Hiburan Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul Mimi Lana
Pelakon berbakat, Mimi Lana tampil memberi sedikit pendapat mengenai isu sesetengah pelakon baru yang didakwa tidak profesional dan sombong ketika berada di set penggambaran dan enggan bergaul dengan pelakon senior.
View this post on InstagramA post shared by MIMS (@missmimilana)
AdvertisementUjar Mimi, isu disiplin dan etika ketika bekerja di set tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja.
Menerusi beberapa untaian twit di laman media sosial Twitter miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin ini berkata bahawa pelakon tidak kiralah yang baru ataupun senior adalah sama sahaja dan setiap orang haruslah menjaga perangai dan menjadi contoh yang baik ketika bekerja.
Jadi pelakon baru bukan ticket untuk bagi Alasan tak baca script atau memahami script , itu dah jadi tanggunjawab . Jadi pelakon lama pulak bukan ticket untuk selalu datang lambat dan belagak merasa semua yang awak cakap itu betul .
— Mimi Lana (@missmimilana) April 9, 2021
Advertisement“Pelakon barharu atau lama, kedua-duanya sama sahaja. Setiap orang kena jaga perangai dan jadi contoh yang baik ketika di set penggambaran..saya telah bekerja dengan ramai pelakon baharu serta lama, tidak logik rasanya jika hendak hentam mereka yang baharu sahaja..”
Tambah Mimi lagi, bergelar pelakon senior bukanlah ‘tiket’ untuk mereka tampil lewat di set penggambaran serta bersikap sombong dan merasakan diri sentiasa betul.
View this post on InstagramA post shared by MIMS (@missmimilana)
Terdahulu, beberapa pelakon dan pengarah senior seperti Rusdi Ramli dan Isma Yusoof telah tampil memberi kritikan mengenai sikap pendatang baru dalam industri lakonan tempatan yang didakwa sombong dan mempunyai masalah disiplin.
The post “Pelakon Lama Jangan Berlagak Dan Rasa Awak Sentiasa Betul..” – Mimi Lana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/04/hiburan-pelakon-lama-jangan-berlagak.html