Perodua Catat Jualan Harian Tertinggi Dalam Sejarah Di Tahun 2020


Syarikat jual 23,119 unit pada November, keseluruhan 195,000 unit sepanjang tahun ini
PERODUA catat jualan harian tertinggi dalam sejarah di Tahun 2020
PERODUA semakin hampir mencapai sasaran jualan keseluruhan bagi 2020 P erusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mencipta satu lagi rekod baharu apabila menjual 5,027 unit pada hari terakhir November, sekali gus menjadi angka jualan harian tertinggi yang pernah dicatatkan sepanjang penubuhannya.
 


Pencapaian jualan harian tertinggi berkenaan menyaksikan pengeluar kereta nasional itu meneruskan momentum jualan positif bulan lalu sebanyak 23,119 unit, sekali gus menghampiri sasaran jualan akhir tahunannya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata jualan yang dicatatkan pada November adalah sedikit normal berbanding pencapaian dua bulan sebelumnya di mana pengeluar itu masing-masing menjual 25,035 dan 26,852 unit pada September dan Oktober.

"Namun, pencapaian ini mengagumkan di sebalik keadaan ekonomi yang mencabar dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu akibat COVID-19.

"Rekod seharian 5,027 unit membuktikan bahawa ketahanan, ketekunan dan kebolehan menyesuaikan diri mampu membuahkan hasil," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Berdasarkan jualan 6,295 unit Myvi, 6,318 unit (Axia), 6,224 unit (Bezza), 2,617 unit (Aruz) dan 1,665 unit (Alza) pada November, jualan yang sudah dicatatkan PERODUA setakat tahun ini mencecah 195,000 unit.

Zainal Abidin berkata, berdasarkan momentum jualannya, PERODUA berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran akhir tahunnya, iaitu pendaftaran sebanyak 210,000 unit.

"Dua keutamaan PERODUA pada masa ini adalah untuk memastikan seramai mungkin pelanggan kami dapat menerima kenderaan mereka sebelum akhir tahun bagi menikmati harga tanpa cukai jualan; serta untuk terus menyokong ekosistem automotif Malaysia dengan skala ekonomi kami pada masa yang sukar ini.

"Lebih 90 peratus daripada komponen kami diperoleh secara tempatan dan ditambah dengan jumlah jualan kami, ia menjana perniagaan yang signifikan bagi pembekal tempatan dan membantu mereka mengekalkan pekerjaan," katanya.

Beliau menegaskan, kenderaan PERODUA diedarkan melalui rangkaian jualan terbesar di Malaysia, yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga bebas yang mendapat manfaat daripada jualan kenderaan syarikat itu selain turut menawarkan servis dan pembaikan.

"PERODUA amat bangga memikul tanggungjawab ini terhadap negara dan akan terus memenuhi keperluan mobiliti seluruh rakyat Malaysia dengan kenderaan berkualiti yang selamat, praktikal, cekap bahan api dan menawarkan nilai terbaik, sambil membawa teknologi maju kepada orang ramai pada masa hadapan," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://geartop.blogspot.com/2020/12/perodua-catat-jualan-harian-tertinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

6130 Gudang Kartel Proses Daging Babi Sinar Harian 04 12 2020

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 479 hits
LAPORAN KHAS PEMBONGKARAN secara eksklusif Sinar Harian berkaitan kegiatan kartel daging sejuk tidak halal sejak beberapa hari lalu menemui satu lagi kejutan menggemparkan Siasatan pihak berkuasa mendapati gudang haram yang dikenakan tindak...
6122 Gudang Daging Seludup Dikawal Elak Diceroboh Gengster Sinar Harian 03 12 2020

6122 Gudang Daging Seludup Dikawal Elak Diceroboh Gengster Sinar Harian 03 12 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 535 hits
LAPORAN KHAS JOHOR BAHRU Pihak berkuasa kini memantau 24 jam gudang kartel daging sejuk beku di Senai di sini bagi mengelakkan bahan bukti utama tersebut hilang atau dilarikan kumpulan sindiket berkenaan Pihak berkuasa tidak menolak kemungk...
Perkara Terbaik Yang Berlaku Dalam Hidup Aku Tahun 2020

Perkara Terbaik Yang Berlaku Dalam Hidup Aku Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 535 hits
Assalamualaikum Aku ada jumpa satu cabaran sepanjang bulan Disember dan ianya sangat menarik perhatian aku untuk aku jadikan tajuk entri blog Sekurangnya aku ada sesuatu yang aku boleh ingat kelak So tajuk yang aku pilih kali ini ialah perk...
2020 Antara 3 Tahun Paling Panas Dunia

2020 Antara 3 Tahun Paling Panas Dunia

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 369 hits
GENEVA Tahun 2020 tercatat sebagai satu daripada tiga tahun terpanas kata Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada Rabu dengan ketua badan dunia itu memberi amaran dunia sedang diambang malapetaka iklim Tahun 2011 hingga 2020 merupakan dekad p...
Jejak Erupsi Gunung Ile Lewotolok Dari Tahun 1660 Hingga 2020

Jejak Erupsi Gunung Ile Lewotolok Dari Tahun 1660 Hingga 2020

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 300 hits
Sekda Kabupaten Lembata Paskalis Tapobali menjelaskan letusan Gunung Ile Lewotolok tercatat pernah terjadi pada tahun 1660 kemudian tahun 1819 dan 1849
6106 Pembangunan Vaksin Tempatan Perlu Disegerakan Ppim Sinar Harian 28 11 2020

6106 Pembangunan Vaksin Tempatan Perlu Disegerakan Ppim Sinar Harian 28 11 2020

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 340 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin kerana wabak koronavirus kini semakin membimbangkan PPIM dalam satu kenyataan hari ini berkata negara mempunyai pakar vaksi...
Sambal Bendi Goreng

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025