Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Sebuah Sistem Marketplace


Sekali imbas, bisnes berkonsepkan sistem marketplace kelihatan mudah untuk dijalankan.
 
Kali ini saya bukan maksudkan, anda berniaga atau buka kedai online melalui marketplace, sebaliknya saya ingin bercerita tentang konsep perniagaan sistem marketplace itu sendiri.
 
Atau dengan kata lainnya, kita sendiri yang wujudkan sistem marketplace dan peniaga lain datang untuk bina kedai online dalam sistem yang kita bangunkan.
 
Artikel sebelum ini, saya ada sentuh sedikit, mana satu yang lebih baik, sama ada berniaga menggunakan sistem marketplace sedia ada yang dah memang popular seperti Lazada dan Shopee, ataupun kita lancarkan sendiri laman web ecommerce.
Baca disini: Buat bisnes online melalui Sistem Marketplace ataupun lancarkan web ecommerce sendiri?

Untuk perkongsian kali ini, saya nak menyentuh pula topik tentang bagaimana kalau kita sendiri yang wujudkan sistem marketplace. Manalah tahu, ada antara pembaca dan pelawat blog ini ada yang bercita-cita nak wujudkan sebuah marketplace yang mampu untuk beri saingan kepada marketplace sedia ada seperti Lazada, Shopee, Presto Mall dan juga Lelong.My.
 
Tak salah untuk pasang cita-cita yang sebegitu besar. Cuma pada masa yang sama, kita kenalah bersikap realistik dan pastikan kita tahu apa sebenarnya yang kita sedang cuba nak lakukan.
 
Dikesempatan ini, saya nak kongsikan sedikit hasil kajian saya mengenai apakah faktor yang menjadi penyumbang kepada kejayaan sesebuah sistem marketplace.
 
Faktor-faktor ini saya tidak susun ikut mana satu yang lebih penting. Maksud saya, point yang saya letakkan di nombor satu ini tidaklah bermakna ia lebih penting berbanding point yang nombor 8.
 
Saya susun sedemikian rupa sebabnya cetusan idea ketika saya menulis artikel ini muncul bukan mengikut mana satu faktor yang paling penting. Baiklah. Jom kita lihat, apa faktor penyumbang kejayaan sesebuah sistem marketplace.

 
(1) Ada ramai penjual yang menyokong dan menjadi pengguna sistem marketplace Mula-mula sekali kita kena tengok, ada berapa ramai yang jadi penjual di sistem marketplace tersebut.
 
Wujudnya ramai penjual menandakan akan ada banyak produk yang bakal dijual disitu. Andaikata seorang penjual akan meletakkan 100 barang, maka kalau ada 100 penjual, kita akan dapati dekat sistem marketplace tersebut akan ada sekurang-kurangnya 10,000 barang.
 
Jumlah 10,000 barang ini pun sebenarnya bukanlah banyak. Sepatutnya lebih banyak lebih bagus. Sejuta, dua juta atau berjuta-juta barang. Bakal pembeli yang bakal masuk ke web atau apps marketplace pun akan rasa seronok.
 
Seronok dapat tengok macam-macam produk dijual disitu (window shopping) dan seronok dapat beli.
 
Penjual ini juga sebenarnya ada macam-macam kategori. Saya beri contoh untuk memudahkan penerangan.
 
i. Penjual jenis peniaga kecil Jenis peniaga seperti ini adalah peniaga kecil-kecilan dengan modal yang tak begitu besar. Mungkin sekitar RM1,000 – RM5,000. Ada juga dalam kalangan peniaga kecil yang sebenarnya adalah merupakan seorang dropshipper atau ejen bagi sesuatu produk.
Oleh kerana ada antara peniaga kecil yang memang simpan produk dalam tangan, jadi kita boleh dapat produk yang ditempah melalui mereka dalam masa yang lebih pantas.
Dalam sehari, jumlah tempahan yang mereka perlu urus tidak sebanyak peniaga besar jadi mereka ada masa untuk buat inspection dan memastikan hanya produk yang berkualiti sahaja yang kita bakal terima. Ikut pengalaman saya sendiri, lebih mudah untuk berurusan dengan peniaga kecil dan kita boleh custom made order kita ikut citarasa kita. Contohnya kalau kita nak minta peniaga ni tolong balutkan produk tersebut jadi seperti hadiah.
 
ii. Peniaga besar/ pemborong Peniaga seperti ini mampu untuk tawarkan harga yang lebih rendah. Cuma biasanya mereka tak akan dengan mudah terus tawarkan harga rendah dan bunuh market. Kadang-kadang kita kena chat dengan mereka ini, untuk tahu sama ada mereka ni pemborong atau bukan. Biasanya kalau mereka boleh jual dalam kuantiti yang besar, dan boleh turunkan harga, maknanya mereka ini adalah pemborong.
 
iii. Pengilang Mampu untuk tawarkan harga yang sangat murah. Cuma kita sebagai pembeli kena beli dalam kuantiti yang banyak. Ada minimum order kuantiti, dan barang yang kita perolehi tu, kita kena cek betul-betul kualitinya.
 
iv. Pemilik jenama Kategori seperti ini adalah dalam kalangan pengasas atau founder produk. Kita boleh beli dengan yakin, bahawa produk yang mereka jual pasti Original, sebab beli terus dari pemilik jenama.
 
v. Peniaga dari luar negara Biasanya peniaga luar negara ini adalah dari China, Hong Kong, Taiwan dan sebagainya. Mereka boleh jadi adalah pengeluar produk, dan mampu untuk tawarkan harga yang murah.
Namun begitu, pelanggan terpaksa tunggu lama untuk dapat barang yang ditempah. Oleh kerana barang dari luar negara, ia mengambil masa yang lama untuk sampai ke tangan, dan sepanjang perjalanan yang jauh tu, ada kemungkinan barang yang diterima rosak.
Jika kita nak minta refund, prosesnya mungkin akan jadi lebih rumit. Kita kena pos dulu barang tersebut ke luar negara dan selepas mereka terima barang, baru kita boleh dapat refund. Masalahnya kat sini ialah, kos penghantaran semasa kita beli produk tak begitu mahal, sebaliknya bila kita nak pos semula ke luar negara, kosnya boleh jadi lebih mahal berbanding harga produk itu sendiri.
Apa pun, itulah lumrah yang perlu kita hadapi apabila beli barang dari China. Oh boleh jadi situasi ini akan berubah satu masa nanti.
 
Sekiranya sistem marketplace anda berjaya menarik pelbagai jenis penjual untuk sama-sama berniaga menggunakan sistem yang anda sediakan, ini merupakan satu petanda yang baik.
 
(2) Sistem Logistik Negara tempat anda bakal beroperasi perlu mempunyai sistem pengangkutan dan logistik yang bagus. Mujurlah kita di Malaysia ni ada banyak syarikat kurier yang boleh berikan khidmat penghantaran yang bagus. Jadi saya kira, isu logistik ini tidak begitu kritikal, melainkan anda ingin beroperasi di negara yang sistem logistik yang belum berkembang.
 
Pembeli suka kalau produk yang dibeli boleh diperolehi dalam masa yang cepat. Contohnya beli hari ini, dalam masa dua hari produk dah boleh sampai dalam tangan. Sebaliknya, kalau pelanggan beli hari ini tapi produk hanya akan diperolehi dalam masa dua minggu, itu petanda yang kita sebenarnya ada masalah berkaitan logistik.
 
(3) Faktor pembeli dan juga pelawat (trafik) Bila dah berjaya yakinkan golongan peniaga untuk menggunakan sistem marketplace yang anda bangunkan, seterusnya anda kena dapatkan golongan pengguna atau pembeli untuk shopping di marketplace tersebut.
 
Peringkat permulaan, fokus untuk dapatkan trafik. Jika pelawat betul-betul minat dengan produk yang dijual di marketplace, mereka pasti akan beli.
 
Kalau anda rasa macam susah nak cari pembeli, ubah fokus kepada nak dapatkan trafik. Dekat sini pentingnya anda laburkan duit untuk tujuan pengiklanan. Iklankanlah marketplace anda itu melalui laman web yang tinggi trafik dan juga melalui social media.
 
Iklan-iklan berbayar, seperti Google Ads dan juga FB Ads juga perlu dilakukan.
 
(4) Kualiti server yang digunakan Server yang bagus dapat menampung jumlah trafik yang besar. Kalau laman web anda tak stabil, selalu crash atau hang, ini tandanya server yang digunakan tak cukup bagus, dan perlu upgrade.
 
Kalau anda ingin menggunakan khidmat penyedia server, sila bincang dengan mereka terlebih dahulu, apa sebenarnya requirement yang anda perlukan.
 
(5) Program Affiliate sebagai sokongan Program affiliate ini adalah optional. Jika anda mampu untuk sediakan program ini, bermakna anda membuka peluang untuk individu seperti saya yang bekerja sendiri untuk jadi salah seorang daripada pasukan pemasaran anda.
 
Ejen affiliate akan buat pemasaran bagi pihak anda tanpa perlu anda bayar apa-apa. Jika ada ejen affiliate yang berjaya hasilkan jualan, barulah anda berikan sedikit komisen daripada harga produk yang terjual. Jika tiada jualan, maka tak perlu bayar apa-apa.

 
(6) Jaminan dari pihak pengendali sistem marketplace Sebagai pemilik sistem marketplace, anda perlu berikan jaminan yang sangat kukuh. Pembeli perlu tahu, bahawa anda sentiasa memberi perlindungan dan akan menjaga dan mengutamakan kepentingan pembeli dalam semua keadaan.
 
Pembeli bukanlah seorang manusia yang tak rasional. Mereka hanya mahukan
i. Setiap barang yang dibeli sama seperti yang diiklankan diinternet
ii. Kualiti terjamin
iii. Barang adalah original
iv. Jika barang rosak boleh dikembalikan, tukar baru atau refund
 
Asalkan anda mampu untuk beri jaminan dan bila sampai masanya, anda kotakan jaminan tersebut, maka pembeli akan jadi makin yakin untuk berurusan dengan marketplace milik anda.
 
(7) Jaringan dan sambungan internet yang murah dan berkualiti Ini juga salah satu faktor kenapa makin ramai orang berbelanja secara dalam talian. Bila semua orang ada akses terhadap sambungan internet yang berkualiti, sooner or later, mereka pasti akan terjebak juga untuk beli secara online.
 
Maklumlah seperti yang mungkin kita semua dah tahu, harga barang jika beli secara online ada yang lebih murah berbanding kalau beli di kedai.
 
(8) Sistem bayaran yang pelbagai Ini juga merupakan satu perkara yang penting.
 
Sistem marketplace yang anda bina, perlu mempunyai kebolehan untuk memproses pelbagai bentuk bayaran. Sama ada melalui kad kredit, kad debit, online transfer, ewallet, bayaran secara tunai di Seven Eleven ataupun bayar ketika barang sampai di tangan.
 
Lagi banyak kaedah bayaran, lebih bagus.
 
(9) Wujudnya sistem sokongan dan juga khidmat pelanggan Dari masa ke masa, bakal pelanggan pasti ada banyak benda yang nak ditanya sebelum buat pembelian. Kadang-kadang dari soalan yang paling remeh, seperti adakah stok masih ada, dan berapa harga, hinggalah ke soalan yang lebih complicated.
 
Anda perlu mempunyai pasukan sokongan yang mampu untuk menjawab setiap soalan dan pertanyaan dari bakal pelanggan.
 
(10) Ada strategi dan business plan untuk jangka masa panjang Satu hari nanti, pasti akan ada marketplace baru yang diwujudkan dan memberi tekanan dan saingan kepada marketplace yang anda usahakan. Justeru, anda perlu ada strategi yang mantap untuk kekal relevan dan sentiasa menjadi pilihan bakal pembeli.
 
Jadi bagaimana? Adakah anda rasa masih ada lagi point yang saya tertinggal? Mungkin boleh kongsikan dibahagian komen ya.
 
 
 
The post Faktor penyumbang kepada kejayaan sebuah Sistem Marketplace appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/faktor-kejayaan-sistem-marketplace/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Sebuah Sistem Marketplace Dan Bisnes Ecommerce

Perkara Yang Menjadi Punca Kegagalan Sebuah Sistem Marketplace Dan Bisnes Ecommerce

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 320 hits
Sebelum ini saya telah pun menulis topik tentang kejayaan sistem marketplace Kalau anda masih belum baca jemput baca dulu ya Sila ke halaman ini Kali ini kita tengok pula punca punca yang boleh menyebabkan bisnes ecommerce dan juga sistem m...
Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

Buat Bisnes Online Melalui Sistem Marketplace Ataupun Lancarkan Web Ecommerce Sendiri

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 404 hits
Tahukah anda semakin hari semakin ramai orang yang berbelanja secara online Individu yang sebelum ini tak pernah langsung melakukan transaksi secara online kini sudah mula untuk mencuba untuk membeli secara atas talian Perkembangan ini sebe...
Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Menjalankan Perniagaan Menggunakan Sistem Marketplace Dan Ecommerce

Kelebihan Dan Kekurangan Dalam Menjalankan Perniagaan Menggunakan Sistem Marketplace Dan Ecommerce

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 595 hits
Model perniagaan melalui sistem marketplace adalah merupakan model perniagaan yang telah terbukti mampu untuk memberikan hasil yang memberangsangkan Dewasa ini ada banyak jenama dan syarikat terkemuka yang telah mula menyertai sistem market...
Prabowo Sebut Indonesia Bakal Kembali Gunakan Sistem Hankamrata

Prabowo Sebut Indonesia Bakal Kembali Gunakan Sistem Hankamrata

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 206 hits
Menurut Prabowo Hankamrata adalah sebuah sistem pertahanan yang harus harus dikembalikan Tujuannya agar terbentuk kedaulatan negara yang semakin kuat di masa kini
Sistem Pemanduan Komputer Jpj Dilaksana Jun

Sistem Pemanduan Komputer Jpj Dilaksana Jun

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM 23 JAN Jabatan Pengangkutan Jalan akan melaksanakan sistem pemanduan pengkomputeran atau e testing di seluruh negara selewat lewatnya Jun ini kata ketua pengarahnya Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata pegawai penguji JPJ akan du...
Terminal Bas Bakal Laksana Sistem Beli Tiket Tanpa Tunai

Terminal Bas Bakal Laksana Sistem Beli Tiket Tanpa Tunai

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 22 JAN Kementerian Pengangkutan berusaha untuk memastikan semua terminal pengangkutan bas awam di seluruh negara melaksanakan sistem pembelian tiket menggunakan e dompet sekali gus menyokong agenda masyarakat tanpa tunai Menter...
Sistem Honorer Dihapus Pemprov Jabar Bakal Buka Seleksi Pppk

Sistem Honorer Dihapus Pemprov Jabar Bakal Buka Seleksi Pppk

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 216 hits
Kementerian Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi dan Dewan Perwakilan Rakyat menyetujui untuk menghapus tenaga kerja honorer Pemerintah Provinsi Jawa Barat segera menindaklanjutinya setelah Peraturan Presiden ke...
Virus Corona Solosinya Kembali Kepada Sistem Islam

Virus Corona Solosinya Kembali Kepada Sistem Islam

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 277 hits
CHINA diserang virus Hari ini kita dikejutkan dengan penularan virus di beberapa buah daerah di China Israel ada mengaitkan penularan ini berikutan kebocoran makmal di China Iaitu senjata biologi China yang dikatakan terbocor dari makmal Wa...
Tekstur Bisa Sangat Menentukan Persepsi Sebuah Makanan Sehat Atau Tidak

Tekstur Bisa Sangat Menentukan Persepsi Sebuah Makanan Sehat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 243 hits
Hasil penelitian terbaru ini melihat bagaimana produk makanan dapat dianggap berbeda tergandung dari tampilannya Diketahui bahwa tekstur permukaan biskuit menunjukkan pada orang orang bagaimana manfaat sehatnya dan tekstur ini juga menunjuk...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos