30 Pengusaha Bas Sekolah Bakal Tutup Kedai Rayu Bantuan Kerajaan


 
Mohamad Fadli -November 19, 2020 Lebih ramai pengusaha bas sekolah dijangka ‘tutup kedai’ kerana tidak dapat beroperasi susulan penutupan sekolah dan pelaksanaan PKPB di kebanyakan negeri.PETALING JAYA: Bermula awal tahun depan lebih ramai pengusaha bas sekolah dijangka terpaksa “tutup kedai” kerana tidak mampu menanggung kos kerana tidak dapat beroperasi sepanjang penutupan sekolah dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, pengusaha terpaksa menanggung kos operasi lebih RM7,000 setiap bulan untuk sebuah bas walaupun ketika cuti persekolahan.
“Walaupun sekolah cuti, bermula PKPB ini, ibu bapa enggan membayar penuh tambang bulanan perkhidmatan.
“Jika dikira secara keseluruhan daripada awal tahun, kita hanya dapat bayaran penuh maksimum 6 bulan. Enam bulan lagi tahun ini kita tak dapat apa-apa bayaran.
“Bas sekolah ada kos operasi tetap setiap bulan yang perlu ditanggung walaupun ketika cuti sekolah dan jika kos operasi ini tidak dapat ditanggung, kemungkinan pengusaha berkenaan terpaksa menghentikan operasi,” katanya ketika ditemui FMT baru-baru ini.
PKPB mula dikuat kuasa pada 4 Mei menggantikan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 18 Mac. Selepas itu, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Dis.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat.Bagaimanapun, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang, dan Kelantan bermula 9 Nov sehingga 6 Dis.
Sebelum itu, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dikenakan PKPB bermula 14 Okt hingga 27 Okt kerana peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19.
Amali berkata bermula Julai, selepas sekolah dibuka semula, pelajar yang menaiki perkhidmatan bas sekolah berkurang sebanyak 30%.
Katanya, ada ibu bapa yang mengambil pendekatan menghantar sendiri anak mereka ke sekolah kerana risau dengan penularan Covid-19.
“Kesan penutupan sekolah juga, kita mendapat keluhan pengusaha bas hampir seluruh negara, hampir 30% ambil keputusan hentikan terus perkhidmatan mereka.
“Ada yang sudah jual bas mereka. Kalau sekolah tidak dibuka pada 20 Jan tahun depan, kita jangka ramai lagi pengusaha bas terpaksa tutup kedai,” katanya.
Amali berkata, kebanyakan pengusaha bas beralih membuat pekerjaan lain. Beliau berharap kerajaan dapat memberi bantuan kepada pengusaha dan pemandu bas sekolah yang terkesan.
“Antara cadangan kepada kerajaan adalah memberi bantuan ‘one off’ RM600 kepada pemandu bas sekolah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi meringankan beban mereka susulan kehilangan pendapatan sepanjang penutupan sekolah.
“Kita juga minta moratorium diberikan kepada pemandu bas yang mempunyai hutang pinjaman pembelian bas sekolah dengan kad kredit.
Ini kerana pinjaman untuk bas sekolah dibuat dengan kad kredit yang perlu dibayar setiap bulan,” katanya.
Untuk kelangsungan perkhidmatan bas sekolah, beliau meminta bantuan Geran Khas Prihatin 2.0 bagi pengusaha bas yang berdaftar dengan SSM.
Beliau kesal bantuan kepada pengusaha bas sekolah diberikan paling akhir selepas ia diberikan kepada pemandu pemandu e-panggilan, teksi, dan pemandu pelancong.
“Pada pendapat kita, kerajaan tidak lihat bas sekolah ini sebagai entiti penting dan kita rasa terkilan kerajaan menafikan peranan kita,” katanya.
Amali berkata, bas sekolah mengangkut lebih kurang 1.5 juta pelajar setiap hari, membabitkan 700,000 keluarga.
“Jika bas sekolah tidak boleh meneruskan perkhidmatan, bayangkan 700,000 keluarga ini hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Jadi akan bertambah 700,000 kenderaan di jalan raya,” katanya.
Sementara itu, pengusaha bas sekolah, Mohd Ridzuan Hadis, 50, memilih untuk membawa lori ikan sepanjang penutupan sekolah bagi menampung kehidupan.
Pengusaha bas sekolah, Mohd Ridzuan Hadis.Katanya, walaupun bas sekolah tidak operasi, gaji dan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemandu perlu dicarum setiap bulan.
“Tiga bulan pertama sejak Mac lalu boleh lagi tanggung. Bila PKPB Oktober lalu terus kita ‘down’. Tak boleh nak jimat. Nak cari duit mana pun tak ada. Duit yang ada pun sudah habis.
“Itu saya bawa lori ikan. Ini gaji pun rendah. Tetapi sebab tak ada kerja terpaksa kerja juga,” katanya yang menjadi pengusaha bas sekolah sejak 1999.
Ridzuan berharap kerajaan meminta syarikat kad kredit memberi moratorium kepada pengusaha bas sekolah yang membuat pinjaman membeli bas sekolah sehingga mereka boleh operasi semula.
“Bila bas sekolah lama tak bergerak, banyak barang yang perlu diselenggara.”
Beliau juga berharap Program Subsidi Upah yang diberikan Perkeso oleh dipanjangkan kepada pemandu bas.
“Dapat bantu bayar upah gaji pun cukup untuk pemandu bas sekolah sehingga sekolah beroperasi,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/30-pengusaha-bas-sekolah-bakal-tutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Dapat Bantuan Pengusaha Bas Persiaran Lapor Polis Terhadap 5 Kementerian

