Buka Semula Kaunter Walk In Dos Penggalak Tumpu Warga Emas Kata Doktor


 
Kerajaan seharusnya menggunakan sebaik mungkin jaringan klinik swasta yang sudah tersedia, berbanding tertumpu kepada PPV mega atau klinik terpilih, menurut seorang doktor.PETALING JAYA: Seorang pakar kesihatan awam menggesa kerajaan membuka semula kaunter “walk-in” bagi suntikan dos penggalak di pusat pemberian vaksin (PPV) swasta dan kerajaan dengan memberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.
Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, langkah Kementerian Kesihatan (KKM) menamatkan pemberian suntikan dos penggalak secara “walk-in” disifatkan sebagai “kurang bijak” kerana tidak membantu mempercepatkan kadar vaksinasi dos penggalak.
Beliau berkata, KKM seharusnya menyemak semula prosedur “walk-in” itu dengan memberi keutamaan mengikut umur dan pekerja barisan hadapan yang lebih terdedah kepada penularan varian Covid-19.
“Tak perlu tutup terus kaunter ‘walk-in’, sepatutnya biarkan ia terus dibuka tetapi beri keutamaan kepada mereka berusia 60 tahun dan ke atas atau individu yang menghidap komorbid, kemudian petugas barisan hadapan.
Dr Sathia berkata, kerajaan seharusnya menggunakan sebaik mungkin jaringan klinik swasta yang sudah tersedia.“Bila 60 tahun dan ke atas dan selesai, baru buka untuk umur 50 tahun dan ke atas pula…baru senang nak kawal, bukan macam sebelum ini, terbuka untuk semua…memang susah nak kawal, keadaan akan jadi haru-biru dan risiko (penularan) juga tinggi sebab itu kita perlu ada pengasingan dan keutamaan kepada kumpulan mana dahulu,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas isu kesesakan di PPV baru-baru ini yang kebanyakannya dibanjiri oleh orang awam dan warga asing yang mahu mendapatkan suntikan dos penggalak.
Susulan beberapa video tular di media sosial menunjukkan orang ramai bersesak di beberapa PPV sekitar Lembah Klang, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), anak syarikat KKM yang menjadi pelaksana pembabitan pengamal perubatan swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mengumumkan penamatan pemberian suntikan dos penggalak secara “walk in” di PPV swasta berkuat kuasa 4 Jan lalu.
Dalam pada itu, Sathia yang juga pemilik rangkaian klinik SPCare Group berkata, kerajaan seharusnya menggunakan sebaik mungkin jaringan klinik swasta yang sudah tersedia, berbanding tertumpu kepada PPV mega atau klinik terpilih.
“Kita ada lebih 8,000 klinik dan hospital swasta dan jika dicampur dengan klinik kerajaan, ada lebih 10,000. Biar semua klinik dibenarkan suntik vaksin, jangan ulang buka PPV mega sana sini. Kos operasi sangat tinggi kalau buka balik PPV mega,” katanya yang turut menawarkan khidmat suntikan vaksin di semua 13 cawangan klinik SPCare.
Beliau berkata, walaupun bayaran bagi satu suntikan sudah dinaikkan kepada RM19 satu dos berbanding RM14 sebelum ini, ia masih tidak mampu menampung kos keseluruhan kakitangan.
“Tetapi sekurang-kurangnya kita mampu cepatkan vaksinasi daripada membazir wang kepada yang tidak perlu,” katanya.
Pada 16 Dis, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata semua penerima dos lengkap vaksin Covid-19 jenis Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari ini.
Beliau berkata individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak pada tempoh berkenaan.
Katanya, sekiranya individu berkenaan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari, status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap.
Khairy juga berkata, PPV mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak berkenaan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/buka-semula-kaunter-walk-in-dos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Boleh Walk In Dapatkan Dos Penggalak

Warga Emas Boleh Walk In Dapatkan Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 191 hits
Pastikan sijil vaksinasi digital lengkap dalam MySejahtera BANGI Kementerian Kesihatan menawarkan perkhidmatan vaksinasi secara walk in kepada warga emas membabitkan empat Pusat Pemberian Vaksin Integrasi di Lembah Klang mulai 19 Januari in...
Dos Penggalak Warga Emas Boleh Walk In Ke 4 Ppv Mulai Rabu

Dos Penggalak Warga Emas Boleh Walk In Ke 4 Ppv Mulai Rabu

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 162 hits
Perkhidmatan vaksinasi dos penggalak COVID 19 secara walk in atau datang terus bagi warga emas ditawarkan di empat Pusat Pemberian Vaksin Integrasi di Lembah Klang mulai Rabu Empat PPV tersebut adalah PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur W...
Warga Emas Berang Beratur Lama Di Tepi Jalan Untuk Dos Penggalak

Warga Emas Berang Beratur Lama Di Tepi Jalan Untuk Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 221 hits
Warga emas berang beratur lama di tepi jalan untuk dos penggalak Orang ramai terpaksa berbaris panjang di luar sebuah pusat vaksinasi di Jalan Pinhorn di sini hari ini untuk mendapatkan dos penggalak Covid 19 Hampir semua yang beratur adala...
Pergi Umrah Tak Vaksin Saya Dah Lengkap 2 Dos Termasuk Penggalak Kata Tuan Ibrahim

Pergi Umrah Tak Vaksin Saya Dah Lengkap 2 Dos Termasuk Penggalak Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 183 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan ke Tanah Suci menunaikan umrah ketika beberapa negeri dilanda banjir baru baru ini PETALING JAYA Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan bukti bagi menafikan tuduhan pihak tertentu ya...
Debat Berhubung Dos Penggalak Hanya Keruhkan Keadaan Kata Pakar

Debat Berhubung Dos Penggalak Hanya Keruhkan Keadaan Kata Pakar

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 181 hits
Sharifa Ezat Wan Puteh berkata perkara penting yang perlu dilakukan adalah meneruskan pematuhan SOP bagi mengelak dijangkiti wabak Petugas kesihatan Pusat Perubatan Ara Damansara memasukkan vaksin Sinovac ke dalam picagari di Menara Sime Da...
Asyik Cari Lokan Warga Emas Parah Diserang Buaya

Asyik Cari Lokan Warga Emas Parah Diserang Buaya

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 158 hits
LAHAD DATU Seorang lelaki 70 tahun parah diserang buaya ketika dia mencari lokan di sungai dekat Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4 di sini semalam Kejadian pada jam 4 petang menyebabkan warga emas berkenaan cedera teruk pada kaki tang...
Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 257 hits
KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku teks yang rosak akibat banjir yang melanda negara Penduduk sedang membersihkan rumah yang dimasuki lumpur selepas banjir surut di Kampung Lembah Jaya Utara Ampang Banjir yang melanda nega...
Jantung Mak Pah Boleh Tahan Lagi 10 Tahun Kata Doktor Pakar

Jantung Mak Pah Boleh Tahan Lagi 10 Tahun Kata Doktor Pakar

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum Hi korang Macam yang SA hint kat korang dalam entry awal pagi tadi eh awal ke hahaha alaaa dalam entry first tu la kan SA ada cakap ada berita gembira tentang Mak Pah Semalam Mak Pah pi IJN dengan adik bongsu yearly check up...
Sudah Tiba Masanya Putrajaya Perkenal Kad Insurans Kesihatan Kepada Rakyat Kata Doktor

Sudah Tiba Masanya Putrajaya Perkenal Kad Insurans Kesihatan Kepada Rakyat Kata Doktor

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 1046 hits
Sudah tiba masanya Putrajaya perkenal kad insurans kesihatan kepada rakyat kata doktor Seorang pakar kesihatan awam mencadangkan agar kerajaan persekutuan memperkenalkan kad insurans kesihatan bersubsidi kepada semua rakyat dengan tumpuan k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran