10 Catatan Kenangan Peribadi Di Tahun 2020


Selamat Tahun Baru 2021 untuk sahabat blog semua! Semoga semua ceria dan bersemangat memulakan tahun baru walaupun kita masih dalam suasana berjaga-jaga dek Covid-19.
Dah masuk hari ke-3 di tahun 2021 barulah saya berkesempatan nak menulis blog. Untuk catatan pertama tahun ini, saya nak senaraikan 10 catatan kenangan peribadi yang berlaku pada tahun 2020 :
1. Menyambut tahun baru 2020 jauh di Dabong, Kelantan. Malam tahun baru duduk berdua dengan suami sambil menghirup minuman panas di tepi sungai. Tanpa bunyi bising mercun, cuma bunyi orkestra hutan dan deruan air sungai menemani malam tahun baru kami. Cukup tenang.
2. Daftar ejen affiliate untuk KMH Adventure (menjual buku travelog Ustazah Basikal) pada Disember 2019 dan berjaya mendapat komisyen pertama pada Januari 2020 sebanyak RM250. Jumlah buku berjaya dijual sebanyak 25 buah. Satu kejayaan besar buat saya!
3. Pada bulan Februari saya diberi peluang buat pertama kalinya menjadi pembaca pruf manuskrip dalam bentuk PDF oleh sebuah syarikat penerbitan. Berpinar mata kena buat bacaan pruf dalam tempoh 2 hari untuk sebuah buku sekitar 180 muka surat.
4. Rekod paling lama berkurung di rumah, iaitu selama 45 hari. Langsung tak ke mana-mana sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada 18 Mac 2020.
5. Menyambut Hari Raya Aidilfitri berdua je dengan suami di rumah NS pada bulan Mei. Sambutan raya paling ringkas dan mudah! Siapa sangka, berada di dalam negara pun tetap tak boleh pulang beraya di kampung. Dah macam tinggal di perantauan pulak. Antara hikmahnya, dapatlah melakukan solat sunat Aidilfitri berimamkan suami dan dapat la dengar suami baca khutbah (pertama kali setelah berbelas tahun kawin...haha).
6. Berpindah ke utara tanah air pada 30 Mei, sewaktu negara masih dalam PKP. Cuma dengan satu kereta je tanpa guna lori, barang lain kekal di rumah NS sebab itu rumah sendiri dan akan kembali selepas tamat kontrak kerja suami. Kenangan menyaksikan lebuh raya ke utara yang hampir lapang, hentian sebelah dan R&R yang lengang tanpa pengunjung. Pemandangan yang begitu asing.
7. Pertama kali tinggal di rumah aras tinggi. Sengaja kami cari rumah tinggi di PP untuk mengambil pengalaman. Ditakdirkan dapat pulak rumah di aras paling tinggi, iaitu tingkat 16. Menghadap matahari terbenam, nampak lautan, bahagian pulau dan jambatan kedua. Bonus!
8. Pada 20 Oktober, nenek saya (sebelah mak) telah menemui penciptanya. Dan sedih sekali saya tak dapat nak balik ke Johor untuk menatap wajah nenek buat kali terakhir. Cuma mampu menghadiahkan doa, bacaan Yasin dan melakukan solat jenazah ghaib.
9. Tahun paling sikit balik kampung (kami suami isteri orang Johor). Cuma sempat 3 kali je balik Johor iaitu beberapa minggu sebelum diisytiharkan PKP, pada Hari Raya Aidiladha dan yang terakhir pada minggu lepas (cuti umum Krismas sehingga cuti tahun baru).
10. Berjaya disenaraikan sebagai Top 10 Ejen Dropship Buku JT bagi bulan Disember. Saya mendaftar jadi ejen pada bulan September 2019, lepas setahun lebih barulah dapat masuk senarai Top Ejen. Lama sungguh...haha. Apa pun, ia menjadi penutup tahun 2020 yang manis.


*Terima kasih Allah atas segala kurniaan. Yang pahit itu nyata ujian (sejauh mana kita mampu bersabar?), yang manis juga sebenarnya adalah ujian (adakah kita makin tunduk kepada pemberi kemanisan hidup?)*—————————————————————-
1 Januari 2021 - dalam perjalanan pulang ke rumah PP, trafik perlahan selepas keluar terowong Menora ke Kuala Kangsar (sebuah lori mengalami kebakaran kecil). Tersekat sekitar 1 jam 20 minit dan tanpa capaian internet (Maxis dan Celcom dua-dua sepakat 🚫). Hikmah trafik perlahan, saya dapat menyegarkan mata dengan pemandangan hijau hutan di tepi lebuh raya dan menyaksikan suasana indah senja yang diselubungi kabus tebal di kawasan berbukit ini





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2021/01/10-catatan-kenangan-peribadi-di-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 468 hits
Selamat Tinggal Tahun 2020 Yang Banyak Kenangan Hari terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun yang baru Tahun 2021 Semoga dengan kehadiran tahun yang baru memberi kita seribu kemanisan Kalau dulu kita selalu di berikan satu semangat ...
Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk Dipelajari Dan Ambil Peduli

Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk Dipelajari Dan Ambil Peduli

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 416 hits
Tahun 2020 Dengan Kenangan Perit Untuk DiPelajari Dan Ambil Peduli Lelah memang cukup lelah dan mengah dengan tahun 2020 yang cukup menduga dan mencabar bagi setiap kita bukan hanya di Malaysia malahan di seluruh negara Tahun yang cukup men...
Kenangan Tahun 2020

Kenangan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 476 hits
Ya hari ini hari terakhir tahun 2020 Sisyat ada juga rasa sayu Rasa sedih untuk tahun 2020 Sedih kerana bermula pada tahun 2020 ini norma kehidupan kita semua telah berubah Berubah kerana Covid 19 yang sangat jahat menyerang umat manusia Se...
12 Resipi Paling Popular Rasa My Sepanjang 2020 Tahun Penuh Cabaran Buat Ramai Pandai Masak

12 Resipi Paling Popular Rasa My Sepanjang 2020 Tahun Penuh Cabaran Buat Ramai Pandai Masak

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 306 hits
Kurang 4 jam sahaja lagi tahun 2020 akan melabuhkan tirai dan 2021 bakal memulakan ceriteranya Setahun berlalu banyak pahit manis suka duka yang dirasa Ada kisah yang gembira tidak kurang juga mendukakan Awalannya kedatangan 2020 paling din...
Percutian Singkat Ke Johor Bahru Akhir Tahun 2020

Percutian Singkat Ke Johor Bahru Akhir Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 356 hits
Sehari sebelum cuti hari Krismas kami bercuti ke Johor Bahru Yang ikut hanyalah Nana dan keluarga serta Aween sahaja Yang lain tak nak ikut Percutian singkat ini sebenarnya untuk berehat rehat Oleh kerana kami bertolak dari rumah agak awal ...
Tim Mitigasi Idi 237 Dokter Gugur Akibat Covid 19 Hingga Akhir Tahun 2020

Tim Mitigasi Idi 237 Dokter Gugur Akibat Covid 19 Hingga Akhir Tahun 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 259 hits
Para dokter yang meninggal itu terdiri dari 101 dokter umum yang di antaranya adalah empat guru besar 131 dokter spesialis dengan di antaranya tujuh guru besar serta lima residen
Balikan Sama Mantan 2020 Jadi Tahun Penuh Berkah Bagi 5 Artis Ini Dikasih Kesempatan Kedua

Balikan Sama Mantan 2020 Jadi Tahun Penuh Berkah Bagi 5 Artis Ini Dikasih Kesempatan Kedua

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 266 hits
Nggak cuma dinikahi oleh mantan ada pula artis yang kembali rujuk setelah 4 tahun bercerai Jodoh memang rahasia Tuhan
Bongkar Kasus Narkoba Bnn Kaltim Ringkus 65 Orang Sepanjang Tahun 2020

Bongkar Kasus Narkoba Bnn Kaltim Ringkus 65 Orang Sepanjang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 334 hits
Sepanjang tahun 2020 Badan Narkotika Nasional Provinsi Kalimantan Timur menangkap 65 orang terkait narkoba dan menjebloskannya ke penjara Dari pengungkapan kasus narkoba sepanjang tahun ini BNN menemukan fakta bahwa bisnis terlarang ini mas...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata