Perkara Terbaik Yang Berlaku Dalam Hidup Aku Tahun 2020
Assalamualaikum.
Aku ada jumpa satu cabaran sepanjang bulan Disember dan ianya sangat menarik perhatian aku untuk aku jadikan tajuk entri blog. Sekurangnya, aku ada sesuatu yang aku boleh ingat kelak. So, tajuk yang aku pilih kali ini ialah perkara terbaik yang jadi dekat aku sepanjang 2020.
Alhamdulillah, walaupun 2020 adalah tahun yang banyak di rumah, hehe, dia macam Januari, Februari, tetiba dah Disember. Dengan musim covid bagai ni, banyak perkara yang terhalang. Tapi aku ambil nikmat lain yang Allah bagi dekat aku.
Awal bulan Februari, aku ada buat satu entri pertama 2020. Masa tu tak PKP lagi, tapi, aku seronok nak kongsi dengan sesiapa yang baca blog aku. Boleh klik link atas tu, jangan risau, terus buka window baru. Hehe.
Masa dapat tahu keputusan. Terduduk nak menangis kegembiraan.Ya, panggilan penempatan interim. Cita-cita aku Allah dah kabulkan dan Dia bagi tepat pada waktu dan ketikanya. Cantik aturanNya kan? Hampir setahun juga aku menunggu sebelum dapat panggilan untuk posting.
Masa ni belum tahu tempat posting sebab biasanya kalau posting bawah KPM kami akan dikumpulkan di satu tempat untuk taklimat dan penyerahan surat penempatan. Tapi nak dijadikan cerita, bulan Mac terus PKP kan. Berapa bulan kita berkurung kan sebab COVID ni.
Tunggu punya tunggu, masih juga tak dapat makluman. Bertangguh banyak kali juga. Kami ada group WhatsApp geng-geng untuk Interim Sabah, sampailah group yang ratus-ratus dalam tu dikecilkan jadi 15 orang saja dalam tu dan kami ditempatkan di seluruh Sabah. Nanti aku cerita lain tentang diorang ni, kawan-kawan Interim Sabah.
Kemudian, malam raya, ingat lagi, walaupun masa tu tengah PKP lagi kan, tak boleh rentas negeri nak balik Penang, aku beraya di rumah si Fana, baca la group whatsapp kata keputusan sekolah mana dah keluar. KPM cakap, apa jadi, PKP sambung ke tidak, kami kena posting juga sebab dah tertangguh dekat 3 bulan kan. So, here we go. Kami ada masa 2 minggu saja nak uruskan semua dokumen dalam masa PKP ni lagi. Mujur masa ni dah boleh rentas daerah.
SMS untuk semak keputusan penempatan.
Sekolah Penempatan PertamaMasa tu baru sangat buka puasa, terus aku check, sekali, nahhhh LAHAD DATU. HAHA. Tergelak aku. Terus aku telefon mak aku, cakap. Nak qeyau tak boleh sebab masa tu tengah sakit urat belikat HAHA.
Ini adalah antara perkara terbaik yang jadi kat aku dalam 2020, yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Aku share juga pengalaman kena kuarantin dan persiapan aku nak siapkan dokumen nak datang sini. Renyah sebab masa terhad dan pergerakan terbatas, musim PKP kan? Dah la Sabah ni sangat popular dengan kes tinggi sekarang.
Dan yang paling penting, 12 Jun 2020, tarikh keramat aku secara rasminya menjadi seorang guru di Sabah. Ini adalah saat paling manis, impian aku dah tercapai sedari kecil. Lambat dua hari lapor diri di PPD Lahad Datu sebab baru habis kuarantin wajib. Tu pun mujur dapat keluar awal. Hehe.
Ustaz Zainal pesan, sekali hang jadi cikgu, selamanya hang akan jadi cikgu.Jadi, itulah antara perkara terbaik yang terjadi dalam hidup aku. Perjalanan karier aku, yang aku kira satu permulaan baru yang manis. Hijrah yang terbaik. Boleh klik Link di bawah kalau korang nak baca yang berkaitan. Untuk cerita seterusnya nanti aku share lagi tau!
Mari lah kongsi dengan aku perkara terbaik yang terjadi dalam hidup korang semua tahun ni.
Yang benar,
Jannah,
Lahad Datu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jannahsuhaimi.blogspot.com/2020/12/perkara-terbaik-yang-berlaku-dalam.html