Tak Dapat Bantuan Pengusaha Bas Persiaran Lapor Polis Terhadap 5 Kementerian

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 182 hits
November 12 2020 Ketua Persatuan Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara Ahmad Ruslan Abdul Latiff berkata laporan polis dibuat berikutan keluhan mereka tidak diberikan sebarang maklum balas BUKIT MERTAJAM Sebuah persatuan pengusaha bas ...
Kerajaan Perlu Dengar Rintihan Pengusaha Pemandu Bas Terjejas

Kerajaan Perlu Dengar Rintihan Pengusaha Pemandu Bas Terjejas

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 153 hits
Pada 17 November 2020oleh Fatih Hassan NordinOleh Fatih Hassan NordinAhli Parlimen Seremban Anthony Loke menggesa Kementerian Pengangkutan mendengar rintihan dan mencari jalan bagi membantu pengusaha dan pemandu bas yang terjejas akibat pan...
Pn Tergesa Gesa Tutup Sekolah 10 Ribu Pengusaha Kantin Merana

Pn Tergesa Gesa Tutup Sekolah 10 Ribu Pengusaha Kantin Merana

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 172 hits
Penutupan sekolah di Semenanjung Malaysia dengan alasan mengelakkan jangkitan Covid 19 secara tergesa gesa tanpa melakukan kajian mendalam amat dikesalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah menutup sekolah tersebut t...
Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara Mohon Kerajaan Campur Tangan Elak Perniagaan Gulung Tikar

Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara Mohon Kerajaan Campur Tangan Elak Perniagaan Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 316 hits
BATU KAWAN Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara meminta kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan campur tangan berhubung lanjutan moratorium dengan syarikat kredit bagi mengelak perniagaan mereka gulung tikar Pen...
Pengusaha Bas Buat Laporan Polis Terhadap Belanjawan 2021 Kerajaan Pn

Pengusaha Bas Buat Laporan Polis Terhadap Belanjawan 2021 Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 294 hits
B Nantha KumarSelepas mendakwa gagal menyuarakan tuntutan terhadap Belanjawan 2021 kepada beberapa kementerian termasuk Jabatan Perdana Menter NGO pengusaha bas persiaran bertindak melapor polis Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pe...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Salurkan Bantuan Covid 19 Lebih Daripada Rm20 Juta

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Salurkan Bantuan Covid 19 Lebih Daripada Rm20 Juta

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 247 hits
nbsp KUANTAN Kerajaan negeri Pahang membelanjakan RM20 27 juta termasuk RM16 081 juta khusus untuk membantu meringankan beban rakyat negeri ini yang terkesan dengan pandemik wabak Covid 19 sejak awal tahun ini Menteri Besar Datuk Seri Wan R...
Bpr Untuk Isi Rumah Berpendapatan Rm2 501 Rm4 000 Bakal Terima Bantuan Rm800 Hingga Rm1 200

Bpr Untuk Isi Rumah Berpendapatan Rm2 501 Rm4 000 Bakal Terima Bantuan Rm800 Hingga Rm1 200

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 278 hits
Kerjaaan bersetuju untku memberi bantuan BPR untuk isi rumah berpendapatan bawah RM 4000 yang mempunyai anak seorang dan dua atau lebih dengan bayaran sebanyak RM 800 hingga RM 1200 BACA Hanya 8 Bulan Sahaja Dijual Xiaomi Menghentikan Penju...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say

Reflections On 25 Years Can Pkr Realise Its Reform Goals

7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu

Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia Hanya Kerana Akak Hidup Lagi Dik Baru 5 Hari Kau Dah Arwah Kan Akak