Percutian Singkat Ke Johor Bahru Akhir Tahun 2020




Sehari sebelum cuti hari Krismas kami bercuti ke Johor Bahru. Yang ikut hanyalah Nana dan keluarga serta Aween sahaja. Yang lain tak nak ikut. Percutian singkat ini sebenarnya untuk berehat rehat. 
Oleh kerana kami bertolak dari rumah agak awal, jadi hampir waktu makan tengahari kami telah berada di Melaka. Jadi apa lagi, kami singgah dulu makan nasi berlaukkan asam pedas di Asam Pedas Hajah Rahmah. Pada saya, makan di sini sedap lah juga cuma kata Hubby, harga makanannya dah terlebih mahal. Tidak seperti dulu dulu.  

Kami menginap di Golf Hotel di Forest City. Kata Hubby, untuk cari kelainan. Kedudukan hotel ini agak juah ke dalam. Waktu malam, tidak banyak lampu jalan dengan kiri kanan penuh dengan hutan pokok bakau. Oleh kerana masih Covid, kolam renang masih ditutup. Jadi tak dapatkah Ammar Yahya mandi di kolam renang. 

Selepas check in, kami berehat seketika sebelum keluar untuk makan malam di Mana Cafe di Puteri Harbour. Makan ringkas ringkas jer tapi kenyang sangat sangat. Yang pasti bila ke sini, kami akan order Mantau goreng yang dicicah dengan kuah kari. 
Hari kedua, selepas bersarapan ringkas kami keluar dengan Haji Khairi dan Puan Mai zatul untuk melihat tempat pendaratan ikan di Kampung Kempas. 

Seronok tengok ikan segar segar dengan ketam dan siput yang masih bergerak gerak. Aduhaai teringin nak beli bawa balik tapi apakan daya kerana kami belum lagi mahu balik ke KL. 


Di situ juga ada orang orang kampung menjual pelbagai sayuran kampung dan buah buahan. Saya beli buah salak madu. Hmm memang sedap sangat. Makan tak berhenti henti sehingga habis. 
Puan Mai pula beli satar yang sangat sedap dengan rasa ikan segar yang manis. Sampai ke hari ini, teringat ingat keenakannya.


Selepas hampir 1 jam meronda ronda di sini, kami kemudian beredar mencari gerai untuk minum. Singgah di gerai Roti Canai Maman. Makan roti canai dicicah dengan asam pedas kepala ikan sembilang yang sangat sedap. 
Kesedapannya buat saya teringat ingat sehingga ke hari ini. Ya lah masakan orang kampung yang dimasak untuk sedap lainlah hasilnya dengan masakan untuk keuntungan. 


Kami balik ke hotel dan bersiap siap untuk check out kerana malam kedua kami akan menginap di Hotel Thistle di Johor Bahru. Selepas check out, kami terus ke JPO. Seperti biasa bila di sini, saya jarang membeli pakaian untuk diri sendiri. Dah masuk cuba pun, saya tak jadi beli. Beratur agak panjang untuk masuk ke kedai Levis. Tapi berbaloi kerana harga agak murah selepas diberikan diskaun. Saya belanja Hubby, Nana dan Alain di kedai Levis. 
Selepas itu, kami hanya masuk di kedai yang tidak ramai orang sahaja. Senang kerana tak perlu beratur. Hubby membeli baju di Brooks Brothers yang merupakan antara kedai yang mesti kami singgah setiap kali ke sini. Ingat nak beli kemeja untuk Juita pakai ke pejabat tapi risau juga jika tak muat saiz. Dah beli mahal mahal dan kalau tak muat, sayang dan membazir lah pulak. 
Selepas penat berjalan saya dan Aween singgah minum di kedai coklat Godiva sambil membeli coklat untuk dibawa balik. Selepas keluar dari JPO kami mencari nasi Ambeng di The Dulang Kafe. Ini adalah kali kedua kami ke sini. Yang pertama dulu bersama geng alumni di SINI. 
Selepas itu, kami terus ke hotel untuk check in. Selepas solat Maghrib kami ke Restoran Todak (orang asli) di Masai untuk makan malam. Nana yang mencadangkan di sini. Masakan mereka sedap sedap tapi sebab dah kekenyangan, saya makan sedikit sahaja. Balik terus berehat. 

Pagi pagi hari ketiga, kami terus check out dari hotel dan keluar mencari sarapan. Destinasi kami adalah Restoran Sup Tulang ZZ yang menjual mee rebus tulang. Dah lama tak ke sini, jadi saya memesan mee rebus tulang. 
Sedap sangat mee rebusnya. Agaknya sebab dah lama tak makan mee rebus di Johor. Makan mee rebus Johor di Kota Damansara tak sama rasanya dengan asli di Johor. Tengok warna pun dah nampak perbezaannya.

Selepas makan kami terus balik kerana tidak mahu kesesakan jalan raya. Lagi pula Nana mahu ke rumah mertua di Putra Jaya. Sebelum balik, kami singgah solat di R&R Dengkil sambil mahu singgah makan sate kajang di situ. 
Selepas makan, terus balik ke rumah. Alhamdulillah tamat percutian kami ke Johor Bahru bersama anak anak dan cucu. Pendek tapi menyeronokkan. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/01/percutian-singkat-ke-johor-bahru-akhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pt Pertamina Lubricants Berbagi Sesama Menjelang Akhir Tahun 2020

Pt Pertamina Lubricants Berbagi Sesama Menjelang Akhir Tahun 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 204 hits
Santunan diberikan kepada lebih dari 1750 anak yatim kaum dhuafa dan para guru mengaji di 33 Yayasan dan Panti Asuhan di penjuru negeri dengan total santunan lebih dari 300 juta Rupiah dalam bentuk uang tunai sembako dan peralatan sekolah
Percutian Singkat Ke Melaka Di Tahun Baru 2021

Percutian Singkat Ke Melaka Di Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 373 hits
Pada 1 Januari 2021 kami bersama 3 orang anak telah bercuti ke Melaka Sekadar berehat selepas kepenatan dengan projek buku Resepi Azie Kitchen Edisi 2 sambil jalan jalan cari makan Hubby juga sibuk dengan year end closing Saya tidak cukup t...
Tim Mitigasi Idi 237 Dokter Gugur Akibat Covid 19 Hingga Akhir Tahun 2020

Tim Mitigasi Idi 237 Dokter Gugur Akibat Covid 19 Hingga Akhir Tahun 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 281 hits
Para dokter yang meninggal itu terdiri dari 101 dokter umum yang di antaranya adalah empat guru besar 131 dokter spesialis dengan di antaranya tujuh guru besar serta lima residen
Azam 2020 Diteruskan Pada Tahun 2021

Azam 2020 Diteruskan Pada Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 492 hits
AssalamualaikumHi semua Aril kembali pada tahun 2021 dan entri baharu hehe Short post je ni A little bit busy dengan job hunting a few months back so tak dapat nak update apa2 post Dengan training financial services lagi so memang busy sang...
Goodbye 2020 Welcome 2021 Selamat Tahun Baru Semua

Goodbye 2020 Welcome 2021 Selamat Tahun Baru Semua

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 440 hits
Goodbye 2020 Welcome 2021 Selamat Tahun Baru Semua Ini post pertama untuk tahun ni Maafkan mama yang busy sangat Dah le tahun baru dan birthday mama jatuh pada weekend Memang sibuk la mama Masih belum terlambat mama nak ucapkan Selamat Tahu...
Tahun 2020 Meninggalkan Kita Selamat Datang 2021

Tahun 2020 Meninggalkan Kita Selamat Datang 2021

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 818 hits
Tahun 2020 meninggalkan kita Selamat Datang 2021 Assalamualaikum 03 Januari 2021 Terlewat 3 hari untuk menulis tentang tahun baru Eh tiada istilah lewat ya Di kesempatan ini Cik Rose mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 Antara memori memori ...
10 Catatan Kenangan Peribadi Di Tahun 2020

10 Catatan Kenangan Peribadi Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 492 hits
Selamat Tahun Baru 2021 untuk sahabat blog semua Semoga semua ceria dan bersemangat memulakan tahun baru walaupun kita masih dalam suasana berjaga jaga dek Covid 19 Dah masuk hari ke 3 di tahun 2021 barulah saya berkesempatan nak menulis bl...
B4u Trades Investment Pelaburan Terbaik Tahun 2020 2021 2022 2023 2024

B4u Trades Investment Pelaburan Terbaik Tahun 2020 2021 2022 2023 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 484 hits
B4U Trades Investment Pelaburan Terbaik Tahun 2020 2021 2022 2023 2024B4U Trades Investment adalah syarikat pelaburan terbaik tahun 2020 2021 2022 2023 2024 telah terbukti sejak September 2017 hingga hari ini belum pernah gagal membayar div...
Refleksi Saya Untuk Tahun 2020

Refleksi Saya Untuk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 441 hits
Diam tak diam tahun 2020 nih tahun ke 14 saya bergelar guru Ada lagi baki hampir 20 tahun untuk teruskan cabaran dan perjuangan dalam dunia pendidikan Seperti biasa di penghujung tahun saya akan review semula suka duka perjalanan kerjaya sa...
Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Berjaya Buka Kelas Silat Di Sekolah

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Terbeli Aviary Jacquard Beaded Handle Bag Charles Keith