Perdana Menteri Penuhi Impian Dan Luangkan Masa Lawat Pesakit Kanser Tulang Video
Perdana Menteri Penuhi Impian Dan Luangkan Masa Lawat Pesakit Kanser Tulang [VIDEO]
Seorang remaja perempuan yang menderita kanser tulang tahap empat terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkunjung ke kediamannya di Pangsapuri Megah Villa di sini hari ini.
Nurshazrina Suryanto, 15, tidak menyangka hasratnya untuk bertemu pemimpin nombor satu negara itu yang diluahkan kepada beberapa pihak sebelum ini akhirnya didengari dan pertemuan mereka diaturkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sepang Noorazli Said.
“Bersyukur sangat, tidak sangka dapat jumpa PM (perdana menteri), saya ucapkan terima kasih kerana sudi melawat saya sekeluarga walaupun jadual beliau sibuk
“Beliau amat prihatin, ada tanya pasal kesihatan saya dan kata akan menyumbangkan komputer atau tablet untuk memudahkan saya belajar,” kata pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang itu kepada Bernama
Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama Nurshazrina dan keluarganya.
Suryanto Suradi, 46, pula berkata beliau tidak menyangka hasrat anak bongsunya tertunai jua kerana Nurshazrina sering meluahkan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri.
“Perjalanan anak saya masih jauh, banyak lagi rawatan yang perlu dilalui sebab doktor mengesahkan sel kansernya sangat aktif namun dengan pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini, ia akan menceriakan anak saya,” katanya.
Bekas pemandu lori itu, yang kini tidak bekerja kerana menjaga anaknya sepenuh masa, berkata kos rawatan Nurshazrina di Hospital Kuala Lumpur ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Selangor di samping bantuan lain yang diterima.
Selepas menziarah Nurshazrina, Ismail Sabri singgah ke pasar malam yang terletak berhampiran pangsapuri itu.-AA
Facebook Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri Penuhi Impian Dan Luangkan Masa Lawat Pesakit Kanser Tulang [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
Baby Shark catat 10 bilion tontonan
Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
Puteri Balqis didoakan mati cepat
Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Rupa-rupanya Kamal Adli
Resepi Crab Rangoon Viral Gila
The post Perdana Menteri Penuhi Impian Dan Luangkan Masa Lawat Pesakit Kanser Tulang [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/15/perdana-menteri-penuhi-impian-dan-luangkan-masa-lawat-pesakit-kanser-tulang-video/