masih ada sales yang datangnya dari sistem marketplace. Sebaliknya kalau cuma fokus salah satu, andai kata tersalah pilih, akhirnya anda yang rugi.
 
Bagaimana cara kerja menerusi sistem marketplace? Secara ringkas, ini adalah perkara-perkara yang anda perlu lakukan sekiranya ingin berbisnes melalui sistem marketplace
(1) Anda daftar sebagai ahli di laman web atau apps marketplace
(2) Setelah pendaftaran anda diterima, anda mula memuat naik foto dan juga masukkan keterangan produk di online store milik anda
(3) Pelanggan akan melayari laman web atau apps marketplace
(4) Pelanggan akan buat carian produk yang dia mahukan. Jika kebetulan produk yang diperlukan itu adalah produk yang anda jual, pelanggan ini akan terus buat tempahan dan bayaran dibuat kepada akaun bank milik marketplace
(5) Anda sebagai penjual akan menerima pemberitahuan bahawa terdapat tempahan dari kedai online milik anda
(6) Anda perlu uruskan tempahan dan pastikan pelanggan tadi dapat produk yang dibeli melalui kedai online milik anda
(7) Pelanggan akan dapat produk dan dia perlu buat pengesahan terima produk.
(8) Pihak marketplace akan serahkan bayaran produk kepada anda jika tempahan tadi tidak ada sebarang isu
(9) Pelanggan boleh buat review atau berikan feedback terhadap perkhidmatan yang anda berikan
(10) Basically, lagi banyak review positif yang anda terima dari pelanggan, tahap kepercayaan yang anda bakal miliki juga akan bertambah baik
 
Antara contoh laman web dan sistem marketplace yang popular di Malaysia Sebenarnya untuk soalan ini, saya dah sebutkan sebelum ini, tapi tak apa saya akan ulang sekali lagi. Berikut adalah sistem marketplace yang popular di Malaysia
(1) Lazada Malaysia
(2) Shopee
(3) Lelong.my
(4) Presto Mall (dulunya dikenali dengan nama 11 Street)
 
Bukan mudah untuk menjalankan bisnes seperti ini. Kalau anda ingin lancarkan sistem marketplace anda sendiri, anda perlu ada modal yang besar untuk tujuan pengiklanan dan pada masa yang sama, anda perlu tarik sebanyak yang mungkin peniaga untuk menggunakan sistem yang anda bina. Setelah berjaya dapatkan peniaga, anda masih lagi perlu tarik perhatian pengguna untuk jadi pembeli di laman web anda.
 
Untuk lancarkan satu lagi sistem marketplace, (dan bersaing dengan nama-nama besar) mungkin bukan satu idea yang baik. Jadi, apa kata kita guna sahaja kemudahan yang dah ada, iaitu guna sahaja servis yang dah disediakan oleh Lazada, Shopee mahupun Lelong.
 
Dengan menggunakan sistem marketplace sedia ada, kita boleh manfaatkan pelanggan dan pelawat yang biasa melayari laman web mereka. Ibarat sebuah shopping mall yang sibuk dan sentiasa ada orang, peranan kita hanya perlu “parking” sahaja barangan yang kita nak jual pada sistem milik mereka.
 
Setiap marketplace, walaupun nampak macam sama sahaja, sebenarnya setiap satu ada kelebihannya yang tersendiri.
 
Shopee terkenal dengan voucher penghantaran percuma.

Berbelanja dengan nilai tertentu, pembeli boleh tebus voucher penghantaran percuma. Ini sekaligus dapat menjimatkan kos untuk mendapatkan sesuatu produk.
 
Sampai bila tawaran seumpama ini akan diberikan? Tiada siapa yang tahu. Boleh jadi satu hari nanti, bila Shopee dah cukup matang, mereka sudah tidak akan berikan offer seperti ini.
 
Setiap marketplace yang berbeza ada kelebihannya yang tersendiri. Mungkin anda nak kaji dulu, sebelum nak lancarkan bisnes online anda. Cuma kalau boleh, jangan ambil masa terlalu lama untuk mengkaji. Lagi lama anda mengkaji, lagi lambat anda akan mula buat duit.
 
Saya syorkan, buat mereka yang suka nak bagi faham betul-betul sebelum nak mula tu, boleh baca panduan ini.
(1) Panduan Bisnes Lazada
(2) Panduan Bisnes Shopee
 
Menerusi dua panduan ini, anda boleh short cut proses pembelajaran, dan boleh belajar dari pengalaman sebenar bagaimana nak buat duit menerusi sistem marketplace tersebut.
 
Setakat ini, saya telahpun sentuh mengenai contoh-contoh sistem marketplace yang popular, cara kerja atau cara berniaga di marketplace, dan kalau anda nak tahu kelebihan dan kekurangan berniaga di marketplace, boleh baca artikel saya sebelum ini.
Baca disini: Kelebihan dan kekurangan berniaga menggunakan sistem marketplace
 
Lancarkan sistem ecommerce anda sendiri Alternatif bagi berniaga menggunakan sistem marketplace sedia ada, adalah anda lancarkan sistem ecommerce anda sendiri.
 
Kalau nak lancarkan sistem ecommerce anda sendiri, pertamanya anda perlu tahu, apakah sistem yang anda bakal gunakan?
 
Saya pernah lancarkan laman web ecommerce saya sendiri, dan pada waktu itu, saya menggunakan sistem yang dikenali sebagai Open Cart. Open Cart ini kita boleh install sendiri kalau menggunakan perkhidmatan syarikat NetKL Network sebagai penyedia domain dan hosting.

Sekiranya anda merasakan topik mengenai pemasangan sistem terlalu teknikal, anda sebenarnya boleh sahaja dapatkan khidmat programmer atau mana-mana freelancer yang tawarkan khidmat pemasangan seperti ini.
 
Cuma macam biasalah, kalau nak upah orang lain untuk tolong pasangkan bagi pihak anda, anda perlulah sediakan kos untuk upah.
 
Baiklah, seterusnya anda juga perlu tahu, adakah cukup sekadar memasang laman web ecommerce, atau adakah anda juga perlu lancarkan apps (applikasi) ecommerce anda sendiri, seperti yang dilakukan oleh Lazada dan juga Shopee.
 
Kita boleh beli produk mereka, sama ada melalui laman web ataupun boleh juga beli melalui apps. Secara peribadi, saya merasakan beli melalui apps adalah berkali ganda lebih cepat dan lebih mudah berbanding dengan beli melalui website.
 
Kemudian, secara berkala, laman web dan juga apps milik anda perlu sentiasa dikemaskini atau update. Siapakah yang akan bertanggungjawab untuk menjaga website dan apps anda nanti?
 
Adakah orang yang sama yang tolong buatkan web tersebut untuk anda, atau anda akan cari programmer lain? Maklumlah, anda mungkin mahukan servis yang paling murah, sebab baru nak mula lancarkan bisnes online anda sendiri, kan.
 
Bila terlalu banyak tangan yang pernah handle laman web anda, ia mungkin kurang bagus, dan setiap orang akan ada cara kerja mereka yang tersendiri.
 
Walaupun begitu, melancarkan laman web dan apps ecommerce anda sendiri juga ada kebaikkan dan kelebihannya yang tersendiri. Apabila anda ada web anda sendiri, anda boleh bina jenama atau branding pada hari pertama anda lancarkan laman web ecommerce anda sendiri.
 
Satu hari nanti, akan ada pelanggan anda yang akan lalui perbualan seperti ini.
 
Kawan Pelanggan: Cantik kasut, beli kat mana tu?
Pelanggan : Kasut ni? Oh ni aku beli kat website Sabree Hussin Commerce
 
Bandingkan dengan perbualan dibawah ni pula
 
Kawan Pelanggan: Cantik kasut, beli kat mana tu?
Pelanggan : Kasut ni? Oh aku beli kat Lazada (atau Shopee)
 
Bila kawan tu buka web Lazada, kat situ ada banyak penjual yang menjual kasut, dengan design pun mungkin lebih kurang sama. Boleh jadi akan berlaku satu keadaan dimana kawan tu tak beli pun dari penjual yang sama, sebaliknya dia akan beli je dari mana-mana penjual yang mampu tawarkan harga yang paling menarik dengan design kasut yang cantik.
 
Jika anda merasakan, proses untuk membina jenama supaya nama anda dikenali itu penting, maka salah satu cara yang anda mesti buat adalah dengan melancarkan laman web anda sendiri.
 
Selain aspek pembinaan jenama, ada satu lagi perkara yang tak kurang pentingnya. Apa yang saya maksudkan adalah tentang pembinaan database maklumat pelanggan.
 
Apabila anda mempunyai laman web sendiri, anda boleh gunakan web tersebut untuk menyimpan dan mengumpul maklumat perhubungan bakal pelanggan anda, misalnya seperti
(1) Nama pelanggan atau nama pelawat
(2) No telefon
(3) Alamat emel
 
Maklumat ini seterusnya boleh digunakan semula bagi tujuan follow up dan pemasaran. Setelah anda mempunyai maklumat tersebut, pada bila-bila masa anda boleh hubungi semula pelawat yang pernah masuk ke website anda dan yang pernah berikan maklumat tersebut.
 
Ada cara untuk kita pujuk pelawat yang masuk ke website kita, untuk berikan maklumat perhubungan tersebut. Misalnya, kita janjikan pada mereka voucher percuma atau sekadar kita galakkan mereka untuk jadi ahli di laman web milik kita. Bila jadi ahli, akan dapat harga istimewa atau member discount.
 
Laman web marketplace yang besar juga buat benda yang sama. Mereka juga kerap hantar emel kepada saya, kalau mereka sedang jalankan big promo dan sebagainya.
 
Sama ada anda nak gunakan sahaja sistem marketplace sedia ada, ataupun nak lancarkan sendiri web ecommerce milik anda, segalanya terpulang pada anda.
 
Cuma apa yang saya dapat katakan, bila kita nak lancarkan web ecommerce kita sendiri, kerjanya lebih banyak. Ada banyak hal-hal teknikal dan strategi yang kita perlu fikirkan. Kena tahu bagaimana cara nak buat jualan, cara untuk tingkatkan kepercayaan bakal pelanggan, cara untuk pastikan laman web kita sentiasa ada ramai pengunjung dan sebagainya.
 
Baiklah, saya harap semoga perkongsian saya ini dapat berikan anda sedikit idea dan ilham. Kita jumpa lagi dalam perkongsian yang akan datang pula ya.
 
 
The post Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri? appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/sistem-marketplace-atau-web-ecommerce-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Sebuah Sistem Marketplace Dan Bisnes Ecommerce

Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Sebuah Sistem Marketplace Dan Bisnes Ecommerce

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 328 hits
Sebelum ini saya telah pun menulis topik tentang kejayaan sistem marketplace Kalau anda masih belum baca jemput baca dulu ya Sila ke halaman ini Kali ini kita tengok pula punca punca yang boleh menyebabkan bisnes ecommerce dan juga sistem m...
Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Menjalankan Perniagaan Menggunakan Sistem Marketplace Dan Ecommerce

Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Menjalankan Perniagaan Menggunakan Sistem Marketplace Dan Ecommerce

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 599 hits
Model perniagaan melalui sistem marketplace adalah merupakan model perniagaan yang telah terbukti mampu untuk memberikan hasil yang memberangsangkan Dewasa ini ada banyak jenama dan syarikat terkemuka yang telah mula menyertai sistem market...
Bisnes Online 2020 Jual Barang Online Di 6 Platform Ini

Bisnes Online 2020 Jual Barang Online Di 6 Platform Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 426 hits
6 Platform Jualan 2020 Untuk Jual Barang Online Dalam satu seminar perniagaan dalam talian yang akak hadiri baru2 ni speaker tu ada menyebut tentang perlunya menjual barang online ditempat yang betul Bukan saja setakat menjual ditempat yang...
Pemasaran Bisnes Internet Forum Online

Pemasaran Bisnes Internet Forum Online

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 204 hits
Bismillah Ramai yang kecewa kerana gagal dalam perniagaan internet Sebenarnya bukan sahaja bisnes internet malah bisnes konvensional lain juga sama keadaannya Pernah suatu hari bila saya ada di sebuah forum online saya membaca seseorang yan...
Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Sebuah Sistem Marketplace

Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Sebuah Sistem Marketplace

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 296 hits
Sekali imbas bisnes berkonsepkan sistem marketplace kelihatan mudah untuk dijalankan Kali ini saya bukan maksudkan anda berniaga atau buka kedai online melalui marketplace sebaliknya saya ingin bercerita tentang konsep perniagaan itu sendir...
Bagaimana Membina Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Paling Rendah

Bagaimana Membina Website Kedai Online Sendiri Dengan Modal Paling Rendah

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 414 hits
Pada zaman nenek moyang kita berniaga mungkin hanya dengan satu cara sahaja iaitu sistem barter Kemudian mewujudkan kedai sendiri dan menjual secara offline Jualan macam ni memang kita semua tahu kan buka kedai dan jual barangan kita tu Nam...
Kedai Kopi Di Yogyakarta Ini Terapkan Sistem Bayar Se Ikhlasnya

Kedai Kopi Di Yogyakarta Ini Terapkan Sistem Bayar Se Ikhlasnya

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 242 hits
Tak seperti kedai kopi pada umumnya di Yogyakarta ada sebuah warung kopi bernama Mari Ngopi yang menerapkan sistem bayar se ikhlasnya pada setiap cangkir kopi single origin yang dijualnya
Google Drive Kini Hadir Dalam Bentuk Aplikasi Web Progresif

Google Drive Kini Hadir Dalam Bentuk Aplikasi Web Progresif

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 360 hits
Aplikasi web progresif atau PWA adalah alternatif kepada memasang aplikasi natif untuk sesuatu perkhidmatan Contoh sebelum ini telah kami ajarkan anda semua untuk Ia mempunyai pengalaman penggunaan yang sama dalam pelayar web cuma ia akan h...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids