Percutian Singkat Ke Melaka Di Tahun Baru 2021




Pada 1 Januari 2021 kami bersama 3 orang anak telah bercuti ke Melaka. Sekadar berehat selepas kepenatan dengan projek buku Resepi Azie Kitchen Edisi 2 sambil jalan jalan cari makan. Hubby juga sibuk dengan year end closing. Saya tidak cukup tidur kebelakangan ini sehingga mata juga kelihatan sangat sembab. 
Kami bertolak agak lewat dari rumah dan singgah makan tengahari yang juga agak lewat di gerai makan Semabok di gerai Asam Pedas Nora. Ketika kami sampai, pelanggan agak ramai. 
Jadi kami terpaksa makan cepat cepat dan terus beredar. Lauk utama pastinya asam pedas ikan pari dan telur ikan. Saya ambil juga ulaman yang dimakan dengan sambal mangga yang sangat sedap. 
Dari sana kami terus ke Hotel Doubletree by Hilton Hotel Melaka untuk check in tapi pihak hotel membuat sanitising. Terpaksa menunggu 1 jam sebelum boleh masuk bilik. 
Jadi kami terus ke rumah sahabat kami Tuan Haji Kamalullail dan Hajah Rozarita di Ozana Country Resort atas jemputan mereka untuk minum petang. Saya memang suka ke rumah mereka. Dekorasi rumah yang sangat cantik dan suasana dalam dan luar rumah yang sesuai dengan citarasa saya. 

Pelbagai kuih muih dihidangkan. Kesemua kuih muihnya sedap tetapi sebab kami baru sahaja lepas makan tengahari, terpaksa control. Lagi pula, sebelah malam kami mahu makan malam di Deuk Kitchen, restoran milik Faisal, anak Tuan Haji Kamalullail.  
Kenapa kami memilih Melaka sebagai destinasi percutian kali ini pun kerana mahu menikmati masakan di Deuk Kitchen. Keunikan masakan yang berasaskan daging dan ayam yang disalai memang sangat sedap. Semua sos sos di sini adalah ciptaan mereka sendiri yang semestinya tidak sama dengan tidak dapat ditemui di tempat lain. 


Faisal banyak menimba pengalaman dalam masakan luar negara semasa bekerja di atas kapal. Setiap kali singgah di pelabuhan, Faisal tidak melepaskan peluang untuk mengutip ilmu berkenaan masakan setempat. Kalau ke sana, bolehlah masuk ke dalam rumah dan melihat tempat tempat yang telah beliau singgah. 
Ada juga resepi ramen yang dicipta Faisal semasa beliau bekerja di Korea. Haa apa lagi, sesiapa di Melaka atau yang nak datang ke Melaka, wajib ada dalam itineri makan makan di Deuk Kitchen yang terletak di Kampung Morten. Ianya terletak berhampiran dengan river cruise. Ramai orang berjalan kaki untuk ke tepian sungai akan melalui restoran ini. 
Hari kedua, kami memutuskan untuk tidak bersarapan di hotel. Sebaliknya terus makan tengahari selepas check out. Kami sekali lagi ke Deuk Kitchen untuk makan tengahari. Kali ini saya order Rameen dan Aglio Olio dengan ayam salai. Haa sampai 2 sekali order untuk saya sahaja.
Selepas makan kami bertolak balik. Tapi anak anak mahu minum coconut shake, jadi singgah pula di Coconut Shake Bukit Katil. Ketika itu, orang belum ramai, jadi tidak lah risau sangat untuk turun minum di situ. Hajatnya untuk bungkus dan diminum dalam perjalanan sahaja.

Selepas itu terus balik dan singgah di Hentian R&R Dengkil untuk menunaikan solat. Dari situ, kami terus balik ke rumah. Nana datang ke rumah dan kami order sahaja makanan untuk makan malam sama sama. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/01/percutian-singkat-ke-melaka-di-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wali Kota Pontianak Larang Perayaan Malam Tahun Baru 2021

Wali Kota Pontianak Larang Perayaan Malam Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 337 hits
Edi Kamtono menegaskan bahwa tempat hiburan malam restoran kafe dan warung kopi dilarang menggelar kegiatan dan aktivitas perayaan menyambut malam tahun baru 2021 Bagi penyelenggara atau pelaku usaha yang melanggar ketentuan tersebut maka m...
Deretan Cara Aman Dan Seru Rayakan Malam Tahun Baru 2021

Deretan Cara Aman Dan Seru Rayakan Malam Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 346 hits
Anda tak perlu sedih karena agenda perayaan tahun baru 2021 terganggu pandemi karena masih ada cara lain yang bisa dilakukan untuk merayakan malam tahun baru di tengah pandemi secara aman dan seru Berikut empat cara membuat malam tahun baru...
Google Assistant Kini Boleh Menyanyikan Lagu Tahun Baru Dengan Harapan 2021 Adalah Tahun Yang Lebih Baik

Google Assistant Kini Boleh Menyanyikan Lagu Tahun Baru Dengan Harapan 2021 Adalah Tahun Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 372 hits
Google Assistant adalah pembantu digital yang sangat pintar Ia boleh menjawab banyak soalan pengguna boleh paparkan infografik boleh bantu kawal peranti berhubung dan banyak lagi Perkara menarik dengan Google Assistant ini adalah ia boleh m...
Tahun Baru Dukun Peru Ramai Ramai Buka Jasa Ramal Kehidupan Di 2021

Tahun Baru Dukun Peru Ramai Ramai Buka Jasa Ramal Kehidupan Di 2021

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 288 hits
Tahun Baru Dukun Peru Ramai Ramai Buka Jasa Ramal Kehidupan di 2021 Setiap tahun baru dukun dukun dari wilayah Andes mendatangi pasar untuk menawarkan jasa meramalkan kehidupan di masa depan termasuk kekayaan dan kesehatan
Guardian Beri Ganjaran Kepada Pelanggan Setia Di Tahun Baru Dengan Parti Oren Pada 1 Januari 2021

Guardian Beri Ganjaran Kepada Pelanggan Setia Di Tahun Baru Dengan Parti Oren Pada 1 Januari 2021

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 422 hits
Hi Korang Peneraju rantaian farmasi kesihatan dan kecantikan runcit di Malaysia Guardian Malaysia menyambut tahun baru dengan ledakan OREN Anna Ng Pengarah Pemasaran Runcit Guardian Health And Beauty Malaysia dan Singapura berkata 2020 adal...
Hukum Merayakan Tahun Baru 2021 Di Masa Pandemi

Hukum Merayakan Tahun Baru 2021 Di Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 406 hits
Bagaimana hukum merayakan tahun baru 2021 di masa pandemi saat ini
2020 Penuh Dugaan Agong Amp Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru 2021

2020 Penuh Dugaan Agong Amp Permaisuri Ucap Selamat Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 331 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billal Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baru 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia Meneru...
Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

Selamat Menyambut Tahun Baru 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 599 hits
Selamat Menyambut Tahun Baru 2021 Esok dah masuk tahun baru 2021 Hari ini adalah hari terakhir tahun 2020 Amatlah berbeza tahun 2020 ini berbanding tahun tahun sebelumnya Tahun 2020 yang penuh cabaran warna warni kehidupan dan kesakitan yan...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall