Pelan Tindakan Banjir Idea Bernas Perlu Laksana Secara Holistik Ppim Getaran 10 05 2022


 

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan 14 tindakan khusus oleh kerajaan bagi menangani masalah banjir kilat di 25 kawasan panas sewajarnya dilakukan sejak dahulu.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kesemua 25 kawasan di sekitar ibu negara itu seringkali mencetuskan ‘kegemparan’ kepada orang ramai, setiap kali hujan lebat melanda.
Menurut beliau, banjir kilat bukan sekadar satu ‘gangguan’ kepada sistem lalu lintas negara, bahkan turut mencetuskan krisis kewangan kepada mangsa apabila melibatkan kerosakan kenderaan dan harta benda.
“Inisiatif tiga bulan sehingga Julai itu sepatutnya dilaksanakan lebih awal lagi, bukan menunggu sehingga banjir berlaku berulang kali.
“Bukan kita tak tahu, setiap kali hujan lebat, pasti 25 kawasan ini akan dinaiki air. Bukan sekali dua pengguna jalan raya dan pemilik kenderaan terperangkap sehingga merosakkan kenderaan masing-masing,” katanya kepada Getaran.
Nadzim berkata, Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat Kuala Lumpur 2022 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta itu adalah antara agenda yang amat dinantikan rakyat, selepas menempuh pelbagai ‘kesengsaraan’ akibat banjir kilat itu.
“Banjir kilat bukan fenomena alam. Kalau bencana alam, ya kita tahu sukar dijangka atau dielakkan.
“Banjir kilat adalah masalah yang dicetuskan manusia, termasuk kegagalan pentadbir setempat dalam menyelenggara masalah perparitan dan tabiat membuang sampah oleh orang ramai.
“Pelan tindakan ini harus dilaksanakan sebaiknya oleh semua pihak terlibat bagi menangani isu banjir yang kian merisaukan, apatah lagi Kuala Lumpur adalah mercu tanda negara,” katanya.
Datuk Nadzim Johan - Gambar failPelaksanaan pelan itu katanya, yang berpandukan kepada ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) harus ‘diolah’ sebaik mungkin bagi memastikan amaran mengenai kemungkinan banjir dapat disalurkan secara lebih sistematik dan holistik.
“Memang banjir kilat ini berlaku secara tiba-tiba, sesuailah namanya. Tapi dengan ada amaran awal, pengguna jalan raya dan orang ramai boleh bersedia.
“Pihak berkuasa lalu lintas juga boleh bersiap siaga dengan laluan alternatif bagi mengelakkan pemilik kenderaan terperangkap dalam air,” tegasnya.
Katanya, kebanyakan amaran banjir selama ini diberikan terlalu lewat dan kurang tepat menjadikan rakyat sering terjebak dalam masalah itu.
“Saya sendiri pernah menjadi mangsa walaupun ramai terkejut dengan kenyataan banjir di Kuala Lumpur. Ya lah, mana orang percaya kalau kita kata bandar yang mewah dengan bangunan yang tinggi dilanda banjir, apatah jika ia berlaku bukan pada musim, tetapi dicetuskan oleh hujan lebat selama hanya beberapa jam,” katanya.
Mengulas lanjut Nadzim berkata, satu pasukan khas perlu ditubuhkan bagi memantau serta mengurus pelan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini supaya ia menjadi inisiatif yang berguna kepada semua pihak.
“Warga kota juga perlulah mainkan perangan. Tolong hentikan tabiat membuang sampah merata-rata.
“Ada berjuta tong sampah disediakan tapi mereka masih tiada kesedaran sivik, masih membuang di mana sempat.
“Kerajan mewujudkan pelbagai pelan bagi mengurangkan beban kita, jadi rakyat harus bersama harus memberi sokongan penuh untuk menjayakan pelan ini bagi kesejahteraan semua,” katanya.
Jelas beliau, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat mengenai kawasan ‘hotspot’ banjir kilat yang tidak disenaraikan kerajaan.
“Kerajaan juga boleh menyediakan talian hotline banjir bagi membantu mangsa banjir sekali gus mengenal pasti kawasan ‘hotspot’ yang masih tidak disenaraikan lagi.
“Sama-sama kita harap Kuala Lumpur akan menjadi kota yang ‘bebas banjir’ pada masa akan datang,” katanya.


Artikel oleh: Getaran
PELAN TINDAKAN BANJIR IDEA BERNAS, PERLU LAKSANA SECARA HOLISTIK - PPIM

https://www.getaran.my/artikel/semasa/23452/pelan-tindakan-banjir-idea-bernas-perlu-laksana-secara-holistik-ppim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/05/pelan-tindakan-banjir-idea-bernas-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Questions The Status Of Halal Meat Abroad Ppim Press Statement 11 05 2022

Ppim Questions The Status Of Halal Meat Abroad Ppim Press Statement 11 05 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 276 hits
The Malaysian Muslim Consumers Association is always monitoring the halal meat breeders and distributors for the market in the country Recently PPIM s Chief Activist Nadzim Johan received information from a legitimate source revealing how l...
Ppim Dedah Pusat Penyembelihan Di Australia Tidak Ikut Cara Islam Swatv Media 10 05 2022

Ppim Dedah Pusat Penyembelihan Di Australia Tidak Ikut Cara Islam Swatv Media 10 05 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Isu pusat penyembelihan di Australia yang menimbulkan keraguan ramai pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat dan Sahaba 99 hari ini mengadakan sidang media mendedahkan tatacara penyembelihan yan...
Cadang Mysejahtera Untuk Jejak Daging Halal Import Ppim Sinar Harian 10 05 2022

Cadang Mysejahtera Untuk Jejak Daging Halal Import Ppim Sinar Harian 10 05 2022

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan supaya Jabatan Agama Islam Malaysia dapat membangunkan satu sistem yang menyeluruh bagi mengenal pasti kesahihan status daging halal yang diimport Ketua Aktivisnya Dat...
Pusat Sembelih Tidak Ikut Syarak Ppim Tuntut Penjelasan Kedutaan Australia Malakat Tribune 11 05 2022

Pusat Sembelih Tidak Ikut Syarak Ppim Tuntut Penjelasan Kedutaan Australia Malakat Tribune 11 05 2022

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan meminta penjelasan lanjut mengenai isu pusat penyembelihan di Australia yang diragui sijil halalnya daripada Kedutaan Australia susulan pendedahan mengenai cara sembelihan yang tidak mengi...
15 Idea Posting Caption Edisi Raya Awal Sehari 2022

15 Idea Posting Caption Edisi Raya Awal Sehari 2022

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 485 hits
Tarikh hari raya aidilfitri bagi tahun 2022 telahpun diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang jatuh pada 2 mei 2022 awal sehari daripada jangkaan kalendar Oleh dengan itu jom kita selongkar Koleksi caption ideas Edisi raya awal sehari...
12 Mei 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

12 Mei 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Dan Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 236 hits
Pergerakan mendatar jangka pendek telah ditunjukkan dalam zon yang diserlahkan sekitar tahap 1 1600 sebelum penurunan penurunan harga pantas boleh berlaku ke arah tahap 1 1200 Sebaliknya zon harga sekitar tahap 1 1500 1 1600 kekal sebagai z...
Penjualan Aktiviti Bermain Mercun Semakin Berleluasa Di Mana Silapnya Getaran 07 05 2022

Penjualan Aktiviti Bermain Mercun Semakin Berleluasa Di Mana Silapnya Getaran 07 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 164 hits
KUALA LUMPUR Menjelang apa jua perayaan di negara ini dentuman mercun pasti kedengaran malah aktiviti bermain bahan letupan itu seolah olah menjadi satu kelaziman dan pelengkap suasana walaupun ia adalah kesalahan seperti termaktub dalam un...
Ppim Nasihat Orang Ramai Waspada Dengan Jerat Scammer Ketika Membeli Di Hari Raya Malakat Tribune 27 04 2022

Ppim Nasihat Orang Ramai Waspada Dengan Jerat Scammer Ketika Membeli Di Hari Raya Malakat Tribune 27 04 2022

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati hati daripada terkena jerat scammer ketika membeli belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi Menurut Ketua Aktivis PPIM Nadz...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Jalan Jalan Dataran Pontian

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Dosa For Breakfast

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord