Percutian Spain Cordoba Part 3



 

Selain Alhambra, tempat yang wajib dikunjungi di Spain ialah Cordoba. Pada yang belum baca entri di Alhambra, boleh klik di SINI. Kami bersarapan dengan Maggi yang dibawa Dato Setia Salehuddin. 
Memang sedap maggi ni bila kita dah lama lama meninggalkan tanah air tercinta. Mampu mengubat rindulah kiranya. Selepas sarapan, kami check out hotel untuk ke destiasi seterusnya iaitu Cordoba. Cuba perhatikan betapa cantiknya awan ketika itu, memang cantik dengan latarbelakang langit yang biru. 

Saya baca sedikit sebanyak berkenaan dengan sejarah kerajaan Islam berkait dengan Cordoba. Sepanyol jatuh ke tangan angkatan perang Bani Umayyah pimpinan Tariq bin Ziyad selepas berjaya menewaskan kerajaan Visigoth. 
Sejak itu, Sepanyol menjadi jajahan takluk Bani Umayyah dan milik umat Islam selama lebih 700 tahun di bawah nama Andalusia. Cordoba dijadikan sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah dan sekaligus menjadi pusat perkembangan ilmu pada Zaman Kegemilangan Islam.
Semasa angkatan perang Bani Umayyah tiba di kota berkenaan, mereka tercari-cari tempat untuk mendirikan solat. Sebagai tanda toleransi dan melihat mereka lebih baik daripada pihak Visigoth, penduduk Kristian Cordoba membenarkan sebahagian kawasan gereja mereka digunakan sebagai masjid.
Perkongsian ini diteruskan sehingga 785 Masihi sebelum kawasan gereja dibeli oleh pengasas Emiriah Bani Umayyah Andalusia, Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I. Sebagai tukaran kepada persetujuan membeli tanah gereja berkenaan, baginda bersetuju membenarkan komuniti Kristian Cordoba membina semula gereja-gereja lama termasuk yang didedikasikan kepada santo-santo seperti Faustus dan Marcellus. Setelah itu, barulah proses pembinaan Masjid Agung Cordoba dapat dilaksanakan.
Masjid Agung Cordoba mula dibina sekitar 169 Hijrah (785-786 Masihi) dan siap setahun selepas itu. Bagi Abdul Rahman, pembinaan masjid ini dianggap penting buat beliau. Ini kerana ia dianggap permulaan baru buat Bani Umayyah di Andalusia selepas pemerintahan mereka di Timur Tengah ditamatkan oleh Bani Abbasiyah. Selain itu, dengan membina Masjid Agung Cordoba, ini menjadikan ia sebagai mercu tanda baru kota berkenaan.
Walaupun baginda mangkat pada 788 Masihi, usaha menambahbaik dan memperindah masjid tersebut diteruskan oleh para Emir Bani Umayyah untuk dua abad berikutnya. Antara ciri-ciri tambahan yang ditambah ialah sebuah laman dalam, dusun oren, laluan pejalan kaki bertutup, menara dan pancuran-pancuran air. Ini lah hasil carian saya di google. 
OK sekarang kita masuk aktiviti hari Kami check out dari hotel dan terus menuju ke Cardoba. Semasa dalam perjalanan kami singgah di hentian rehat untuk ke bilik air. Kebetulan di situ, ada beberapa pokok zaitun yagn sedang berbuah. Seronok kami bergambar dengan buah zaitun.

Sesampai di Cordoba, kami berjalan masuk sambil berhenti bergambar di beberapa spot menarik. Yang pastinya di dinding di mana tertulis Hello Cordoba, memang wajib lah kan. 



Dari situ, kami mula berjalan memasuki kawasan dalam Cordoba yang mana terdapat bangunan yang cantik dan berseni. Kami dibawa pusing pusing dulu di dalamnya. Kami akan berada di sini sehingga petang. 

Sementara itu, kami bergambar dengan pemandangan bangunan lama yang cantik cantik di sini. Memang rugilah kalau datang sini tapi tak bergambar kan. 


Bila nampak tempat yang menarik, kami akan berhenti untuk bergambar beramai ramai. Memang acara wajin bergambar secara kumpulan ini. Mohammed, tour guide kami akan memberi penerangan berkenaan secara di Cordoba. 


Sementara itu, kami dibawa untuk makan aiskrim halal yang sedap. Memang sedap ais krim di sini dengan pelbagai perisa. 



Kemudian dibawa ke masjid untuk solat. Tapi masjid tutup pada hari itu. Kami kemudian berjalan ke restoran yang kami hendak makan tengahari iaitu Restoran Teteria Petra. Mohammed telah menguruskan untuk kami selepas makan, terus menunaikan solat di pejabat mereka yang terletak di tingkat atas restoran. 
Kami dihidangkan dengan  masakan Morocco iaitu Tianjin Chicken yang menggunakan 40 jenis rempah ratus. Hmm memang sedap dan sekarang pun masih teringat. Memang bila di Morocco dan Spain kita rasa aduhai jemu makan masakan sama sahaja setiap hari. Tapi bila balik Malaysia, memang boleh teringat. 




Selepas selesai kami solat, para suami pulak naik solat. Kami turun dan siap siap berbedak di bawah kerana kebetulan, di ruang hadapan tiada pelanggan lain. Hanya kami sahaja. 


Selepas itu, masa untuk free and easy. Kami diberi masa untuk berjalan jalan sendiri di sekitar situ untuk mencari souvineer atau untuk apa apa sahaja. 



Setelah kepenatan, kami singgah minum di Hotel Maimonides yang terletak berdepan dengan meet point. Kami memang jenis tak suka sangat bershopping. Nak berjalan jalan pun betis dah penat.

Kami kemudian berkumpul di meet point untuk masuk ke Masjid Cardoba pukul 4.45 petang untuk menunggu tour guide dalam Masjid Cordoba datang untuk bertemu dengan kami. 

OK setakat ini dahulu, nantikan entri seterusnya iaitu lawatan di dalam Masjid Cordoba. Salam sayang buat semua...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/12/percutian-spain-cordoba-part-3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Spain Keretapi Laju Dari Seville Ke Madrid

Percutian Spain Keretapi Laju Dari Seville Ke Madrid

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 168 hits
Alhamdulillah saya akan menyambung lagi catatan percutian Morocco Spain yang dah tertangguh sebelum ini Boleh klik entri sebelum ini di Selepas selesai makan tengahari kami naik bas dan terus ke station train Kami sampai agak awal kerana ti...
Percutian Spain Alhambra Keajaiban Dunia Islam

Percutian Spain Alhambra Keajaiban Dunia Islam

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 255 hits
Selepas makan di Restoran Taj Halal kami naik bas untuk masuk ke Al Hambra Boleh baca serba sedikit catatan saya berkenaan Alhambra di entri sebelum ini di Serious ianya adalah satu tempat yang sangat harus dikunjungi Haa saya lagi kalau ke...
Non Muslims Are Part Of Humanity Too Mahathir

Non Muslims Are Part Of Humanity Too Mahathir

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 354 hits
I don t think Mahathir understands how the non Muslims view the conflict in Gaza To help him make sense of it as a non Muslim myself I am going to give him my point of view Nehru Sathiamoorthy Dr Mahathir recently that non Muslim in Malaysi...
Dune Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Dune Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 372 hits
Durasi tayangan Dune Part Two telah didedahkan membayangkan filem terpanjang dalam karier filemografi pengarah Denis Villeneuve setakat ini Waktu tayangan untuk filem itu mula mula dikesan oleh pengguna Twitter dengan filem itu muncul di la...
Kate Middleton 2023 Pantyhose Queen Part Two

Kate Middleton 2023 Pantyhose Queen Part Two

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 343 hits
credit picturepubTomorrow is a one post dayKate Middleton s Pantyhose Queen coronation ceremony concludes with these retro pics from 2005
Family Trip 2h1m Ke Terengganu Pada Cuti Sekolah Bulan Disember Part 1

Family Trip 2h1m Ke Terengganu Pada Cuti Sekolah Bulan Disember Part 1

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 293 hits
Family Trip 4H2M Ke Terengganu Dan Kelantan Pada Cuti Sekolah Part 1 Ini adalah entry throwback untuk moment kami bersama keluarga besar sebelah keluarga saya iaitu seramai 30 orang Perjalanan merentas pantai timur yang pertama kali buat ka...
House For A Family Of Cats And Dogs By Afab In Baeza Spain

House For A Family Of Cats And Dogs By Afab In Baeza Spain

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 368 hits
Project House for a Family of Cats and Dogs Architects AFAB Location Baeza Spain Area 1 345 sf Year 2023 Photographs by AFAB House for a Family of Cats and Dogs by AFAB This project challenges The post appeared first on
36 Hours In C Rdoba Spain

36 Hours In C Rdoba Spain

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 98 hits
By Andrew Ferren from NYT Travel https ift tt yi8kX7r
Pas Veep Insists Party Will Not Be Part Of Federal Govt

Pas Veep Insists Party Will Not Be Part Of Federal Govt

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 179 hits
PAS has reiterated its stand of rejecting Prime Minister Anwar Ibrahim s alleged attempts to court support from the opposition and increase the government s numbers in the Dewan Rakyat Party vice president Idris Ahmad in a statement said PA...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Banyak Bercakap Elokkah

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r