Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang
Adila  

 Siapa sahaja yang tidak sukakan durian Musang King, bukan? Walau harganya mahal, ianya masih diminati.
Peningkatan  permintaan terhadap durian jenis itu telah menyebabkan pembukaan tanah  yang tidak terkawal bagi menanamnya oleh petani yang mengusahakannya  secara haram.
Oleh  itu, kerajaan negeri Pahang difahamkan telah memberi 5,357 ekar tanah  kepada Royal Pahang Durian Group (RPDG) dan Perbadanan Kemajuan  Pertanian Negeri Pahang (PKPP) untuk mengaudit dan menjalankan industri  itu.
Keputusan  itu dibuat ekoran kebimbangan terhadap aktiviti penebangan hutan milik  kerajaan negeri yang berlaku tanpa kawalan demi memenuhi permintaan  terhadap buah berkenaan.
Bermula  24 Ogos, kerajaan negeri menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang  dilaporkan telah mengambil alih kebun dan tanaman buah-buahan yang  diusahakan secara haram di sekitar Raub.
Pejabat  Tanah dan Galian Pahang dalam kenyataannya telah memberi amaran bahawa  pihaknya akan mengambil tindakan untuk ke mahkamah atau memusnahkan  tanaman berkaitan jika terdapat pihak yang menceroboh.
Perkara  itu menyebabkan sebilangan petani di Raub terpaksa menebang pokok  buah-buahan mereka sebagai tanda protes terhadap pengambilalihan tanaman  mereka.
“Kami  tidak mahu pokok itu lagi. Kamu boleh suruh mereka tanam pokok itu  sendiri nanti”, kata seorang petani dalam bahasa Kantonis.

Kwan Liew/Facebook
Ia  berikutan beberapa video yang tular menunjukkan seorang pekerja  bertindak menebang pokok duriannya yang berusia 50 tahun menggunakan  gergaji besi.

Hakim Bao/Facebook
Sementara  yang lain pula memperlihatkan petani yang berasa sedih dan kesal  berjalan melalui dusun pokok buah-buahannya yang telah tumbang.
Difahamkan  hampir 800 orang petani yang mengusahakan tanaman durian telah  menubuhkan kumpulan ‘Save Musang King Alliance’ (SAMKA) untuk menentang  syarat kontrak ini.
Setiausaha  Kerajaan Negeri, Sallehuddin Ishak berkata bahawa Pahang mengalami  kerugian berjumlah RM30 juta untuk hasil cukai tanah susulan  pencerobohan untuk penanaman durian.
Tambahnya,  seluas 4,400 hektar kawasan dianggarkan telah diusahakan secara haram  untuk penanaman durian jenis Musang King di Raub.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/krisis-musang-king-petani-tebang-pokok.html