Sabah Cadang Beri Pendidikan Percuma Untuk Pelajar Ipt Hajiji


Sabah Cadang Beri Pendidikan Percuma Untuk Pelajar IPT – Hajiji
Kerajaan Negeri bercadang memberi pendidikan percuma kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri, lapor laman web rasmi Ketua Menteri Sabah.
Antara institusi pengajian tinggi yang terlibat ialah University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar subsidi pinjaman pendidikan, khususnya melibatkan pinjaman PTPTN dan Yayasan Sabah, bagi meringankan beban hutang pelajar.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 100,000 orang peminjam.
Ia merupakan dasar praktikal untuk dilaksanakan kerajaan negeri sesuai dengan kedudukan kewangan kerajaan pada masa akan datang.
“Inilah bukti kesungguhan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan  lebih banyak anak Sabah dibantu disamping memastikan akses pendidikan sampai  kepada para pelajar.
“Sebab itu kerajaan negeri memberi penekanan serius kepada soal pendidikan dan  pembangunan modal insan kerana kita yakin golongan muda merupakan cerminan kepada masa hadapan negeri Sabah yang tercinta,” kata beliau.
Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan dana biasiswa tertinggi  Hajiji menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya memberi penekanan serius terhadap pendidikan dan pembangunan modal insan sejak diberi amanah untuk menerajui negeri ini.
Tambah beliau, hal ini diterjemahkan melalui Hala Tuju SMJ, iaitu sebuah pelan pembangunan yang inklusif dan komprehensif yang terbukti berjaya membawa pembangunan signifikan kepada Sabah.
“Sejak tahun 2021, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM1.3 bilion dalam bidang pendidikan. Jumlah ini merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah Sabah, menandakan komitmen tinggi kerajaan terhadap anak-anak muda
“Lebih 14 inisiatif pendidikan diperkenalkan, antaranya Bantuan one-off sebanyak RM600 kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan melalui program GRS-SubFly
“Selain itu, bantuan sebanyak RM300 melalui inisiatif SENTOSA untuk pelajar yang belajar dalam negeri,” ujar Hajiji lagi.
Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan dana biasiswa tertinggi sejak merdeka, iaitu berjumlah RM136 juta pada tahun 2025. Langkah ini sekaligus memberi manfaat kepada ribuan pelajar di pelbagai peringkat pengajian.
Beliau menambah, Kerajaan Negeri turut menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi membantu pelajar yang menghadapi cabaran kewangan.
“Semua ini dapat dilaksanakan kerana kerajaan negeri telah berjaya meningkatkan hasil  negeri ke tahap tertinggi dalam sejarah. Pendapatan negeri Sabah meningkat kepada hampir RM7 bilion,” jelasnya lagi.
BACA: TUDM Bakal Laksana Latihan Penerbangan Taktikal, Terbang Rendah Di Sabah Sumber: Laman web rasmi Ketua Menteri Sabah 
The post Sabah Cadang Beri Pendidikan Percuma Untuk Pelajar IPT – Hajiji appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/23/sabah-cadang-beri-pendidikan-percuma-untuk-pelajar-ipt-hajiji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2697 hits
Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang STPM Tidak Dapat Tempat Ke IPT Pilihan PUTRAJAYA Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini tampil memberikan penjelasan berhubung isu seorang pelajar cemerlang Siji...
Hajiji Chairs Emergency Meeting As East Coast Sabah Power Outage Enters Second Day

Hajiji Chairs Emergency Meeting As East Coast Sabah Power Outage Enters Second Day

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1164 hits
Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor is pictured chairing the emergency meeting at Sri Gaya in Kota Kinabalu September 14 2025 Bernama picKOTA KINABALU Sept 14 Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor convened an emergency meeting at Sri Gaya...
Sabah Has Highest Number Of Mosques Says Hajiji

Sabah Has Highest Number Of Mosques Says Hajiji

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1404 hits
The Sabah chief minister says he gave the figure not as a boast but to demonstrate the state government s commitment Sabah chief minister Hajiji Noor who opened the new Abu Hassan Ar Raudhah surau in Tuaran said there were now 69 Islamic pl...
Grs Will Appoint Chinese Deputy Cm If It Returns To Power In Sabah Says Hajiji

Grs Will Appoint Chinese Deputy Cm If It Returns To Power In Sabah Says Hajiji

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 992 hits
The chief minister lauds the Chinese community for its highly significant role in the state s progress Sabah chief minister Hajiji Noor said almost all of the advisers he has appointed in the fields of oil and gas finance investment and law...
Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik

Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3974 hits
Antara terjejas Sandakan Lahad Datu Kinabatangan Kunak Semporna dan Beluran Sabah Electricity Sdn Bhd berkata kerja pemeriksaan sedang dijalankan bagi mengesan punca TAWAU Beberapa daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik susu...
Bekalan Elektrik Di Pantai Timur Sabah Pulih Berperingkat

Bekalan Elektrik Di Pantai Timur Sabah Pulih Berperingkat

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 4124 hits
Sabah Electricity Sdn Bhd memaklumkan bekalan elektrik di Kunak dan beberapa kawasan di Lahad Datu telah dipulihkan Semalam beberapa daerah di Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kerosakan talian penghantaran 275k...
Sabah Bergelap Proses Pemulihan Bekalan Elektrik Dilaksana Berperingkat

Sabah Bergelap Proses Pemulihan Bekalan Elektrik Dilaksana Berperingkat

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2391 hits
Beberapa daerah di Pantai Timur Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kerosakan talian penghantaran 275kV Kolopis Segaliud melibatkan talian 1 dan 2 pada 5 05 petang 13 September 2025 KOTA KINABALU 14 Sep Proses pemulihan bekala...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penonjolan Di Media Sosial

Wefluence Marketplace Ugc Berbasis Performa

Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking