Cara Daftar Perniagaan Ssm Secara Online Terbaru Untuk Tahun 2020



Kepada mereka yang nak daftar lesen perniagaan SSM, sekarang anda boleh buat online sahaja. Ikuti langkah dan cara ini dibawah.
Perkongsian ini merupakan daripada pengalaman sendiri apabila baru sahaja berjaya mendaftarkan syarikat enterprise atau persendirian sendiri hanya melalui online sahaja.
Jadi secara asasnya yang melibatkan perniagaan dan pendaftaran SSM di Malaysia ini adalah berpandukan daripada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dimana ada menyatakan yang sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kita berniaga, mesti nak untungkan.
BACA : 7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2020
Seperti yang saya bagi tahu, saya telah berjaya daftar perniagaan berlabel Enterprise, tapi apa maksudnya? Sebelum itu, anda perlu tahu di Malaysia terdapat 4 kategori perniagaan iaitu Milikan Tunggal, Perkongsian, Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). 
Jadi untuk perniagaan kecil seperti kita ni, kita hanya fokus kepada 2 kategori sahaja iaitu Milikan Tunggal dan Perkongsian yang juga dikenali sebagai Enterprise. 

Milikan Tunggal - Perniagaan dimiliki oleh hanya Seorang PemilikPerkongsian - Perniagaan dimiliki sekurang-kurangnya 2 orang tidak melebihi 20 orang rakan kongsiSaya daftar milikan tunggal dibawah Enterprise.

Pendaftaran Pernigaan SSM Buat Pertama KaliSaya telah mendaftar perniagaan dan buat lesen SSM melalui kategori Enterprise pada Oktober 2020 yang lepas. Ini kerana saya melakukan transaksi atau perniagaan yang melibatkan keuntungan di blog saya ini.
Jadi saya telah daftar dengan jayanya pada 29 Oktober 2020 dibawah nama Aiman Creative Media (003190671-H). Jadi apa tujuan saya daftar perniagaan yang perlu anda buat bayaran secara tahunan ini selain tujuan perniagaan?
Saya daftarkan perniagaan saya ini adalah bagi tujuan :

Perniagaan saya menjadi sebuah entiti yang sah di MalaysiaBina keyakinan daripada potensi client. Mereka lebih mempercayai terhadap servis sayaJika ada bantuan daripada Kerajaan seperti (Geran Khas Prihatin, GKP), senanglah ianya disalurkan kepada peniaga seperti saya.Senang buat Loan*Tapi dah daftar lambat, dapat BPN la, tak dapat GKP
BACA : Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)
Dengan komitmen fee RM60 setahun, pastinya tidak membebankan yang seolah-olah RM5 sebulan. Tapi ada cara untuk anda dapatkan bayaran yuran tahunan lebih murah. Ikuti langkah seterusnya.
Cara Daftar Perniagaan (Enterprise) SSM Secara Online Untuk Tahun 2020Untuk pengetahuan awal, walaupun ianya pendaftara secara online tapi anda perlu pergi sekejab sahaja mana-mana cawangan SSM terdekat bagi tujuan verfikasi sahaja. Lepas tu boleh balik dan terus daftar perniagaan.
Pergi ke pautan ezbiz untuk bukan akaun SSM di ezbiz.ssm.com.my. Kemudian klik pada butang "Sign Up"



Kemudian masukan butiran nombor kad pengenalan, nama anda, emel, no telefon, password, username dan beberapa maklumat lain yang diperlukan. Akhir sekali klik butang "Register". 

Dalam tempoh 14 hari, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan SSM untuk aktifkan ID ezbiz anda dengan proses cap jari (thumbprint) dan jangan lupa bawa IC anda. Itu sahaja. Proses tak sampai 5 minit pun. Sekejab sahaja.
Jika anda tidak aktifkan ID anda, semua fungsi di dashboard ezbiz online tidak boleh diguna terutamanya untuk daftar perniagaan.

Selesai aktifkan ID di kaunter SSM, semua fungsi boleh digunakan dan kini anda boleh mula daftar perniagaan secara online dimana-mana sahaja.

Daftar Perniagaan Secara OnlineAnda perlu "Sign In" terlebih dahulu di ezbiz.ssm.com.my
Kemudian anda pergi ke tab My Business Services dan pada bahagian New Business Registration, klik "New Business"

Anda perlu masukkan butiran pada 5 bahagian iaitu Main Information, Branches, Business Code, Owners dan akhir sekali Fees & Declaration.

#1 - Main InformationPada bahagian ini anda perlu pilih Name Type sama ada "Trade Name" atau "Personal Name". Disinilah yang menentukan yuran tahunan anda.

Trade Name (nama unik perniagaan) = RM60Personal Name (nama perniagaan menggunakan nama penuh anda sahaja) = RM30Nak nampak lebih profesional, saya cadangkan anda letak nama unik perniagaan anda. Buat lah nama apa pun asalkan tidak bermaksud buruk. Adalah lebih baik nama perniagaan ada kaitan dengan jenis perniagaan anda (cth: Aiman Creative Media - lebih kepada jenis perniagaan berkaitan digital)
Masukkan "Business Start Date"
Masukkan "Partnership Agreement Date" jika ada

Masukkan "Registration Period" dengan membuat pilihan bermula 1 tahun hingga 5 tahun

Klik bahagian “Business Info” untuk "Yes" jika setuju untuk beli info, "No" jika tidak setuju untuk beli info.
Status akan menunjukkan “DATA ENTRY
"Incubator" – Klik "YES" jika anda peniaga di Sarawak yang menggunakan khidmat incubator. Klik "NO" jika tidak berkenaan.
"Is Online Seller?" – Klik "YES" jika berniaga secara dalam talian. Klik "NO" jika tidak berkenaan. Sekarang rasanya semua ada berniaga online kan

Masukkan alamat business, emel, no telefon dan URL website, facebook etc anda. Kalau berniaga di rumah, masukkan sahaja alamat rumah. Kalau ada kedai, boleh masukkan alamat kedai tersebut. 

 Jika sudah lengkap klik butang "Next"
#2 - BranchesAnda boleh masukkan alamat kedai jika anda ada bukan branch (atau kedai) lain. Alamatnya kena berbeza dengan alamat yang didaftar sebentar tadi. Jika tiada, tinggal kan.

#3 - Business CodeAnda perlu masukkan jenis perniagaan yang anda jual. Anda ada jual pakaian, makanan, alat elektrik, buat servis advertorial, ambil upah design, ambil upah menjahit, hantar makanan dan sebagainya la. Tulis pada ruangan Description.
Jika sudah klik pada butang "Add Business Code" untuk masukkan kod perniagaan yang anda buat. Masukkan mengikut kategori perniagaan anda. 
cth : Saya ada jual barang melalui internet (47912), ada buat pengiklanan (73100) dan ada terbitkan gambar, tulisan, poster etc (58190). Anda boleh menjalankan perniagaan hanya pada jenis kod yang anda daftar je tau.

#4 - OwnersPada bahagian Owner Information, anda klik pada ikon di "Action" untuk menyemak atau mengemaskini maklumat pemilik yang dimasukkan sebelum ini. Jika betul, klik butang "Next"

#5 - Fees & DeclarationAkhir sekali adalah pembayaran. Disini akan terpapar jumlah bayaran yang anda perlu bayar berdasarkan  Nama Perniagaan, ada Branches atau tidak dan juga dapatkan Business Info tadi. Untuk saya, saya gunakan nama pernigaan dan mahu dapatkan Business Info yang total adalah sebanyak RM70.
Anda tik pada kotak kecil dan klik "Preview"

Akan dipaparkan SEMUA informasi yang anda daftar sebelum ini. Pastikan ianya tepat sebelum anda buat pembayaran. Jika sudah pasti, klik pada "Submit Payment"


Anda boleh buat bayaran terus secara online dengan klik "Pay Online" atau bayar secara tunai di kaunter SSM.



Selesai!
Tempoh Proses Kelulusan Daftar PerniagaanProses mengambil masa 7 hari bekerja, tetapi pengalaman saya ianya mengambil masa 1 hari sahaja. Saya daftar dan buat bayaran pada petang hari kemudian pihak SSM telah meluluskan permohonan pada pagi keesokan hari. Sekejab sahaja!
BACA : Cara Mendaftar Dan Berniaga Di Shopee Terkini
SSM akan hantar emel yang memberitahu permohonan pendaftaran pernigaan telah berjaya!

status Aiman Creative Media : approved
Download Sijil Perniagaan Dan Business InfoIni penting, anda perlu muat-turun atau download sijil perniagaan dan info perniagaan dalam masa 14 hari
Pergi ke My Business Services > List New Business > Approved/Reject > Action dan klik pada butang "Download Certificate" dan "Download Business Info"
Selesai semuanya!
Selamat berjaya dan selamat berniaga!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/11/cara-daftar-pernigaan-ssm-secara-online.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Ssm Online

Cara Daftar Ssm Online

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 539 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraCara Daftar SSM Online Sekarang ramai yang mempunyai perniagaan sendiri sama ada perniagaan online mahupun perniagaan offline Malah sekiranya anda ingin berniaga di Lazada pun anda perlu berdaftar dengan S...
Cara Daftar Ssm Untuk Bisnes Online Servis Freelance Banyak Kelebihan Walau Kecil Kecilan

Cara Daftar Ssm Untuk Bisnes Online Servis Freelance Banyak Kelebihan Walau Kecil Kecilan

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 650 hits
Dah dekat 2 tahun berniaga online ni rasa seronok pulak Hari tu dengar kawan kata elok daftar SSM nanti senang Tapi leceh tak agaknya Apa kelebihan daftar SSM ni
Cara Daftar I Akaun Dan Semak Penyata Kwsp Online

Cara Daftar I Akaun Dan Semak Penyata Kwsp Online

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 1103 hits
Last updated Oct 27 2020 Pernahkah anda semak penyata KWSP anda secara online Jika belum di sini kami akan huraikan cara untuk anda daftar i Akaun dan semak penyata anda Sebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli K...
Syarat Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online Di Sabah Sepanjang Pkpb

Syarat Cara Daftar Kursus Praperkahwinan Online Di Sabah Sepanjang Pkpb

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 887 hits
AssalamualaikumBismillahAku tak tahulah macam mana boleh terdetik hati mahu daftar kursus praperkahwinan ini Lama dah mahu daftar cuma tiada kesempatan dan bajet Entah macam mana hari ini Allah gerakkan hati pula untuk aku search kat google...
9 Artis Indonesia Yang Masuk Daftar 100 Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020 Ada Idolamu

9 Artis Indonesia Yang Masuk Daftar 100 Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020 Ada Idolamu

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 822 hits
Sejumlah artis ternyata udah langganan lo masuk daftar wanita tercantik versi TC Candler ini
Pov Cara Renew Lesen Secara Online

Pov Cara Renew Lesen Secara Online

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 246 hits
Cuba periksa lesen memandu anda Adakah ia sudah tamat tempoh atau menghampiri tarikh pembaharuan lesen tersebut Jika ya pastikan anda renew lesen itu bagi memudahkan urusan di masa hadapan Yelah takkanlah sampai nak kena saman baru nak hidu...
Legend Dan Rare 32 Tahun Mengekalkan Cara Masak Dahulu Harga Makanan Ini Hanya Rm1 Jom Terjah

Legend Dan Rare 32 Tahun Mengekalkan Cara Masak Dahulu Harga Makanan Ini Hanya Rm1 Jom Terjah

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 328 hits
Lokasi Jalan Long Jaafar Kampung Seberang Sungai Tapah 30020 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Hari 3petang 9 30malam Untuk Tempahan 013 458 4868 https instagram com ahmad
30 Tahun Berdiri Adira Finance Apresiasi Ukm Lokal Lewat Kreatif Lokal Award 2020

30 Tahun Berdiri Adira Finance Apresiasi Ukm Lokal Lewat Kreatif Lokal Award 2020

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 260 hits
Adira Finance memberikan Kreatif Lokal Award 2020 kepada para pemenang dari 6 kategori kreatif
Isharefans Cara Mudah Daftar Buat Task Jana Income Setiap Hari

Isharefans Cara Mudah Daftar Buat Task Jana Income Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 464 hits
Tutorial Cara Daftar Dan Jana Income Dengan IShareFans Assalamualaikum semua Berita baik untuk semua Korang tahu tak mengenai IShareFans Ok bagi yang belum tahu sekarang ni tengah viral tau di mana ramai yang dah join dan berjaya menjana pe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya