Kerajaan Pahang Tetap Bertegas Terhadap Pekebun Haram Musang King


MyMetro
Asrol Awang
[email protected]
SEBAHAGIAN pengusaha kebun durian di Raub berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Indera Mahkota untuk menyerahkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 28 Ogos lalu
 FOTO arkib NSTP
KERAJAAN Pahang mengulangi komitmen bertindak tegas ke atas tanah yang diusahakan secara haram oleh pekebun durian Musang King di Raub yang kini tertangguh ekoran keputusan Mahkamah Tinggi, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menindas pekebun terbabit.

Sebaliknya, katanya, ia sekadar bertindak sebagaimana dibenarkan oleh undang-undang dan pekebun sewajarnya menjadi warga yang patuh undang-undang dengan mengosongkan tanah kerajaan yang mereka duduki secara haram selama ini.

"Oleh itu, kerajaan negeri berharap kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutama dalam kalangan pekebun haram berkaitan penanaman durian Musang King di Raub," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, pada 28 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz membenarkan agar pendengaran permohonan kebenaran oleh 111 pekebun haram di Raub bagi semakan kehakiman untuk membatalkan notis pengosongan tanah.

Katanya, ia membabitkan kebun-kebun berkenaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, ditangguhkan sehingga 28 Oktober 2020.

"Sehingga permohonan itu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, Kerajaan Pahang terpaksa menangguhkan buat sementara semua tindakan bagi menguatkuasakan notis pengosongan berkenaan," katanya.

Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan itu dilakukan berikutan kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram termasuk di kawasan hutan simpan.

Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 5:38 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/kerajaan-pahang-tetap-bertegas-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Terus Bertegas Tanpa Kompromi Dalam Isu Pekebun Haram Durian

Kerajaan Negeri Pahang Terus Bertegas Tanpa Kompromi Dalam Isu Pekebun Haram Durian

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 602 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri terus bertegas tanpa kompromi dalam isu pekebun haram durian Musang King Demikian kenyataan media Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail semalam Kerajaan Negeri mengulangi ketegasan dan komitmen untuk be...
Pekebun Haram Musang King Perlu Hormat Undang Undang Mb

Pekebun Haram Musang King Perlu Hormat Undang Undang Mb

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 502 hits
Wan Rosdy Wan Ismail KUALA LUMPUR Pekebun haram durian Musang King di Raub Pahang diminta mematuhi undang undang dengan mengosongkan tanah kerajaan yang mereka duduki secara haram selama ini Tegas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy W...
Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 766 hits
KUANTAN Pengusaha tanaman musang king di Raub di sini akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Pahang bagi mempertahankan kebun durian yang diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu Pengerusi Save Musang King Alliance Chang Yee Ch...
Gesa Kerajaan Pahang Bawa Isu Pekebun Durian Haram Ke Mahkamah

Gesa Kerajaan Pahang Bawa Isu Pekebun Durian Haram Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 629 hits
Khuatir ada unsur penyelewengan mustahil tak sedar tanah dicerobohBANGI 10 Muharram 1442H Sabtu Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia Pahang menuntut kerajaan negeri menggunakan undang undang sedia ada dalam menangani kes pencerobohan tanah r...
111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 790 hits
KUANTAN Seramai 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan mereka di beberapa lokasi sekitar Raub Peguam Siew Choon Jern yang me...
Hukuman Tegas Terhadap Penceroboh Tanah Kerajaan Secara Haram Di Raub

Hukuman Tegas Terhadap Penceroboh Tanah Kerajaan Secara Haram Di Raub

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 573 hits
Isu utamanya ialah tentang pencerobohan tanah kerajaan secara haram itu yang utamanya dan perbuatan menceroboh ini salah tidak kiralah atas tujuan atau matlamat apa sekalipun Menceroboh secara haram adalah salah dan wajib dihukum secara teg...
Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 850 hits
Ia berikutan beberapa video yang tular menunjukkan seorang pekerja bertindak menebang pokok duriannya yang berusia 50 tahun menggunakan gergaji besi Hakim Bao Sementara yang lain pula memperlihatkan petani yang berasa sedih dan kesal berjal...
Tanah Haram Musang King Pun Salah Dap

Tanah Haram Musang King Pun Salah Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 768 hits
Masalah tanah kat Pahang tu dah berpuluh tahun sejak bila DAP perintah Pahang cuba tanya Tuan Ibrahim Hat pertahan hak pekebun tu bukan saja DAP tapi MCA pun ada tapi bani melayu PAS dan UMNO dok nampak DAP saja cerita tanah peneroka hat ta...
Kemelut Musang King Syarikat Royal Pahang Durian Dakwa Pekerja Di Ancam Di Ganggu

Kemelut Musang King Syarikat Royal Pahang Durian Dakwa Pekerja Di Ancam Di Ganggu

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 761 hits
RAUB Syarikat yang terlibat dalam kemelut dengan pekebun durian Musang King di Raub Pahang mendakwa pekerjanya berdepan dengan gangguan dan ancaman susulan pelaksanaan skim pemutihan kebun Musang King haram di sana Menurut Royal Pahang Duri...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu