Berakhirnya Zaman Perdana Menteri Berlagak Presiden Jadi Kunci Perubahan Pada 2021 Kata Liew


 
FMT Reporters -January 2 , 2022 Perdana Menteri kini perlu mencari kebersamaan, dengan usaha seperti memeterai MoU bersama pembangkang dan mencari titik bersama dalam gabungan, kata Liew Chin Tong. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Berakhirnya zaman Perdana Menteri berlagak Presiden menjadi pemangkin perubahan terbesar dalam merubah wajah demokrasi negara ini yang berlaku pada 2021, kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
“Pada 2021, peningkatan kes Covid-19 yang hanya menurun pada Oktober, pengisytiharan darurat yang bermula pada 12 Januari dan tamat pada 1 Ogos, perintah kawalan pergerakan (PKP) berkali-kali yang memburukkan lagi krisis ekonomi, dan peletakan jawatan Perdana Menteri pada Ogos.
“Tidak cukup dengan itu, 2021 berakhir dengan bencana banjir di Selangor, iaitu negeri terkaya di Malaysia, sekitar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan lain yang turut terkesan,” katanya dalam kenyataan.
Namun, Liew berkata, perubahan tidak dijangka sama sekali adalah berakhirnya zaman Perdana Menteri berlagak Presiden sejak 61 tahun lalu. Ketika ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, bukan sahaja tidak menjadi presiden partinya, bahkan tidak memegang sebarang portfolio menteri lain.
“Sejak kemerdekaan pada 1957 hingga pilihan raya umum 2018, UMNO telah mendominasi negara dan berada di puncak kuasa melalui Presidennya yang juga merupakan Perdana Menteri
“Struktur kuasa Perdana Menteri yang semakin besar telah menguasai badan eksekutif, kehakiman, dan juga kerajaan-kerajaan negeri apabila kebanyakan Ketua Menteri dan Menteri Besar merupakan Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang dilantik oleh Presiden parti.
Liew berkata, Perdana Menteri kini tidak lagi ditakuti rakyat dan tidak boleh membuli semua pihak untuk mendapatkan apa yang beliau mahukan. Kini, beliau perlu mencari persefahaman dengan semua pemegang taruh untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Menurut Liew, kehilangan kuasa Perdana Menteri berlagak Presiden bukan sahaja menjadi perkembangan ketara yang berlaku pada 2021. Bahkan, kemunculan gabungan parti yang setara, kerjasama dwipartisan, kepentingan kuasa negeri, dan pengundi muda serta pemain politik baharu.
“Kini, mana-mana Perdana Menteri yang mahu kekal berkuasa perlu bergantung kepada sokongan rakan gabungan serta pembangkang melalui perjanjian atau persefahaman keyakinan dan pembekalan sokongan. Gabungan itu akan kekal kukuh jika setiap parti bersetuju dengan matlamat yang sama, dan tidak cuba untuk tikam belakang.
“Bagi mencapai hasrat demokrasi Malaysia, ia perlu melalui proses, sama ada semua pihak menewaskan UMNO sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang atau UMNO sendiri mampu mereformasikan diri untuk menerima demokrasi.
Bagaimanapun, Kerjasama dua hala dalam suasana politik yang terpisah-pisah bukan sesuatu yang mudah. Namun, Malaysia tidak boleh maju tanpa membentuk persepakatan dan kerjasama dwipartisan, kata Liew.
“MoU ini diserang oleh dua pihak yang mahu menangguk di air keruh: kumpulan pemimpin utama UMNO mahu pilihan raya mengejut diadakan melalui tekanan terhadap Ismail Sabri, dan kumpulan daripada pembangkang seperti Warisan. .”
Liew berpandangan, selepas pilihan raya negeri Sabah, Melaka dan Sarawak, memberi lebih kuasa kepada negeri mampu mendorong ekonomi mara ke hadapan dan pengurusan lebih baik terutama ketika pandemik.
“Memberi lebih banyak kuasa kepada negeri dapat memajukan ekonomi Malaysia dan menguruskan pandemik dengan lebih baik. Negeri berhak menerima hasil cukai pendapatan yang dikutip di wilayah masing-masing.
“Penambahan pendapatan ini memerlukan kebertanggungjawaban kerajaan negeri menguruskan sektor kesihatan dan pendidikan seperti yang diamalkan oleh negara-negara federalisme di seluruh dunia,” katanya.
Satu lagi hasil positif MoU di antara kerajaan Ismail Sabri dan Pakatan Harapan ialah pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik.
Kini, umur layak mengundi adalah 18 tahun, dan mereka yang belum berdaftar sebagai pengundi akan dimasukkan dalam senarai daftar pemilih. Hampir 5.8 juta pengundi baharu akan ditambah dalam senarai daftar pemilih yang berjumlah hampir 15 juta pengundi.
Liew yakin bahawa sekiranya demokrasi pada masa hadapan tidak lagi mundur, perkembangan yang dilihat kini dijangka membawa harapan kepada amalan demokratik di Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/berakhirnya-zaman-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir Perdana Menteri

Hiburan Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 233 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran berhubung hujan berterusan di kawasan di negeri negeri Utara Semenanjung Malaysia sekaligus meminta penduduk di kawasan berkenaan untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya b...
Perdana Menteri Lawat Mangsa Banjir Di Pps Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Mentakab

Perdana Menteri Lawat Mangsa Banjir Di Pps Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Di Mentakab

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 269 hits
TEMERLOH Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab di sini Beliau yang tiba pada pukul 10 45 pagi meluangkan masa kira kira setengah ja...
Kalaulah Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Ketika Ini

Kalaulah Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri Ketika Ini

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 149 hits
Hanya dalam tempoh sekitar 100 hari lebih sikit memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob lebih dirakam dan dikenali kerana kegagalan berbanding kejayaan yang boleh dikenang Banjir yang berlaku khususnya di Selangor lebih...
Majlis Khatan Perdana Pdrm 2021

Majlis Khatan Perdana Pdrm 2021

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 296 hits
Alhamdulillah Dalam keadaan berbahagi nak pergi atau tak memandangkan keadaan banjir dsbnya akhirnya selesai juga Atas sebab anak dah ready untuk bersunat kami nekad untuk masuk ke KL untuk Majlis Khatan Perdana PDRM 2021 Alhamdulillah sela...
Panas Mahfuz Kata Jemaah Menteri Busuk Hati Perut

Panas Mahfuz Kata Jemaah Menteri Busuk Hati Perut

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 205 hits
January 1 2022 Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan jemaah menteri menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 19...
Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 261 hits
KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku teks yang rosak akibat banjir yang melanda negara Penduduk sedang membersihkan rumah yang dimasuki lumpur selepas banjir surut di Kampung Lembah Jaya Utara Ampang Banjir yang melanda nega...
Tunai Zakat Perniagaan Kata Kunci Rezeki Berpanjangan Janji Istiqomah

Tunai Zakat Perniagaan Kata Kunci Rezeki Berpanjangan Janji Istiqomah

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 257 hits
Dunia sekarang semua di hujung jari Nak menjual sekarang dah ada bermacam jenis medium online sebut sahaja nak jual baju kasut hatta barangan dapur dan perkakas rumah pun semua boleh dilaksanakan dengan menggunakan medium internet Juju send...
Rombakan Kabinet Ini Jawapan Terkini Perdana Menteri

Rombakan Kabinet Ini Jawapan Terkini Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 177 hits
SHAH ALAM Biarpun pelbagai spekulasi dan khabar angin mengenai rombakan Kabinet termasuk pengguguran beberapa nama besar dari UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tersebar namun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tetap tenang menjaw...
Pakaian Pengantin Traditional Minang

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 30 Januari 2025 Hingga 5 Februari 2025

Jom Cari Kerja How To Find Jobs In Malaysia With Google