Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan


Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan 
JAKARTA, 30 Sept (Bernama) — Pasukan penyelamat Indonesia pada Selasa berusaha mengesan puluhan pelajar yang dikhuatiri terperangkap selepas bangunan empat tingkat sebuah sekolah pondok runtuh di Jawa Timur, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut manakala lebih 70 lagi cedera.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata seramai 38 orang masih hilang selepas Pondok Pesantren Al Khoziny di Kabupaten Sidoarjo — terkenal sebagai pusat melahirkan ulama sejak 1927 — runtuh pada petang Isnin ketika solat Asar.
Sehingga pagi Selasa, seramai 102 orang telah dipindahkan, dengan 91 berjaya menyelamatkan diri, manakala 11 lagi diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat. Seorang mangsa disahkan maut.
Sekurang-kurangnya 77 mangsa yang cedera dibawa ke hospital, dengan 34 dirawat di Hospital Sidoarjo, 38 di Hospital Siti Hajar dan empat di Hospital Delta Surya, katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat daripada Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), unit bencana daerah, polis, tentera dan sukarelawan dikerah ke lokasi, menggunakan jentera berat bagi membersihkan runtuhan.
Menurut Abdul Muhari, kejadian berlaku ketika pekerja sedang menuang bancuhan konkrit di tingkat paling atas.
“Ketika solat Asar sekitar 3 petang waktu tempatan, tiang asas dipercayai tidak mampu menampung beban, lalu menyebabkan keseluruhan struktur runtuh hingga ke tingkat bawah,” katanya.
Ketua sekolah pondok KH Abdus Salam Mujib, berkata bangunan yang runtuh itu baharu dibina kira-kira sembilan bulan lalu secara berperingkat dan belum siap sepenuhnya, dengan tingkat tiga baharu sahaja dibina untuk dijadikan dewan aktiviti pelajar.
Awal bulan ini, sebuah bangunan dua tingkat Madrasah Assoibiyah di Bogor, Jawa Barat, yang masih dalam pembinaan turut runtuh, mengorbankan empat orang dan mencederakan 84 yang lain.
Sumber: Bernama
BACA: Sasterawan Negara, Rejab Ismail Meninggal Dunia BACA: Anwar Terima Pelawaan Sampaikan Syarahan Di Universiti Oxford  The post Penyelamat Indonesia Giat Kesan 38 Pelajar Dikhuatiri Terperangkap Dalam Runtuhan Bangunan  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/30/penyelamat-indonesia-giat-kesan-38-pelajar-dikhuatiri-terperangkap-dalam-runtuhan-bangunan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Keracunan Makanan Mbg Indonesia Ujian Makmal Kesan Dua Bakteria Berbahaya

Kes Keracunan Makanan Mbg Indonesia Ujian Makmal Kesan Dua Bakteria Berbahaya

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 603 hits
Kes Keracunan Makanan MBG Indonesia Ujian Makmal Kesan Dua Bakteria Berbahaya Ujian makmal mengesahkan punca utama keracunan makanan yang melibatkan ratusan pelajar selepas menjamu selera hidangan daripada Program Makanan Berkhasiat Percuma...
Pelajar Dibuli Lukis Makhluk Aneh Kelar Tangan Di Sekolah Harian Metro 23 09 2025

Pelajar Dibuli Lukis Makhluk Aneh Kelar Tangan Di Sekolah Harian Metro 23 09 2025

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1439 hits
Kuala Lumpur Dia lukis gambar menyerupai makhluk aneh yang ngeri dan menyeramkan ketika itu baru saya tahu dia rupa rupanya kemurungan malah dia turut kelar tangan di sekolah ketika tiada murid lain dalam kelas Itu luahan Nurul Afeeza Mohd ...
Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1573 hits
LEGOLAND School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah Assalammualaikum semua Tak sangka kan sekarang dah ada pertandingan LEGO peringkat sekolah yang melibatkan pelajar dari seluruh Asia Ruby sendiri akui lebih suka berma...
Video Tular Sekumpulan Pelajar Di Miri Tiada Unsur Buli Polis

Video Tular Sekumpulan Pelajar Di Miri Tiada Unsur Buli Polis

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 412 hits
Video Tular Sekumpulan Pelajar Di Miri Tiada Unsur Buli Polis MIRI Polis memaklumkan bahawa tiada unsur buli berhubung satu rakaman video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial baru baru ini memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seo...
Inisiatif Kebersihan Tangan Lifebuoy Capai 1 Juta Pelajar

Inisiatif Kebersihan Tangan Lifebuoy Capai 1 Juta Pelajar

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 310 hits
Inisiatif Kebersihan Tangan Lifebuoy Capai 1 Juta Pelajar Lifebuoy dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Guardian Malaysia hari ini mengumumkan kejayaan mencapai 1 juta pelajar melalui program C Untuk Cu...
Sabah Cadang Beri Pendidikan Percuma Untuk Pelajar Ipt Hajiji

Sabah Cadang Beri Pendidikan Percuma Untuk Pelajar Ipt Hajiji

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 380 hits
Sabah Cadang Beri Pendidikan Percuma Untuk Pelajar IPT Hajiji Kerajaan Negeri bercadang memberi pendidikan percuma kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri lapor laman web rasmi Ke...
Upnm Hulur Bantuan Sumbang Laptop Kepada Pelajar Baru Anak Yatim

Upnm Hulur Bantuan Sumbang Laptop Kepada Pelajar Baru Anak Yatim

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 421 hits
UPNM Hulur Bantuan Sumbang Laptop Kepada Pelajar Baru Anak Yatim Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam menjaga kebajikan pelajarnya khususnya pelajar baharu melalui pelaksanaan Program Ziarah Prihatin Pela...
Sekolah Pondok Runtuh 38 Orang Termasuk Pelajar Tahfiz Dilapor Masih Tertimbus

Sekolah Pondok Runtuh 38 Orang Termasuk Pelajar Tahfiz Dilapor Masih Tertimbus

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 403 hits
Sekolah Pondok Runtuh 38 Orang Termasuk Pelajar Tahfiz Dilapor Masih Tertimbus Pasukan penyelamat Indonesia giat mencari sekurang kurangnya 38 individu yang masih dipercayai terperangkap selepas sebuah bangunan sekolah agama Islam runtuh di...
Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan

Tiga Pelajar Malaysia Yang Hilang Dijumpai Di Lokap Taiwan

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 651 hits
KUALA LUMPUR Tiga pelajar Malaysia yang hilang di Taiwan telah dikenal pasti ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dengan aktiviti penipuan Presiden Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia nbsp Pang King Hoe berkata ketiga ketiga kes b...
Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Johari Ghani Minta Jangan Politikkan Isu Uec Hormati Pilihan Pendidikan Rakyat

Attention

Skuad Harimau Malaya B 23 Sesi Pemanas Badan Menjelang Perlawanan

Warm Hearted Holiday Home Decorating And Sanitation Strategies


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Mata Wang Kripto Uniswap Hari Ini Berpotensi Untuk Meneruskan Kecenderungan Menurun

Mabuk Kerongsang

Ucapan Maaf Mohon Halalkan Segala Kebaikan

Permohonan Bazar Ramadan Syawal Kl 2026

Memahami Perbezaan Jaminan Dan Cagaran Dalam Pinjaman