Perikatan Selamatkan Musang King Hantar Memorandum Kepada Ahli Parlimen


 

KUALA LUMPUR - Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) menyerahkan memorandum kepada sejumlah anggota Parlimen hari ini berhubung kemelut antara pekebun durian di Raub dengan Royal Pahang Durian (RPD)
Pengerusinya Wilson Cheng berkata, memorandum itu menyuarakan kebimbangan RPD mahu memonopoli pasaran durian antarabangsa dan akan menjejaskan para pekebun kecil.
"Buktinya, ia sedang mendirikan kilang pemprosesan durian yang terbesar di Malaysia dan mendirikan anak syarikat yang bertanggungjawab bagi urusan eksport, mereka juga sanggup mengambil alih semua Musang King tanpa lesen dan merompak usaha pekebun-pekebun dengan kontrak yang zalim," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, kerajaan Pahang dilaporkan berkata akan bertindak terhadap semua kebun haram di Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub bermula 24 Ogos.
Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 1970-an melalui Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, kerajaan negeri menganggapnya sebagai pencerobohan dan mahu melakukan pemutihan dengan memajakkannya kepada Royal Pahang Durian Produce-PKPP Sdn Bhd (RPDP-PKPP).
Memorandum itu antara lain mendakwa pekebun dipaksa menandatangani kontrak dengan terma yang tidak adil, seperti pekebun perlu membayar RM6,000 pada tahun ini bagi seekar tanah yang mengandungi 30 batang pokok durian.
Pada dua tahun seterusnya, RPD akan membeli durian Musang King gred A dari pekebun dengan harga RM30 sekilogram, yang lebih rendah daripada harga pasaran, menurutnya.
Memorandum itu turut mendakwa para pekebun sudah beberapa kali memohon permit atau geran daripada kerajaan ngeri.
"Samka menyatakan bahawa 'pekebun tanpa permit' ini sebenarnya berjasa untuk menjadikan Raub sebuah Bandar Musang King serta menjadikan Raub pembekal Musang King utama di seluruh dunia.
"Kami dengan ikhlas memohon jasa baik para Ahli Parlimen supaya memberi perhatian kepada krisis Musang King ini," menurut memorandum itu.
Memorandum itu diserahkan kepada sejumlah anggota Parlimen antaranya Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bekas timbalannya Sim Tze Tzin (Bayan Baru), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Raub), dan Wong Tack (Bentong).
Dalam kenyataan itu, Cheng turut mengingatkan kemelut itu bukan sekadar isu dasar tanah, sebaliknya pengaruh terhadap perkembangan industri pertanian di Malaysia.
"Musang King adalah ikon Malaysia dan sekiranya industri ini dimonopolikan, rantaian penghasilan durian yang telah matang akan dimusnahkan, ruang pembangunan pekebun kecil akan dikurangkan dengan drastik dan menyebabkan beribu-ribu penduduk Raub kehilangan mata pencarian," katanya.
Dalam wawancara bersama Malay Mail pada 22 Ogos lalu, RPD menafikan tuduhan menawarkan kontrak bersifat berat sebalah dengan pekebun durian Musang King.
RPD berkata, RPDP-PKPP telah mendapat hak dan pajakan untuk 5,357 ekar tanah di Raub selama 30 tambah 30 tahun, dan mendakwa 30 peratus daripada tanah itu telah diceroboh.
Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan RPDP-PKPP juga membangkitkan kepentingan regulasi pasaran durian tempatan bagi mengelakkan pengaruh pelabur asing yang boleh menjejaskan pengeluar tempatan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/pekebun-musang-king-raub-hantar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Bn Kepada Pn Hanya Libat Ahli Parlimen Adun Kata Zahid

Sokongan Bn Kepada Pn Hanya Libat Ahli Parlimen Adun Kata Zahid

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 316 hits
TANJUNG MALIM Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan sokongan Barisan Nasional kepada kerajaan Perikatan Nasional hanya melibatkan sokongan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu Pengerusi BN itu berkata demikian susulan ...
Filipina Buka Semula Pejabat Untuk Tuntut Sabah

Filipina Buka Semula Pejabat Untuk Tuntut Sabah

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 913 hits
Teodoro Locsin Jr KUALA LUMPUR Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr mengumumkan pembukaan semula pejabat di bawah Jabatan Hal Ehwal Luar yang berfungsi untuk menuntut Sabah selepas Malaysia mengeluarkan nota lisan terhadap tuntutan te...
Kerajaan Pahang Tetap Bertegas Terhadap Pekebun Haram Musang King

Kerajaan Pahang Tetap Bertegas Terhadap Pekebun Haram Musang King

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 386 hits
Asrol Awangam hmetro com mySEBAHAGIAN pengusaha kebun durian di Raub berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Indera Mahkota untuk menyerahkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 28 Ogos lalu FOTO arkib NSTPKERAJAAN Pahan...
Prickly Musang King Mca Lawan Pemuda Umno Pula Sedikit Nasihat Bagi Pemuda

Prickly Musang King Mca Lawan Pemuda Umno Pula Sedikit Nasihat Bagi Pemuda

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 259 hits
The Musang King saga in Raub continues Here are two news items KL Pahang MCA committee to safeguard farmers help tackle problems they facevarious issues plaguing farmers in Pahang involving agricultural produce Cameron Highlands vegetables ...
111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 619 hits
KUANTAN Seramai 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan mereka di beberapa lokasi sekitar Raub Peguam Siew Choon Jern yang me...
Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 691 hits
Ia berikutan beberapa video yang tular menunjukkan seorang pekerja bertindak menebang pokok duriannya yang berusia 50 tahun menggunakan gergaji besi Hakim Bao Sementara yang lain pula memperlihatkan petani yang berasa sedih dan kesal berjal...
Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 597 hits
KUANTAN Pengusaha tanaman musang king di Raub di sini akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Pahang bagi mempertahankan kebun durian yang diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu Pengerusi Save Musang King Alliance Chang Yee Ch...
Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 435 hits
KUALA LUMPUR Pencerobohan tanah haram di beberapa kawasan melibatkan Raub Pahang perlu disiasat secara telus bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik jenayah tersebut Menurut Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad pencerobohan terseb...
Mari Lihat Pendapatan Menteri Dan Ahli Parlimen Malaysia Tahun 2018

Mari Lihat Pendapatan Menteri Dan Ahli Parlimen Malaysia Tahun 2018

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 357 hits
Heboh baru baru ini disiarkan mengenai angka pendapatan bagi Menteri Menteri serta Ahli Parlimen Malaysia yang baharu Difahamkan Kerajaan PH sebelum ini mewajibkan menteri timbalan menteri dan Ahli Parlimen mewakili setiap parti dalam pakat...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl