Kes Keracunan Makanan Mbg Indonesia Ujian Makmal Kesan Dua Bakteria Berbahaya
Kes Keracunan Makanan MBG Indonesia: Ujian Makmal Kesan Dua Bakteria Berbahaya
Ujian makmal mengesahkan punca utama keracunan makanan yang melibatkan ratusan pelajar selepas menjamu selera hidangan daripada Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) di wilayah Jawa Barat ialah disebabkan hidangan tersebut mengandungi dua jenis bakteria berbahaya, menurut portal Viva.
Ketua Labkesda Jawa Barat, Ryan Bayusantika Ristandi berkata, berdasarkan hasil pemeriksaan sampel MBG di Makmal Kesihatan Daerah (Labkesda) Jawa Barat, didapati kehadiran bakteria Salmonella dan Bacillus Cereus di dalam makanan tersebut yang menyebabkan keracunan.
“Hasil pemeriksaan kami menunjukkan terdapat bakteria perosak iaitu Salmonella dan Bacillus Cereus yang berasal daripada komponen karbohidrat dalam makanan,” katanya.
Beliau memaklumkan salah satu punca utama pencemaran adalah tempoh masa penyediaan hingga penyajian makanan yang terlalu lama, sehingga membolehkan bakteria berkembang.
“Jika makanan disimpan pada suhu bilik lebih dari enam jam, apatah lagi tanpa kawalan suhu yang tepat, risiko pertumbuhan bakteria sangat tinggi,” ujarnya lagi.
Pejabat Kesihatan Awam gesa semua pihak terlibat perketat protokol
Dalam masa sama, Ryan turut menekankan bahawa pentingnya menjaga kebersihan dalam proses pengendalian makanan, bermula dari penggunaan air bersih hingga kebersihan pekerja dapur.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar makanan disimpan pada suhu melebihi 60 darjah Celsius atau pada suhu di bawah 5 darjah Celsius bagi mengelakkan proses pembusukan.
“Tukang masak harus memakai sarung tangan, berpakaian bersih dan memastikan tiada pencemaran daripada bahan lain,” tambah Ryan seperti yang dilaporkan dalam portal Viva.
Pejabat Kesihatan Awam turut menggesa semua pihak yang terlibat dalam program MBG untuk memperketat protokol keselamatan makanan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa akan datang.
Sebelum ini, lebih daripada 1,333 pelajar didakwa mengalami keracunan makanan selepas menjamu selera makanan dari program Makan Bergizi Gratis (MBG) di Kecamatan Cipongkor, Kabupaten Bandung Barat.
Selain di Bandung Barat, sebanyak 657 orang mengalami simptom keracunan daripada hidangan MBG di Kecamatan Kadungora, Kabupaten Garut.
BACA: Hamidin Berada Di Zurich, Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara
Kredit: Viva
The post Kes Keracunan Makanan MBG Indonesia: Ujian Makmal Kesan Dua Bakteria Berbahaya appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/09/28/kes-keracunan-makanan-mbg-indonesia-ujian-makmal-kesan-dua-bakteria-berbahaya/