Mari Lihat Pendapatan Menteri Dan Ahli Parlimen Malaysia Tahun 2018



Heboh baru - baru ini disiarkan mengenai angka pendapatan bagi Menteri - Menteri serta Ahli Parlimen Malaysia yang baharu. Difahamkan Kerajaan PH sebelum ini mewajibkan menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen mewakili setiap parti dalam pakatan berkenaan, mengisytihar dan memperincikan harta masing-masing untuk membolehkan ia disiarkan melalui portal Perisytiharan Harta.

Melalui portal terbabit, orang ramai boleh memeriksa senarai aset dimiliki mereka seperti rumah, kereta, tanah, bangunan, perniagaan serta akaun bank.

Kerajaan PH mengikut standard antarabangsa seperti dilakukan Kerajaan India dan Georgia, bukan sahaja menteri dan Ahli Parlimen, termasuk dari parti pembangkang diwajib mengisytihar harta, malah isteri, anak dan anggota keluarga mereka juga dikehendaki berbuat demikian.

Berikut adalah senarai pendapatan Menteri dan Ahli Parlimen (*tidak mengikut ranking):

1. Menteri Kerja Raya, Baru Bian - RM108,056

2. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng - RM86,464.92

3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dna Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - RM77,629.68

4. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad - RM75,861.57

5. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow - RM73,576.15

6. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin - RM72,276.37

7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - RM69,186.48

8. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail - RM59,048.33

Selain itu, antara individu lain yang sudah mengisytiharkan harta mereka adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Manakala Ahli Parlimen yang masih belum berbuat demikian berdasarkan carian di portal berkenaan pada jam 6.30 petang tadi antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Menteri Wilayah, Khalid Samad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, ketika dihubungi berkata, jumlah yang dipaparkan itu adalah jumlah pendapatan yang diterima oleh Ahli Parlimen sahaja, dan tidak termasuk ahli keluarga.

Katanya, jumlah itu termasuk gaji, elaun tetap, pendapatan diterima daripada sewaan seperti bangunan dan tanah dan lain-lain pendapatan yang diterima secara bulanan seperti gaji ahli lembaga pengarah.

“SPRM hanya menyediakan platform untuk Ahli Parlimen, apa sahaja maklumat yang diterima daripada mereka kami siarkan di portal berkenaan.

“Maklumat mengenai aset pula tidak didedahkan sehingga SPRM menerima keputusan mengenai perkara itu daripada kerajaan, SPRM hanya melaksanakan, apa yang boleh atau tidak boleh ditunjukkan adalah diputuskan oleh kerajaan,” katanya.

Setakat jam 6.30 petang hari ini, seramai 81 Ahli Parlimen kerajaan sudah mengisytiharkan harta mereka sementara 44 masih belum berbuat demikian.

SPRM sebelum ini menunda dua kali pelancaran portal memaparkan aset diisytihar anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen PH yang boleh diakses umum itu, dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian semalam.

sumber - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hairanblog.blogspot.com/2018/11/pendapatan-menteri-dan-ahli-parlimen-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang Menteri Langgar Sop Kuarantin Mesti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 323 hits
Saya berada di dalam Dewan Rakyat pada 18hb Ogos 2020 ketika Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok mendedahkan bahawa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah datang ke Parlimen pada 13 Julai 2020...
Menteri Kewangan Belasah Mantan Menteri Dalam Parlimen Video

Menteri Kewangan Belasah Mantan Menteri Dalam Parlimen Video

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 410 hits
Prestasi hutang liability PH Sebelum PH RM1 trilion Selepas PH tumbang RM1 264 trilion Hutang langsung kerajaan Akhir 2017 RM686 bilion Suku pertama 2020 RM824 bilion Kerajaan PH suruh Rakyat ikat perut tapi defisit dan hutang negara memecu...
Khalid Tak Bertanggungjawab Belanja Ribuan Ringgit Jamu Ahli Parlimen

Khalid Tak Bertanggungjawab Belanja Ribuan Ringgit Jamu Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 415 hits
Tidak bertanggungjawab jika benar ada orang kenamaan menghadiri jamuan tengah hari dengan nilai lebih RM 6 000 kata Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad Mengakui tidak dapat memastikan kesahihan laporan tersebut Khalid berkata dia berpen...
Ahli Parlimen Pn Makan Udang Galah Rakyat Makan Ubi Kentang

Ahli Parlimen Pn Makan Udang Galah Rakyat Makan Ubi Kentang

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 438 hits
Ahli Parlimen Batu P Prabakaran menempelak sikap bermewah mewah Ahli Parlimen Perikatan Nasional di Parlimen Dalam sidang medianya Prabakaran menegur sesi makan tengah hari mewah yang didakwa ditaja oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan tersebut...
Pru15 Pilih Ahli Parlimen Yang Matang Dan Cool Berbahas Dan Mencelah

Pru15 Pilih Ahli Parlimen Yang Matang Dan Cool Berbahas Dan Mencelah

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 403 hits
1 Parlimen diura ura akan dibubarkan dalam masa terdekat yakni dalam tahun ini atau paling lewat awal tahun depan Selepas itu PRU15 akan mengambil tempat sekali lagi rakyat Malaysia akan membuat perubahan kerajaan atas nama mandat rakyat ba...
Muktamad Bn Akan Ambil Semula 16 Kerusi Ahli Parlimen Yang Lompat Ke Bersatu

Muktamad Bn Akan Ambil Semula 16 Kerusi Ahli Parlimen Yang Lompat Ke Bersatu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 383 hits
1 502 total views 915 views today Majlis Tertinggi Umno memutuskan bahawa BN akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimennya berpaling tadah selepas menang pada PRU14 Kerusi kerusi yang BN menang dulu yang melompat maka kita ambil bali...
Ucapan Terima Kasih Ahli Parlimen Port Dickson

Ucapan Terima Kasih Ahli Parlimen Port Dickson

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 366 hits
Menjunjung kasih atas ingatan ikhlas Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong As Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri A...
Ada Saya Curi Duit Bapa Awak Ahli Parlimen Baling Tanya Rayer

Ada Saya Curi Duit Bapa Awak Ahli Parlimen Baling Tanya Rayer

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 294 hits
Ahli Parlimen pembangkang RSN Rayer dan Abdul Azeez Abdul Rahim bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung isu ekonomi negara KUALA LUMPUR Hari terakhir perbahasan di Dewan Rakyat berhubung rang undang undang Covid 19 menjadi tumpuan...
2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

2 Bekas Ahli Parlimen Pkr Silap Langkah Sertai Ppbm Kata Petugas Dap

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 349 hits
Willie Mongin dan Ali Biju adalah antara 10 bekas ahli PKR yang menyertai PPBM PETALING JAYA Dua ahli Parlimen yang keluar PKR untuk menyertai PPBM tersilap langkah kerana PPBM tidak memperjuangkan komuniti Dayak kata pembantu seorang pemim...
Bila Mata Anak Mula Merah Ini Mungkin Sebabnya

Barang Kemas Rm300 00 Hilang Warga Emas Terkejut Baru Balik Mengaji

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Pusat Latihan Kenegaraan Pasir Mas

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging

Mata Wang Mata Wang Dunia Tempat Pertukaran Murah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tengok Muka Saja Pemandu E Hailing Didakwa Cuba Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan

Dia Tenung Saya Lama Wanita Kongsi Pengalaman Seram Check In Hotel Di Jepun Temui Lelaki Sembunyi Di Bawah Katil Hotel

Langkahkan Diri Ke Dunia Penuh Pesona Bersama Koleksi Musim Bunga Panas 2025 Carlo Rino The Mythical Garden

Koleksi Senarai Ucapan Hari Pekerja 2025

On Dennis Ignatius Podcast

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position