Penjelasan Bulan Rejab
❇ Alhamdulillah kita akan memasuki 1 Rejab 1440H pada esok hari (jumaat) ini yang mana *bulan Rejab termasuk salah satu dari empat bulan haram, yakni bulan yang suci dalam Islam.*
📜 Allah Ta'ala berfirman:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْراً فِي كِتَابِ اللّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَات وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلاَ تَظْلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ
_*"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..."*_
[QS. At Taubah: 36].
📜 Dari Abu Bakrah RA dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
َ إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَان
_*"Sesungguhnya zaman itu terus berputar sama seperti saat Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulan, dan empat di antaranya adalah bulan-bulan haram, dan tiga di antaranya adalah bulan-bulan yang berurutan iaitu; Dzul Qa'dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab. Sedangkan bulan Rajab adalah bulan Mudzar iaitu bulan yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya'ban."*_
[HR. Bukhari no. 5124].
➿➿➿➿➿➿➿
🤔🤔🤔
*Kenapa dinamakan sebagai bulan haram*❓❓
🗣 Kesimpulan Para Ulama tafsir menyebut:
"Bulan-bulan haram ini adalah *bulan yang dilipatgandakan pahala bagi seorang yang mengerjakan amalan soleh*, sehingga seorang hamba akan lebih bersungguh-sungguh melakukan amalan kebaikan pada bulan-bulan tersebut. Begitu pula, *perbuatan dosa yang dilakukan di pada bulan haram menjadi lebih besar di sisi Allah Ta'ala berbanding bulan yang lain,* bulan ini boleh dijadikan motivasi atau semangat pada seorang hamba untuk meraih sifat takwa yang lebih tinggi dari bulan-bulan sebelumnya, dengan semakin menjauhi kemaksiatan. Dengan demikian, kebahagiaan, ketentraman, dan keselamatan di dunia dan akhirat boleh diraih."
➿➿➿➿➿➿➿➿
🤔🤔🤔
*Adakah wujud amalan khusus pada bulan Rejab seperti Solat, Puasa, Zikir Khusus* ❓❓
👥👥 Para Ulama hadis telah menyimpulkan:
🗣 Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:
لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه، ولا في صيام شيء منه، معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة
_*"Tidak wujud sebarang hadis yang sahih yang boleh dijadikan hujah* berkaitan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, tidak juga berkaitan puasa pada sebarang hari yang khusus daripadanya, tiada juga tentang mendirikan qiamullail pada malam yang tertentu di dalamnya.."_
[Tabyin al-‘Ujab Bi Ma Warada Fi Fadhli Rajab,hlm.11]
🗣 Al-Hafiz Ibnu Qayyim al Jauziyah rahimahullah berkata:
كل حديث في ذكر صيام رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى
_*"Semua hadis* yang menyatakan puasa pada bulan Rejab dan solat pada sebahagian malam padanya *adalah dusta yang direka-reka."*_
[Al-Manar al-Munif, hlm. 88]
👥❗Bahkan para Ulama Besar di dalam Mazhab Syafi'e juga mengkritik tentang solat khusus yang dilakukan pada malam pertama bulan Rejab:
🗣 Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
_“Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghāib adalah: 12 raka’āt yang dilakukan diantara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab, dan solat malam Niṣfu Sya’bān 100 raka’āt, *kedua-dua solat ini adalah bid’ah*,_
_merupakan dua perkara mungkar yang dikeji, dan janganlah (kamu) terpedaya dengannya (hanya) kerana ia disebut di dalam kitab Qūt al-Qulūb (karangan al-al-Imām Abū Tālib al-Makkī) dan Ihyā’ Ulūm ad-Dīn dan tidak juga pada hadis-hadis yang disebut berkenaan kedua (amalan) itu, *sesungguhnya kesemua itu adalah batil…”*_
[al-Majmu’, Jil. 4, hlm56]
🗣 Al-Imām as-Suyuṭi rahimahullah berkata:
*_“Telah diriwayatkan padanya (solat al-Raghāib) hadih palsu dengan kesepakatan ulama’…dan dinamakan ia solat al-Gharāib…”_*
[al-Amru bi al-Ittiba’, hlm. 167-171]
🗣 Al-Imam Zakariya al-Anṣhari rahimahullah:
*_“Dia (An-Nawawi) telah berkata di dalam Majmu’ bahawa antara Bid’ah yang dikeji (mazmumah) adalah solat al-Raghāib 12 raka’āt yang dilakukan diantara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab…”_*
[Asnā al-Maṭālib, Jil. 1, Hlm. 206]
🚫👆🏻 *Larangan yang disebutkan ini bertetapan dengan satu hadis.*
👇🏻📜👇🏻
❇ Yang mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang mengkhususkan ibadah khusus pada malam Jumaat atau puasa pada hari Jumaat, sebagaimana sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
📜 Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَخُصُّوْا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيْ، وَلاَ تَخُصُّوْا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اْلأَياَّمِ، إِلاَّ أَنْ يَكُوْنَ فِيْ صَوْمٍ يَصُوْمُهُ أَحَدُكُمْ.
_*“Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat untuk beribadah dari malam-malam yang lain dan jangan pula kalian mengkhususkan puasa pada hari Jumaat dari hari-hari yang lainnya, kecuali bila bertepatan (hari Jumaat itu) dengan puasa yang biasa kalian berpuasa padanya.”*_
[HR. Muslim no. 1144]
➿➿➿➿➿➿➿➿
🚫📜🚫 Begitu juga hadis masyhur tentang bulan Rejab:
رَجَبٌ شَهْرُ اللهِ وَشَعْبَانُ شَهْرِيْ وَرَمَضَانُ شَهْرُ أُمَّتِيْ.
*“Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."*
📌 _Taraf Hadis: *PALSU*_
‼✳ *STATUS HADIS* Ini menurut ulama hadis adalah *'PALSU'.*
📜 Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ فَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
_*"Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama seseorang, barangsiapa berdusta atas namaku secara sengaja maka hendaklah dia siap tempat duduknya di neraka."*_
[HR. Muslim no. 5]
🔹Kesimpulannya, *walaupun hadis-hadis tentang amalan khusus pada bulan Rejab tidak sahih seperti solat, puasa dan lain-lain. Bukanlah bermaksud kita dilarang memperbanyakkan ibadah pada bulan Rejab ini kita masih boleh beribadah seperti bulan yang lain secara umumnya.* 👇🏻👇🏻
➿➿➿➿➿➿➿➿
Antara amalan Sunnah yang sahih bersifat umum boleh kita amalkan pada bulan Rejab ini seperti:
1⃣ *Mengerjakan puasa Isnin khamis, puasa hari putih pertengahan bulan 13, 14 dan 15 setiap bulan Islam.*
2⃣ *Menghidupkan solat berjemaah di masjid, solat sunat seperti solat rawatib, dhuha dan lain-lain.*
3⃣ *Zikir pagi petang seperti 'Sayyidul Istighfar', selawat yang diajarkan oleh baginda Nabi Shallahu alaihi wasallam dan lain-lain.*
Semoga dapat kita amalkan dan sampaikan.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
*#Belajar Islam Dari Sumbernya*
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/03/penjelasan-bulan-rejab.html