Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub


KUALA LUMPUR: Pencerobohan tanah haram di beberapa kawasan melibatkan Raub, Pahang perlu disiasat secara telus bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik jenayah tersebut.
Menurut Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad, pencerobohan tersebut melibatkan keluasan tanah yang besar dengan anggaran sebanyak 4,400 hektar serta tempoh masa yang lama, berpuluh tahun.
Beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan kepada penceroboh mengikut lunas undang-undang yang disediakan supaya insiden ini dapat memberi pengajaran kepada masyarakat mengenai kesalahan berbuat demikian.
“Pertamanya, kita minta supaya pihak kerajaan mesti mengambil tindakan terhadap penerokaan tanah haram.
“Yang keduanya, ia dapat memberikan pengajaran kepada orang lain supaya jangan sewenang-wenangnya berbuat demikian.
“Ketiga, minta supaya berlakunya penyiasatan macam mana kes yang berpuluh tahun berlaku dan keluasan tanah yang diambil begitu luas tidak diambil tindakan.
“Kerana buka dusun ini, dusun Musang King, bukan batas tanam ubi kemili, ataupun batas ubi kayu.
“Sebab itu kita minta supaya satu tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang dibelakangnya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, kata Ustaz Idris, penyelesaian kepada isu tersebut mestilah dibuat dengan situasi menang-menang antara kerajaan negeri dan pengusaha Durian Musang King.
Katanya, mungkin hasil pendapatan pengusaha kebun dapat diberi kepada kerajaan negeri sebagai bayaran sewa atau bayaran cukai dan sebagainya.
“Keempatnya mesti penyelesaian itu dibuat dan hari ini kita minta supaya kawasan itu dikawal sementara menunggu keputusan daripada mahkamah.
“Yang penting jangan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok itu dimusnahkan, sebaliknya biarlah bertindak secara win win situation supaya pokok itu tak dimusnahkan.
“Pekebun itu mungkin mereka boleh terus mengusahakan tanah tersebut dan kerajaan juga akan dapat memungut hasil daripada cukai dan juga pendapatan daripada tanah tersebut.
“Namun, dalam masa sama kita juga tak mahu tanah itu diberi sewenang-wenangnya,” tegasnya lagi.
Pada 1 Ogos lalu, dilaporkan bahawa kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.
Nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.
Dianggarkan 4,400 hektar kawasan diusahakan secara haram untuk penanaman durian di Raub, dan tindakan tegas perlu segera diambil bagi menangani isu ini #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/pas-gesa-siasat-dalang-pencerobohan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 280 hits
KUANTAN Seramai 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan mereka di beberapa lokasi sekitar Raub Peguam Siew Choon Jern yang me...
Isu Ceroboh Tanah Tanam Durian Musang King Usah Taksub Salahkan Parti Politik

Isu Ceroboh Tanah Tanam Durian Musang King Usah Taksub Salahkan Parti Politik

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 252 hits
KUANTAN Isu pencerobohan tanah kerajaan untuk penanaman durian Musang King di Raub sepatutnya tidak dipolitikkan oleh mana mana pihak Demikian kenyataan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli mengulas perkembangan terbaharu kes ini Jika ...
Isu Ceroboh Tanah Haram Di Raub Putra Gesa Sprm Siasat Jabatan Perhutanan Malaysia

Isu Ceroboh Tanah Haram Di Raub Putra Gesa Sprm Siasat Jabatan Perhutanan Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 153 hits
PUTRAJAYA Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat pihak berkenaan termasuk Jabatan Perhutanan Malaysia berikutan penerokaan haram tanah kerajaan bagi penanaman durian di Raub Pahang Naib P...
Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 154 hits
MELAKA Langkah awal sudah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang di Raub oleh pekebun durian Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata antara tindakan itu termasuk per...
Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 272 hits
KUANTAN Pengusaha tanaman musang king di Raub di sini akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Pahang bagi mempertahankan kebun durian yang diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu Pengerusi Save Musang King Alliance Chang Yee Ch...
Cadangan Parti Putra Untuk Agih Tanah Musang King Kepada Veteran Tentera

Cadangan Parti Putra Untuk Agih Tanah Musang King Kepada Veteran Tentera

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 116 hits
Konsep AGIH Dan Penyelesaian Tanah Musang King Saya ada sedikit cadangan di sini yang mungkin tuan tuan akan setuju atau tidak setuju Saya tertarik juga dengan kenyataan Parti Putra bahawa tanah Musang King itu ditukar status jadi tanah Riz...
Isu Musang King Raub Najib Dakwa Pengerusi Ngo Samka Ialah Ahli Dap

Isu Musang King Raub Najib Dakwa Pengerusi Ngo Samka Ialah Ahli Dap

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 121 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King yang ditubuhkan untuk menentang kerajaan Pahang berhubung isu tanah Pahang diceroboh untuk kebun durian Wilson Chang Yee Chin ialah ahli DAP Demikian ditegaskan oleh mantan Pe...
Company Refutes Pahang S Musang King Farmers Modern Slavery Accusations Says Scheme Protects Malaysia S Durian Industry

Company Refutes Pahang S Musang King Farmers Modern Slavery Accusations Says Scheme Protects Malaysia S Durian Industry

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 1005 hits
General view of Royal Pahang Durian Group logo August 21 2020 A spokesman from the group explained the legalisation scheme would ultimately lead to a win win situation between the growers state and industry Picture by Firdaus LatifPETALING ...
Polis Sekat Jalan Ke Ladang Musang King Di Raub

Polis Sekat Jalan Ke Ladang Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 116 hits
Pihak berkuasa mula membuat sekatan di jalan masuk ke ladang ladang durian haram di Raub Pahang pagi ini Beberapa orang pekebun memberitahu Malaysiakini mereka melihat kira kira 20 orang anggota polis tiba di Kampung Sungai Chalit dengan me...
Terkini Sebahagian Besar Mp Umno Tolak Cadangan Mat Maslan Jejas Nama Parti

Wanita Maut Selepas Kepalanya Tersepit Di Antara Pintu Kereta Mesin Bayar Tiket Parking

Bakat Luar Biasa Terowong Rekaan Pelajar Umur 13 Tahun Bakal Dibina Di Sekolahnya

Cara Buat Nasi Goreng Legend Macam Mak Kita Buat Takde Perencah Pun Sedap

Calon Pelajar Spm Positif Covid 19 Semoga Semuanya Dipermudahkan

Ibarat Mentol Terbakar

Terungkap Akun Instagram Syekh Ali Jaber Hanya Mem Follow Satu Artis Ini

Nasi Daging Bakar



Anda Boleh Sewa Negara Ini Dengan Harga RM283 150 Untuk Satu Malam

Makcik Ini Dipenjara 87 Tahun Kerana Hina Raja Thailand

Info Dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu Slot Lestary TV3

Ini 4 Jenis Vaksin COVID 19 Berbeza Dan Bagaimana Ia Berfungsi


Bagarap Dengan Koi Chord

Kajian Mendapati 68 Kanak Kanak Melaporkan Kesan Sampingan Pemakaian Topeng

Nak Elak Mengumpat Kalau Buat Ketupat Takpe Jugak

Cara Alami Hilangkan Panau

Lawan Covid 19 Makan Vitamin C Madu Lemon Setiap Hari

Kakek Darsih Tewas Terbakar Seorang Diri Bersama Gubuknya Di Pulau Hanaut