Pengusaha Kantin Sekolah Terpaksa Jual Ayam Sotong Crispy Untuk Teruskan Hidup


Wan Feeza RahimZaidah kini menjalankan perniagaan ayam dan sotong crispy di rumahnya.Matanya bergenang bila ditanya bagaimana keadaannya sekarang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Katanya, “Susah untuk diungkap, payah untuk diceritakan. Berat bahu yang memikul sudah tidak terasa. Bukan mudah untuk lalui semua ini tetapi inilah realiti yang harus kami tempuhi.”
Zaidah dan suami, pengusaha kantin sekolah yang terjejas akibat pandemik Covid-19.Zaidah binti Ali, 43 dan suami, Azmi Bin Ithnin, 47, antara pengusaha kantin sekolah yang terkesan akibat Covid-19. Sesungguhnya pandemik ini benar-benar merubah kehidupan mereka sekeluarga.
Dari usahawan kantin sekolah yang berjaya, pasangan ini kini terpaksa mengusahakan perniagaan kecil-kecilan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Baginya, 2020 adalah tahun yang sangat mencabar sehingga dia hilang punca pendapatan sebagai pengusaha kantin yang telah diusahakan selama hampir 10 tahun.
“Semuanya bagai mimpi, 2020 boleh dikira dengan jari berapa bulan sahaja kami beroperasi. Bukan sedikit kerugian yang terpaksa kami tanggung. Malah, sehingga hari ini tiada tanda-tanda yang mengatakan keadaan akan pulih seperti sediakala.
Keadaan kantin sekolah yang kosong.“Ramai kawan-kawan pengusaha kantin sekolah yang menerima nasib yang sama. Kebanyakannya terpaksa menjual semua kelengkapan dapur, kerusi-kerusi dan peralatan kantin serta mula mencari alternatif lain untuk meneruskan hidup,” ujarnya.
Menurutnya lagi, stok makanan yang dibeli awal, ada yang dapat dipulangkan tetapi kebanyakannya terpaksa disedekah atau dibuang begitu sahaja.
Paling menyedihkan pekerjanya juga terpaksa mencari jalan sendiri untuk mencari sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan baru-baru ini.
Zaidah terpaksa melupakan kantin sekolah buat seketika dan mencari peluang perniagaan lain bagi menampung pendapatan harian.“Dari 10 orang pekerja, kini hanya tinggal lima orang sahaja yang masih bertahan, itu pun mereka terpaksa mencari sumber pendapatan lain dahulu bagi menyara hidup,” ujar ibu kepada 2 orang cahaya mata ini.
Walau kantin tidak beroperasi kerana PKP, bil elektrik dan air di sana masih perlu dibayar.
Zaidah yang menjalankan pengusahaan kantin sekolah sejak 2009 ini terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membayar bil-bil bulanan. Lebih memeritkan apabila pasangan suami isteri ini tidak menerima apa-apa bantuan selain dari Prihatin Nasional.
“Permohonan untuk bantuan perniagaan kami ditolak, saya sendiri tidak tahu atas alasan apa. Kontrak kantin pula tamat hingga hujung bulan ini dan kami masih menunggu keputusan permohonan dari enam tender kantin sekolah lain.
“Tetapi melihat pada keadaan sekarang, mungkin harapan kami tipis dan saya hanya mampu berdoa,” katanya yang pernah menerima Anugerah Kantin Terbaik Selangor pada 2014.
Bercerita mengenai liku-liku yang terpaksa dilalui sepanjang mengusahakan kantin sekolah, Zaidah mengakui itu semua cabaran yang harus ditempuhi dalam perniagaan namun pandemik Covid-19 memberi impak yang sangat besar buat pengusaha sepertinya.
Sotong potong “crispy”, walaupun pendapatan tidak seberapa tetapi dapat menampung belanja harian.Menurut suaminya, Azmi, bagi menampung keperluan harian, mereka terpaksa berniaga “ayam sotong crispy” setiap hari.
“Sebenarnya kami sudah mula berniaga sejak bulan Julai lagi. Balik dari sekolah, kami akan terus berniaga di rumah pula. Pada mulanya jualan agak baik tetapi lama-kelamaan perniagaan makin perlahan. Apatah lagi bila PKPB dilaksanakan semula.
Ayam potong “crispy” yang menyelerakan.“Sekarang ini, kami cuba berniaga makanan secara “online”, semoga ada sinar di situ,” ujar Azmi.
Sedar perlu menjalani hidup norma baharu, pasangan ini berhasrat untuk mencari perniagaan yang tetap dan tidak memerlukan ramai pekerja.
“Saya berharap satu hari nanti dapat membuka perniagaan francais seperti kedai serbaneka 7-Eleven yang menjanjikan perniagaan yang lebih stabil,” ujarnya.
Bagi mereka yang ingin menempah “ayam sotong crispy” Zaidah untuk majlis keraian, bolehlah menghubunginya di talian: 017-6296052.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/pengusaha-kantin-sekolah-terpaksa-jual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup Zed Zaidi Terpaksa Jual Tauhu Begedil

Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup Zed Zaidi Terpaksa Jual Tauhu Begedil

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 358 hits
Kuala Lumpur Pandemik Covid 19 yang masih berterusan dan belum menemui jalan penyelesaian memaksa Presiden Seniman Zed Zaidi berniaga makanan tauhu begedil
Amir Jahari Jual Gitar Kesayangan Untuk Teruskan Hidup Gembira Ada Sudi Beli Dengan Harga Lebih Mahal

Amir Jahari Jual Gitar Kesayangan Untuk Teruskan Hidup Gembira Ada Sudi Beli Dengan Harga Lebih Mahal

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 343 hits
Bukan sahaja rakyat biasa malah ramai juga golongan artis dan selebriti yang terkesan akibat pandemik COVID 19 yang melanda negara kita Salah seorang rakan artis yang turut mengalami kesukaran ialah penyanyi dan komposer Amir Jahari Dalam u...
Pn Tergesa Gesa Tutup Sekolah 10 Ribu Pengusaha Kantin Merana

Pn Tergesa Gesa Tutup Sekolah 10 Ribu Pengusaha Kantin Merana

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 225 hits
Penutupan sekolah di Semenanjung Malaysia dengan alasan mengelakkan jangkitan Covid 19 secara tergesa gesa tanpa melakukan kajian mendalam amat dikesalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah menutup sekolah tersebut t...
30 Pengusaha Bas Sekolah Bakal Tutup Kedai Rayu Bantuan Kerajaan

30 Pengusaha Bas Sekolah Bakal Tutup Kedai Rayu Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 496 hits
November 19 2020 Lebih ramai pengusaha bas sekolah dijangka tutup kedai kerana tidak dapat beroperasi susulan penutupan sekolah dan pelaksanaan PKPB di kebanyakan negeri PETALING JAYA Bermula awal tahun depan lebih ramai pengusaha bas sekol...
Teh Kosong Roti Jadi Alas Perut Pencuci Pinggan Anak Demi Teruskan Hidup

Teh Kosong Roti Jadi Alas Perut Pencuci Pinggan Anak Demi Teruskan Hidup

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 295 hits
K Selvarani dan anaknya Emmanuel Joseph John tinggal di sebuah bilik sewa di bahagian belakang sebuah kedai gunting rambut di Pulau Pinang Mereka baru baru ini menerima tilam dan selimut baru sumbangan seorang guru tuisyen GEORGE TOWN Pengs...
Ayam Madu Crispy Chinese Style Paling Sedap Halalan Toyyiban

Ayam Madu Crispy Chinese Style Paling Sedap Halalan Toyyiban

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 283 hits
Ayam Madu Crispy Chinese Style atau Crispy Honey Chicken ni memang antara sajian Cina yang cukup popular Tapi biasanya sajian ini masyarakat Cina ada meletakkan sedikit arak di dalamnya Tetapi kalau teringin bolehlah makan di restoran Cina ...
Graduan Kejuruteraan Berbasikal Jual Teh Masala Rm1 Demi Kelangsungan Hidup Pada Awalnya Saya Tak Beritahu Ibu Bapa

Graduan Kejuruteraan Berbasikal Jual Teh Masala Rm1 Demi Kelangsungan Hidup Pada Awalnya Saya Tak Beritahu Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 512 hits
Ahad 29 November 2020 10 30 AMKavievanan Subramaniam memanfaatkan masa Perintah Kawalan Pergerakan dengan mencari rezeki menjual teh masala chai di Brickfields Kuala Lumpur Foto BERNAMASELEPAS menamatkan pengajian pada Februari lalu Kavieva...
Hiburan Presiden Seniman Zed Zaidi Kini Berniaga Tauhu Bergedil Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup

Hiburan Presiden Seniman Zed Zaidi Kini Berniaga Tauhu Bergedil Untuk Teruskan Kelangsungan Hidup

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 664 hits
Keadaan ekonomi yang semakin meruncing di kala wabak pandemik COVID 19 semakin menular di seluruh pelusuk dunia telah memaksa presiden kepada Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi untuk memulakan perniagaan berasaskan makanan Difahamkan Zed ...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan