Penjualan Aktiviti Bermain Mercun Semakin Berleluasa Di Mana Silapnya Getaran 07 05 2022


 

KUALA LUMPUR - Menjelang apa jua perayaan di negara ini, dentuman mercun pasti kedengaran, malah aktiviti bermain bahan letupan itu seolah-olah menjadi satu kelaziman dan ‘pelengkap suasana’ walaupun ia adalah kesalahan, seperti termaktub dalam undang-undang Malaysia.
Jika dilihat kepada peruntukan undang-undang, perbuatan memiliki, menjual atau membeli mercun boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
Akta tersebut jelas menyatakan bahawa sekiranya disabit kesalahan berkenaan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, peruntukan itu seakan tidak menggentarkan dan memberi apa-apa kesan terhadap penjual serta pembeli mercun apabila ia masih dijual secara terbuka, malah bebas dimainkan di musim perayaan, termasuk Aidilfitri.
Nadzim Johan - Gambar Azim Abd RahmanMengulas aktiviti bermain mercun yang tetap berleluasa walaupun dikategorikan berbahaya dan sering mengakibatkan kecederaan parah kepada segelintir individu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak tegas.
Katanya, bermain mercun bukan saja aktiviti merbahaya, malah tidak berfaedah kepada masyarakat.
Menurutnya, tindakan tegas harus diambil kepada penjual dan pembeli bagi menunjukkan keseriusan PDRM dalam menangani isu tersebut.
“Ia sememangnya sudah termaktub dalam undang-undang bahawa mercun ini adalah suatu kesalahan serius yang perlu ditangani supaya ia tidak terus dianggap kelaziman.
“Saban tahun kita ‘disajikan’ dengan berita bahawa mercun ini mendatangkan kecederaan, malah turut mengorbankan nyawa orang, jadi penguatkuasa perlulah serius menanganinya,” katanya kepada Getaran.
Nadzim berkata, selagi isu tersebut tidak ditangani dengan baik, selagi itulah ia akan terus ‘merosakkan’ masyarakat setiap kali menjelang perayaan di negara.
“Ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk memantau anak-anak di rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Jika boleh laranglah mereka daripada terus menjadikan mercun sebagai ‘tradisi’ setiap kali musim perayaan kerana ia bukan sebahagian daripada warisan kita,” katanya.
Getaran sebelum ini melaporkan bahawa taktik ‘pengusaha’ mercun menjual bahan tersebut secara fizikal bukanlah sesuatu yang asing kepada masyarakat secara umum.
Kebiasaannya mereka akan membuka meja dengan mempamerkan bunga api diluluskan.
Sebaliknya, di ‘bawah meja’, mereka mempromosikan mercun terlarang kepada pelanggan dengan menunjukkan katalog koleksi dijual.
Dengan perkembangan arus teknologi masa kini juga, semakin merumitkan usaha pihak berkuasa membendung aktiviti itu, terutamanya PDRM apabila media sosial turut digunakan pengusaha mercun untuk melariskan jualan menerusi pasaran lebih meluas.
Di laman sosial, aplikasi WhatsApp adalah ‘port’ utama peniaga mercun mencari pelanggan dengan hanya menghantar katalog koleksi mercun dijual berserta harga.
Pelanggan kemudiannya akan membuat pembayaran melalui pemindahan secara dalam talian, seterusnya mercun dibeli dihantar secara kurier atau ‘cash on delivery’ (bayar ketika menerima barang).


Artikel oleh: Getaran
PENJUALAN, AKTIVITI BERMAIN MERCUN SEMAKIN BERLELUASA, DI MANA SILAPNYA?

https://www.getaran.my/artikel/semasa/23313/penjualan-aktiviti-bermain-mercun-semakin-berleluasa-di-mana-silapnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/05/penjualan-aktiviti-bermain-mercun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelan Tindakan Banjir Idea Bernas Perlu Laksana Secara Holistik Ppim Getaran 10 05 2022

Pelan Tindakan Banjir Idea Bernas Perlu Laksana Secara Holistik Ppim Getaran 10 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan 14 tindakan khusus oleh kerajaan bagi menangani masalah banjir kilat di 25 kawasan panas sewajarnya dilakukan sejak dahulu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan berkata kesemua 25 kawasan di seki...
Rating Shooting Stars Kekal 1 Di Mana Silapnya

Rating Shooting Stars Kekal 1 Di Mana Silapnya

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 214 hits
Banyak betul drama best yang ditayangkan kini sudah pasti akan ada persaingan kan ARTIKEL BERKAITAN Mempunyai promosi yang hebat dan dibarisi pelakon popular Shooting Stars walaubagaimanapun menunjukkan prestasi yang biasa biasa sahaja sepa...
Kapolri Ada 435 Ribu Lebih Orang Masuk Ke Bali Sejak Libur Lebaran 2022

Kapolri Ada 435 Ribu Lebih Orang Masuk Ke Bali Sejak Libur Lebaran 2022

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 184 hits
Selain memantau penerapan protokol kesehatan di tempat wisata di Bali pihaknya juga telah mempersiapkan strategi untuk menghadapi arus balik Lebaran 2022
Baucer Dan Kod Promo Foodpanda Untuk Mei 2022

Baucer Dan Kod Promo Foodpanda Untuk Mei 2022

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 296 hits
Setiap bulan Foodpanda akan keluarkan baucer bersama sama kod promo untuk anda dapatkan lebih diskaun ketika buat pesanan makanan Jadi untuk senarai promosi Foodpanda untuk Mei 2022 Dengan adanya baucer dan kod promo ini anda boleh buat pes...
Polda Metro Jaya Dua Juta Kendaraan Kembali Ke Jakarta Hingga H 10 Lebaran 2022

Polda Metro Jaya Dua Juta Kendaraan Kembali Ke Jakarta Hingga H 10 Lebaran 2022

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 199 hits
Zulpan juga mengatakan bahwa Gerbang Tol Cikampek Utama menjadi area yang diprediksi paling banyak dilalui oleh kendaraan yang kembali ke Jakarta
Harga Durian Muar 2022 April Mei Jun

Harga Durian Muar 2022 April Mei Jun

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 346 hits
Senarai Harga Durian Muar 2022 April Berikut harga durian terkini Warna ungu ada stok Khamis 05 05 22 4 Syawal 1443 Durian Musang King A RM 63 kg Durian Musang King AB RM 55 kg Durian Musang King B RM 45 kg Durian Musang King C RM 22 kg Rej...
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mei 2022

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Mei 2022

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 263 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Mei 2022 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini yang diumumkan pada setiap minggu bagi bulan Mei tahun 2022 Untuk makluman jika sebelum ini KERAJAAN PH telah m...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Cara Meletakkan Keywords Dengan Betul

Jom Claim Air Free Di Fajja

Siri 1 2025 Tawaran Kompaun Khas Jpj Settle Your Saman For Just Rm150