Percutian Spain Madrid Part 2



 

Alhamdulillah, saya bersiaran lagi, kali ini sambungan aktiviti kami di Madrid. Boleh baca entri sebelum ini di SINI. Selepas berkumpul di meet point berdekatan dengan ikon patung beruang, kami berjalan kaki balik ke bas untuk makan tengahari di Madrid Islamic Cultura Centre. Restoran terletak di tingkat bawah bangunan tersebut. 

Kami turun dengan lift. Selepas makan, kami kena naik tangga dari lobi untuk ke tempat ruang solat wanita. Di sini ada disediakan juga tempat wudhu dan tandas.  Dari ruang solat wanita, kita boleh melihat ruang solat lelaki di tingkat bawah. memang luas dan besar. 
Selepas solat, kami turun untuk bergambar di hadapan bangunan Islamic Cultura Centre sebagai kenang kenangan. Seperti biasa, semua sporting bila bergambar, jadi tiada masalah nak ajak mengajak. 


Kami kemudian naik bas dan diturunkan berdekatan dengan Santiago Bernabu Stadium. Tak semua turun. Mana yang nak tengok stadium jer turun. Ada pulak kerja kerja maintenance sedang dilakukan di kawasan berhadapan pintu masuk stadium, jadi tak berapa cantik untuk bergambar. Tapi dah alang alang ke sana, kami bergambar juga lah. 






Dari sini, kami kemudian di bawa untuk shopping ke La Rozas Outlet. Secara jujur, tak ada apa yang menarik pada saya. Butik butik seperti Dior pun tak ada di sini. Harga pun tidaklah murah mana. Lagi pun saya dah shopping masa ke La Valle Outlet Paris bersama anak anak bulan September lepas. 

Jadinya kami hanya berjalan jalan dan kemudian duduk di bangku sementara menunggu rakan lain shopping. Kami kemudian sepakat memutuskan untuk memendekkan masa di sini dan mencari taman atau tempat lain untuk bergambar. 


Pukul 6.30 petang, kami akan ke rumah anak saudara Dato Setia Salehuddin yang berkerja di Kedutaan Malaysia di Madrid untuk makan malam. Sementara menunggu waktu untuk ke sana, kami dibawa singgah di taman untuk bergambar. Tapi sebab dah agak gelap, jadi tak cantik sangat pun untuk bergambar. Lagi pula cuaca sangat sejuk dan saya pula tak memakai sweater.


Sampai di kondominium mereka, kami ternampak hidangan yang telah siap penuh di meja dengan lauk pauk Melayu yang mewah. Memang sedap seperti makan di tanahair kerana ianya dimasak sendiri oleh Mat dan isterinya. 
Siap ada ikan bakar dicicah sambal kicap, ada ayam masak lemak, daging masak hitam dan kerabu taugeh yang sangat sedap. Kami makan kekenyangan lah. Siap menambah nambah. 


Bukan sekadar memuji tapi serious sangat sedap. Terkagum seketika melihat orang muda boleh memasak dengan begitu sedap. Macam masakan mak mak. Mereka masak berdua jer, tak dibantu oleh sesiapa. 
Yang paling sedap ialah ikan bakar yang menggunakan ikan apa entah. Saya lupa kerana tak pernah dengar nama ikan ni. Rasanya tak ada ikan ni di tempat kita. Isi putih manis manis gitu.


Bukan sahaja hidangan lauk pauk tapi juga disediakan pelbagai hidangan sampingan seperti soto siap dengan begedil tau, ada juga mee kari, bubur kacang. Yang buah buahan dan kuih sebagai pencuci mulut tu, memang lah tak payah sebut. Wajiblah ada. Air pula selain dari sirap dan minuman sejuk lain, ada juga teh tarik. Wallaaa mahu tak kekenyangan macam ular sawa jadinya. Hahahaha. 

Selepas selesai makan malam, kami bersembang sembang sambil berpantun pantun dan siap berbalas balas teka teki lagi. Seperti biasa, ianya akan diketuai oleh Dr Abdol Aziz Sahat yang setiap teka teki yang diberi hanya akan dijawab oleh beliau sendiri. Hahaha bukan apa kerana kami memang semua gagal menjawab dengan tepat. 
Kemudian kami beralih ke meja sekali lagi untuk meraikan surprise birthday untuk Datin Setia Nursinah Adzmi. Selamat harijadi, semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki buat BFF cum besan saya yang seorang ini. Aamiin.



Selepas makan, kami turun untuk naik bas dan balik ke hotel. Hmm cuaca memang kesejukan. Alhamdulillah berakhir sudah aktiviti di Madrid yang padat dan penuh kenangan. Pada saya, percutian indah bukan sahaja tempat yang menarik dan indah tapi dengan siapa kita bercuti yang menjadikan percutian sangat indah dan manis. Betul tak?  
OK setakat ini dahulu, nantikan entri terakhir percutian kami di entri akan datang. Salam sayang buat semua..... 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/01/percutian-spain-madrid-part-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Spain Cordoba Part 3

Percutian Spain Cordoba Part 3

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 165 hits
Selain Alhambra tempat yang wajib dikunjungi di Spain ialah Cordoba Pada yang belum baca entri di Alhambra boleh klik di Kami bersarapan dengan Maggi yang dibawa Dato Setia Salehuddin Memang sedap maggi ni bila kita dah lama lama meninggalk...
Percutian Spain Keretapi Laju Dari Seville Ke Madrid

Percutian Spain Keretapi Laju Dari Seville Ke Madrid

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 149 hits
Alhamdulillah saya akan menyambung lagi catatan percutian Morocco Spain yang dah tertangguh sebelum ini Boleh klik entri sebelum ini di Selepas selesai makan tengahari kami naik bas dan terus ke station train Kami sampai agak awal kerana ti...
Percutian Spain Alhambra Keajaiban Dunia Islam

Percutian Spain Alhambra Keajaiban Dunia Islam

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 234 hits
Selepas makan di Restoran Taj Halal kami naik bas untuk masuk ke Al Hambra Boleh baca serba sedikit catatan saya berkenaan Alhambra di entri sebelum ini di Serious ianya adalah satu tempat yang sangat harus dikunjungi Haa saya lagi kalau ke...
Tanam Tebu Lagi Part 1

Tanam Tebu Lagi Part 1

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 218 hits
Walaupun biasanya tebu komersial ditanam di ladang tetapi bolehkah ianya di tanam sekitar kawasan perumahan terutama halaman rumah Dengan tujuan untuk mendapatkan hasil maksima dari airnya nisannya gulanya serta sisa seperti hampas tebu dau...
Jumlah Penonton Rebel Moon Part 1 Di Netflix Telah Didedahkan

Jumlah Penonton Rebel Moon Part 1 Di Netflix Telah Didedahkan

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 130 hits
Jumlah penonton filem space opera Zack Snyder Rebel Moon di Netflix telah didedahkan Menurut laporan The Hollywood Reporter filem itu telah menarik 23 9 juta penonton sepanjang tiga hari tayangannya Laman itu turut menyebut bahawa ia adalah...
Pas Veep Insists Party Will Not Be Part Of Federal Govt

Pas Veep Insists Party Will Not Be Part Of Federal Govt

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 158 hits
PAS has reiterated its stand of rejecting Prime Minister Anwar Ibrahim s alleged attempts to court support from the opposition and increase the government s numbers in the Dewan Rakyat Party vice president Idris Ahmad in a statement said PA...
Psb Aiming To Be Part Of Govt In Future Says Soon Koh

Psb Aiming To Be Part Of Govt In Future Says Soon Koh

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 288 hits
PSB president Wong Soon Koh said merging with PDP would see them becoming one of the largest parties within GPS PETALING JAYA Parti Sarawak Bersatu which is said to be dissolving soon hopes to be part of the government in the future Accordi...
Breaking News Mbappe Tolak Psg Dan Madrid Demi Liverpool Ini Alasan Mbappe Memeilih Liverpool

Breaking News Mbappe Tolak Psg Dan Madrid Demi Liverpool Ini Alasan Mbappe Memeilih Liverpool

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 161 hits
Mbappe menatap ke arah langit biru di atas Anfield Ini adalah hari pertamanya sebagai pemain Liverpool setelah ia menandatangani kontrak dengan klub Inggris itu pada musim panas Ia telah menolak tawaran dari Real Madrid PSG dan klub klub la...
Family Trip 2h1m Ke Terengganu Pada Cuti Sekolah Bulan Disember Part 1

Family Trip 2h1m Ke Terengganu Pada Cuti Sekolah Bulan Disember Part 1

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 257 hits
Family Trip 4H2M Ke Terengganu Dan Kelantan Pada Cuti Sekolah Part 1 Ini adalah entry throwback untuk moment kami bersama keluarga besar sebelah keluarga saya iaitu seramai 30 orang Perjalanan merentas pantai timur yang pertama kali buat ka...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna