Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026


Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026
Penguatkuasaan palang penghadang dengan had ketinggian 3.5 meter serta had muatan kenderaan BTM/BDM lima tan di laluan masuk dan keluar Jambatan Angkat Kuala Terengganu bakal dilaksanakan berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif Ti Properties Sdn. Bhd., Awasi Mohamad berkata, langkah tersebut diambil bagi mengawal pergerakan kenderaan yang melebihi had muatan dibenarkan.
Hal ini selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Seksyen 86(3) yang melarang kenderaan dengan muatan BTM/BDM lima tan dan ke atas daripada merentasi jambatan berkenaan.
Menurut beliau, penguatkuasaan itu bukan sahaja bertujuan memastikan pematuhan undang-undang.
Malah, ia bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta melindungi integriti struktur Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang merupakan infrastruktur penting dan ikonik negeri.
“Sehubungan itu, papan tanda amaran had muatan serta papan kenyataan berkaitan akta dan undang-undang telah dipasang di jalan-jalan utama menuju ke jambatan berkenaan.
“Manakala amaran had ketinggian turut dipaparkan melalui skrin LED bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya,” katanya kepada pemberita, seperti dilapor media rasmi Negeri Terengganu.

Awasi turut meminta kerjasama pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan berat, supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan.
“Kami memohon kerjasama pemandu kenderaan yang melebihi had muatan supaya memilih laluan alternatif seperti Jalan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir sedia ada, selain merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Dalam pada itu, semua pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi had kelajuan yang ditetapkan, iaitu 30 kilometer sejam, ketika melalui kawasan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi media sosial rasmi Kuala Terengganu Drawbridge atau menghubungi talian 09-693 0052.
Sumber: TRDI
The post Kenderaan Berat Dilarang Lalu Jambatan Angkat Kuala Terengganu Mulai 2026 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/16/kenderaan-berat-dilarang-lalu-jambatan-angkat-kuala-terengganu-mulai-2026/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Platform Media Sosial Dianggap Berlesen Automatik Mulai 2026 Skmm

Platform Media Sosial Dianggap Berlesen Automatik Mulai 2026 Skmm

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 86 hits
SITI NUR ZAWANIDecember 15 2025Semua platform pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia akan dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen ASP tanpa perlu melalui proses pendaftaran biasa kerangka pelese...
Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98kg

Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98kg

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 80 hits
Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98Kg Sukan angkat berat wanita pada temasya Sukan SEA di Thailand dikejutkan dengan satu detik cemas apabila seorang atlet Indonesia Sarah Aca dihempap beban seberat 98 kilogram ketika melakukan p...
Bersatu Kuala Terengganu Desak Hamzah Isytihar Gencatan Politik Dalaman

Bersatu Kuala Terengganu Desak Hamzah Isytihar Gencatan Politik Dalaman

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 198 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bersatu Kuala Terengganu mendesak Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin mengisytiharkan gencatan politik dalaman yang menjejaskan imej parti dan menghakis keyakinan rakyat Bahagian itu dalam mesyuarat pada Jum...
Kerajaan Melanjutkan Tempoh Remedi Tanah Felda Terengganu Hingga Januari 2026

Kerajaan Melanjutkan Tempoh Remedi Tanah Felda Terengganu Hingga Januari 2026

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 121 hits
Tempoh Remedi Notis Tanah FELDA di Terengganu Dilanjutkan Hingga 7 Januari 2026 untuk Ruang Perbincangan KUALA LUMPUR Tempoh remedi bagi notis yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara kini dil...
Cuti Terengganu 2026 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Cuti Terengganu 2026 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 137 hits
Selain di peringkat persekutuan setiap negeri mempunyai cuti umumnya tersendiri meliputi hari kelepasan am dan juga cuti sekolah termasuklah di Negeri Terengganu Berikut merupakan cuti umum Terengganu 2025 Cuti Di Terengganu 2026 Berikut ad...
Best Vin Lookup Services In 2026

Best Vin Lookup Services In 2026

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 161 hits
Updated January 2026 David Russo Used car dealer auto buying consultant David Russo has spent over 20 years buying and selling used cars across the U S He has been involved in more than 3 000 used car deals and relies on VIN reports in ever...
Bufet Krismas Dan Tahun Baharu 2026 Pullman Klcc Hotel Residences

Bufet Krismas Dan Tahun Baharu 2026 Pullman Klcc Hotel Residences

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Kita dah masuk bulan Disember tahun ini you know what time it is Yess It s timeee Bagi mereka yang menyambut Krismas dan Tahun Baharu 2026 ini MOMI nak cadangkan lokasi makan malam dan makan tengah h...
Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

Jenis Pewangi Sah Digunakan Untuk Solat Panduan Lengkap 2026

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 165 hits
Ramai umat Islam di Malaysia memakai perfume sebagai rutin harian sebelum keluar bekerja menghadiri majlis atau sebelum masuk masjid Namun persoalan yang sering timbul ialah Adakah perfume yang mengandungi alkohol sah digunakan untuk solat ...
Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 2035 Dilancarkan Januari

Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 2035 Dilancarkan Januari

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 158 hits
Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 2035 bakal dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri pada minggu kedua Januari 2026 Layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengetahui hala tuju dan perubahan baru dalam dunia pendid...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Dior Goodjohn S Legs And Feet In Tights

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Sweet Home Menjadi Kenangan Menggamit Memori

Simple Beef Steak Recipe Jamie Oliver

Selasa Dak Jasmine