Family Trip 2h1m Ke Terengganu Pada Cuti Sekolah Bulan Disember Part 1


Family Trip 4H2M Ke Terengganu Dan Kelantan Pada Cuti Sekolah - Part 1. Ini adalah entry throwback untuk moment kami bersama keluarga besar sebelah keluarga saya iaitu seramai 30 orang. Perjalanan merentas pantai timur yang pertama kali buat kami sekeluarga. Jadi, kami rangkumkan kenangan dalam bentuk gambar dan sedikit coretan sebagai memori yang amat berharga. 
Jika tahun lepas kami semua bermalam di Ke Kabin Banglo di Melaka, percutian keluarga kali ini menjelajah ke Kelantan dan Terengganu pula. Percutian kami bermula pada 21/12/2023 dan berakhir sehingga 24/12/2023. 
Perjalanan musafir dan melancong kami bermula di Terengganu dahulu dan akan berakhir di Kelantan


2H1M Di Terengganu
Perancangan percutian keluarga kami yang digelar Mohayah Family mengandungi 30 orang peserta. Dijangka kami akan melawat tempat-tempat berikut:
A) Masjid terapung Kuala Ibai, (Masjid Tengku Tengah Zaharah)B) Restoran Nasi Dagang Atas TolC) Noor Arfa BatikD) Pasar PayangE) Makan Tengahari di Singgang BuduF) Berehat di Villa NurrifaG) Lawatan Ke Masjid Kristal, Tamadun IslamH) Makan Malam berlatarbelakang jambatan angkat, Kuala Terengganu - cadangan je.. 
Menunggu Bas Dan Masa Bergerak
Kami semua berkumpul di Lotus Seremban. Bertolak ke Terengganu pada lebih kurang pukul 10.45 malam. Bila semua peserta dah cukup, maka kami bergerak menuju ke destinasi. Oleh kerana berada di dalam bas pada waktu malam, langsung tak tahu arah perjalanan kecuali megesan sesuatu kawasan menggunakan google maps


Bas VIP Coach kami bas persiaran 2 tingkat yang selesa, bersih, dingin dan driver nya bawa pun santai. Bersyukur sangat..

Sampai di Terengganu
Kami sampai di Terengganu pada pukul 5.15 pagi dan terus menuju ke masjid terapung Kuala Ibai. Sempat membasuh muka, gosok gigi dan solat subuh bersama para jemaah di masjid tersebut. Pada ketika ini lebih kurang pukul 7.45 pagi, pemandu pelancong pun menyertai kami. 

Pemandangan masjid terapung pada pukul 6.45 pagi.. nyaman, tenang dan indah.

Sarapan Nasi Dagang
Kami bersarapan di restoran Nasi dagang atas tol, iaitu restoran nasi dagang asli Terengganu. Dengan jumlah kami yang agak besar, kos sarapan yang ditanggung oleh family mencecah lebih RM300. Yang penting perut kenyang, makanan sedap dan air teh beng dia memang padu!! Sempat bergambar beramai-ramai di bawah papan tanda restoran.



Antara signature restoran ini tentulah air teh beng nya size besar. Korang tengoklah sendiri.. melimpah ruah buih dia. Haha.. dan nasi dagang ikan tongkol, dia bagi kepala ikan sekali. Meratah kari la kita.. heehe
Lawatan sambil Shopping di Noor Arfa Batik
Noor Arfa Batik adalah satu jenama batik yang amat terkenal seantero dunia. Kami sampai di Noor Arfa Batik dalam pukul 9.00 pagi dan disambut mesra oleh pekerja di situ. Mata kecik besar je tengok baju batik yang amat banyak, cantik-cantik dan harganya pun kena fikir beberapa kali.. hehe


Cari Apa Di Pasar Payang
Setelah berhabis beratus juga di Noor Arfa Batik, kami meneruskan destinasi ke Pasar Payang. Orang kata nak apa saja semua ada di Pasar Payang. Banyak jualan keropok, kekacang, baju batik, dan aneka key chain yang menawan hati. Yang kami suka, keadaan Pasar Payang yang agak bersih memudahkan urusan shopping dan cuci mata kami. Tetapi, jumlah pengunjung terlalu ramai, makin sukar nak pilih memilih. Semua kena cepat... 
Ada juga peniga Cina yang fasih berbahasa Terengganu dan kami tawar menawar dengan mereka sambil ketawa gembira... Mesra sangat.

Makan Tengahari Di Singgang Budu
Lepas shopping di Pasar Payang, kita isi perut pulak di Restoran Singgang Budu, restoran yang viral katanya disebabkan lauk pauk kampumgnya yang amat banyak!! Memang benar bagai di kata, tak terpilih nak makan apa?? Haha.. 
Dengarnya kos makan tengahari kami di Singgang Budu mencecah lebih RM400. 

Setiap kali makan mesti ada lada solok. Kat Terengganu lada solok dia sedap dan banyak inti dia, gemuk-gemuk lada soloknya. Cuma kurang pedas je.


Check-In di Villa Nurrifa
Selepas dah kenyang, kami bergerak ke rumah penginapan yang dipanggil Villa Nurrifa. 2 biji rumah yang dipisahkan oleh tembok dan pagar. Oleh kerana jumlah ahli rombongan yang ramai, maka kumpulan dipisahkan kepada lelaki dan perempuan. 
Setiap rumah ada swimming pool sendiri, jadi tak berlaku perebutan nak terjun kolam. 


Gambar kenangan bersama kakak dan adik.
Disyorkan Untuk Anda: Get this widget
Bergambar Di Masjid Kristal Kenangan TerindahPetang itu dalam pukul 5.45 petang, kami bergerak ke kawasan Tamadun Islam dan melawat Masjid Kristal yang kelihatan menarik di bawah sinar matahari petang. 
Sempat mengambil gambar kenangan bersama ahli rombongan. Ramai pula pengunjung yang hadir untuk mengabadikan kenangan seperti kami


Kecewa tak dapat mengambil gambar di bawah jambatan angkat, Kuala Terengganu
Niat kami nak mengambil gambar di bawah jambatan angkut tak kesampaian apabila tetiba hujan gerimis bertukar hujan selebat-lebatnya. Apabila tiba di kawasan food truck, kami langsung tidak boleh keluar dari bas kerana keadaan angin dan hujan yang kuat. Maka, kecewalah kami dan berpatah balik ke homestay

Oleh kerana ramai yang kelaparan, kami singgah di sebuah restoran ketika dalam perjalanan pulang. Tetap cari satay untuk En suami dan chicken chop untuk anak bujang. 


Meninggalkan Homestay untuk ke Kelantan
Selamat tinggal Villa Nurrifa, banyak kenangan tercipta walau hanya satu malam bersama. Kami meneruskan langkah bersarapan pula di restoran. Ada banyak menu, maka kami makan nasi kerabu asli. Anak bujang makan nasi minyak, yang katanya agak pelik rasanya. Haha.. biasalah, mana pernah sarapan nasi minyak kan


Saya order nasi kerabu set lengkap. Ayam bakar dia sedap tau.. dan yang pastinya ada lada solok lagi .. 

Cari Keropok Lekor Di Merang
On the way nak ke Kelantan, kami mencari keropok lekor pulak. Singgah di Wawa Keropok Lekor, Merang. Memang sesi memborong betul gamaknya. Kami makan dan beli sekali.. ada banyak tester.. haha, makan dan makan lagi keropok lekor segar-segar belaka.


On the way ke Kelantan, kami singgah restoran celup-celup di tepi pantai, Beachbox ststion. Waktu ini hujan turun dengan lebatnya bersama ribut petir.. walau hujan lebat dengan petir berdentum, angin dan ambak laut mengganas, makan celup tepung tetap dipenuhi.. Haha

Kemudian, dalam hujan yang semakin lebat, kami meneruskan perjalanan ke Kelantan, yang memakan masa lebih kurang 2 jam katanya. Homestay kami akan terletak di Kota Bharu

Bersambung di part 2... byeSelamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2023/12/family-trip-2h1m-ke-terengganu-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takwim Cuti Sekolah 2024

Takwim Cuti Sekolah 2024

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 326 hits
Berikut merupakan kalendar akademik bagi sesi 2024 2025 Takwim Cuti Sekolah 2024 Tarikh Mula Sekolah 2024Tarikh bermula sesi persekolahan 2024 2025 adalah Kumpulan A 10 Mac 2024Kumpulan B 11 Mac 2024Bagi Negeri Kumpulan A Bagi Negeri Kumpul...
Cuti Sekolah Cuti Perayaan Penggal Persekolahan Sesi 2024 2025 Kpm Kalendar 2024

Cuti Sekolah Cuti Perayaan Penggal Persekolahan Sesi 2024 2025 Kpm Kalendar 2024

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 403 hits
Berikut adalah beberapa maklumat penting tentang takwim persekolahan untuk sesi 2024 2025 Kumpulan A Penggal persekolahan bermula pada 10 Mac 2024 dan berakhir pada 16 Januari 2025 Cuti penggal pertama 24 Mei 2024 2 Jun 2024 Cuti penggal ke...
Cuti Selangor 2024 Hari Kelepasan Am Amp Cuti Sekolah

Cuti Selangor 2024 Hari Kelepasan Am Amp Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 357 hits
Setiap negeri mempunyai Hari Pelepasan Am dan Cuti Umum bagi tahun 2024 termasuklah Selangor Hari Cuti ini biasanya diumumkan awal bagi memudahkan banyak pihak membuat perancangan lebih awal bagi tahun 2024 Selangor adalah salah satu daripa...
Cuti Sekolah 2024 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun

Cuti Sekolah 2024 2025 Tarikh Cuti Penggal Cuti Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 323 hits
Dalam jadual di bawah ini disertakan bersama tarikh cuti sekolah akhir tahun iaitu cuti Penggal dan Cuti Sekolah Takwim KPM yang turut menyertakan cuti perayaan cuti penggal cuti akhir tahun serta tarikh pembukaan sekolah KPM bagi sesi 2024...
Ryan Bakery Timang Anak Lelaki Susah Hati Bayi Masuk Nicu Lahir Tak Cukup Bulan

Ryan Bakery Timang Anak Lelaki Susah Hati Bayi Masuk Nicu Lahir Tak Cukup Bulan

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 181 hits
Pempengaruh terkenal Ryan Bakery timang anak lelaki dan memaklumkan hal tersebut di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur kerana sudah bergelar bapa Selamat bergelar bapa Difahamkan isteri tersayang Elyia Ibrahim selamat melahirka...
Perempuan Yang Melahirkan Anak Dan Keluar Bergaul Menerima 1000usd Setiap Bulan

Perempuan Yang Melahirkan Anak Dan Keluar Bergaul Menerima 1000usd Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 117 hits
Kejatuhan kadar kelahiran adalah isu yang dihadapi oleh banyak negara di dunia terutama yang mempunyai ekonomi maju atau sedang membangun Antara masalah yang wujud akibat kejatuhan kadar kelahiran adalah Penurunan populasi dan pertumbuhan e...
Bulan Sabit Merah Gesa Masyarakat Antarabangsa Campur Tangan Lindungi Hospital Al Amal

Bulan Sabit Merah Gesa Masyarakat Antarabangsa Campur Tangan Lindungi Hospital Al Amal

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 132 hits
Bulan sabit merah gesa masyarakat antarabangsa campur tangan lindungi Hospital Al Amal Dikemas kini 17 minit yang lalu Diterb
Unit Trust Labur 1000 Dapat Untung 500 Dalam Tempoh 6 Bulan Menang Dana Terbaik Asia Tahun 2023

Unit Trust Labur 1000 Dapat Untung 500 Dalam Tempoh 6 Bulan Menang Dana Terbaik Asia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 168 hits
Unit trust adalah sejenis pelaburan kolektif yang melibatkan pengumpulan wang daripada pelabur dan melaburkan wang tersebut dalam portfolio pelbagai aset seperti saham bon hartanah dan sebagainya Unit trust membolehkan pelabur untuk memilik...
Masak Dulu Lagi Baik 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan

Masak Dulu Lagi Baik 13 Jenis Buah Ni Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Makan

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 242 hits
Apa agaknya makanan pejal pertama yang mahu diberikan pada anak Sudah semestinya bubur kosong yang dikisar halus menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak Inilah yang disarankan oleh pakar Namun dalam pada itu sesekali boleh juga...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash