Perkara Ini Perlu Disebarkan Biar Pekerja Restoran Fastfood Bernama Zura Ini Tahu Kelakuannya Rileks Media
Hal ini mesti disebarkan biar dia tahu.
Biar pekerja KFC nama Zura ini tahu tindakan dia ini. Biar pengurusan tertinggi KFC tahu tentang sikap staff dia yang seorang ini.
Kisahnya begini, aku bawa budak lawatan ke Melaka. Sewaktu pulang, kami singgah di RnR Ayer Keroh ini untuk makan malam.
Setiap murid dah ada bekal masing-masing. Sebungkus nasi tomato yang disumbangkan oleh sahabat aku dari Melaka.
Aku turun bas tak bawa wallet. Aku cuma ambil RM50 letak dalam poket. Kot-kot nak beli apa-apa bila turun nanti.
Lepas solat, aku pusing RnR ini dan nampak ada KFC. Aku melangkah masuk, niat nak beli satu set sahaja. Tapi mengenangkan sahabat lain yang turut sama jadi guru pengiring, tak sampai hati pula aku. Yahudi sangat perangai beli untuk diri sendiri sedangkan orang lain lihat saja.
Maka aku beratur di kaunter. Staff yang jaga kaunter itu namanya Zura. Tersenyum manis menyambut aku. Aku keluarkan not RM50 dan semua syiling yang ada dalam poket.
“Kak, ini semua duit saya. Cukup-cukup RM51. Saya tak bawa wallet, saya nak tahu apa yang saya dapat dengan duit sebanyak ini.”.
Zura mengeluarkan kalkulator dan mula mengira.
“Encik boleh dapatkan 4 set Set E ini. Harganya baru RM45.60”
“Boleh tak kalau saya nak set A satu dan 3 set C?”balasku.
Aku terliur tengok twister cheese kat gambar yang diiklankan.
Zura senyum dan kembali mengira.
“Encik ada 40 sen lagi tak? Jumlahnya RM51.40”
“Aduh. Tak ada la kak. Ini semua duit saya. Kalau buang air Pepsi satu tu boleh tak?”
“Eh, tak apa! Tak perlu buang air, ambil je lah.”
“Duit saya tak cukup. Tak apalah, bagi Set E empat set ya,” balas aku malu-malu.
“Tak apa encik. Tak apa.”
“Duit saya tak cukup tu kak. Tak apa ke?”
“Tak apa. Ambil saja,” ujar Zura lantas bergerak pantas menyusun menu yang bernilai RM51.40.
Aku terkedu. Dia tak pernah kenal aku. Aku tak pernah kenal dia. Tapi dia sanggup bayarkan 40sen untuk seseorang yang dia tak pernah kenal dan tak pernah jumpa.
Ya, 40sen nilai yang kecil. Namun kemuliaan dan kemurahan hatinya sangat tinggi nilainya. Tidak ternilai sebenarnya.
Sebaik dia menyerah bungkusan itu, aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak tahu aku nak gambarkan betapa aku terharu dengan sikapnya.
Sebaik aku beri KFC pada rakan-rakan, terus aku cerita hal ini kepada mereka. Kesemua kami memuji sikap baik hati dan pemurah staff yang bernama Zura ini.
Hal yang positif dan baik sebegini tak elok aku simpan. Hal ini perlu disebarkan akan menjadi contoh dan teladan pula pada orang lain.
Tahniah KFC Malaysia. Staff anda sangat pemurah lagi mesra melayan semua pelanggan. Jika ada anugerah Pekerja Cemerlang, saya Mohd Fadli Salleh dengan ini ingin mengesyorkan nama Zura, staff di RnR Ayer Keroh.
Kepada yang mengenali Zura, sampaikan salam penuh terima kasih dari Cikgu Korea untuk beliau.
Beliau mungkin bukan jutawan harta, namun dari segi pekerti dan sikap pemurah, beliau sudah lama menjadi jutawan.
Ya, inilah dia sikap yang dah lama kita lupa. Moga coretan ini mampu membuka hati semua orang untuk menjadi pemurah dan suka bersedekah waima 10sen nilainya.
Terima kasih Zura!
#MFS
– Orang berbudi kita berbahasa –
sumber: Mohd Fadli Salleh
Kredit : coretanhati
Source link
The post Perkara Ini Perlu Disebarkan Biar Pekerja Restoran FastFood Bernama Zura Ini Tahu Kelakuannya – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/perkara-ini-perlu-disebarkan-biar-pekerja-restoran-fastfood-bernama-zura-ini-tahu-kelakuannya-rileks-media/