Banjir Di Negeri Sembilan Bukan Kerana Balak Kata Mb


AGENDA DAILY
Negara berdepan bencana banjir terburuk dalam sejarah baru-baru ini, banyak kerosakan harta benda dan kemusnahan insfrastruktur di negeri-negeri yang terkesan akibat banjir.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata bencana banjir di beberapa daerah di Negeri Sembilan tidak ada kena-mengena dengan aktiviti pembalakan.
Beliau berkata timbunan kayu yang hanyut di kawasan perumahan di Pantai, Seremban akibat banjir bulan lepas merupakan kayu reput dan kerja-kerja pembersihan di lokasi itu hanya mengambil masa dua hari, menurut laporan Bernama.
“Saya jemput semua, daripada kita hanya bercakap, boleh datang dan lihat sendiri apa yang berlaku di Gunung Berembun, ambil gambar dan nilaikan sendiri sama ada kawasan itu kawasan pembalakan ataupun apa yang berlaku adalah kejadian alam.
“Kadang-Kadang laporan itu tidak menceritakan tentang negeri ini tetapi gambar adalah di sini. Semua orang tahu apa yang berlaku di negeri ini, gambar penuh itu bagi saya ‘nakal’ dan saya harap ia tak berulang lagi,” katanya selepas Mesyuarat Exco hari ini.
Menyentuh pemulihan semula Taman Eko Rimba Jeram Toi di Jelebu, Aminuddin berkata kerja membaik pulih akan mengambil masa yang panjang kerana kawasan itu terjejas teruk berikutan hujan lebat dan banjir bulan lepas.
Beliau berkata hampir semua kawasan serta kemudahan di pusat rekreasi itu musnah akibat banjir dan akan dibaik pulih mengikut fasa dengan peruntukan awal mencecah RM3 juta.
Aminuddin berkata pihaknya tidak mahu tergesa-gesa melakukan pemulihan kerana enggan merosakkan keindahan semula jadi di pusat rekreasi itu.
“Jeram Toi satu tempat yang menarik tetapi sekarang kita hilang keseluruhannya, bangunan di sana juga sudah tiada dan apa yang tinggal hanya batu-batu serta aliran anak sungai yang baharu.
“Kerajaan negeri akan memajukan semula kawasan berkenaan dengan lebih baik dan teratur serta kekal menjadi tarikan pelancongan di negeri ini.
“Landskap di situ juga akan disusun semula termasuk bangunan akan diletakkan lebih teratur di samping keindahannya dapat dijaga dengan lebih baik,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/banjir-di-negeri-sembilan-bukan-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
75 Lokasi Terjejas Banjir Di Negeri Sembilan Akan Dibaik Pulih

75 Lokasi Terjejas Banjir Di Negeri Sembilan Akan Dibaik Pulih

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 279 hits
RM27 29 juta untuk pembaikan Jalan Persekutuan RM45 68 juta Jalan Negeri BANGI Sebanyak 75 lokasi jalan jambatan dan cerun terjejas di Negeri Sembilan akibat banjir dan Monsun Timur Laut akan dibaik pulih yang berjumlah RM72 9 juta Menteri ...
Dinner Di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

Dinner Di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 436 hits
Dinner di Hanis Tomyam Bahau Negeri Sembilan Malam di Bahau kami yang kelaparan teringin nak makan makanan Thai Sebab sebelum ni dah 2 kali makan wesrtern iaitu Time to Glebe dengan De Soru so kali ni nak makan makanan Thai pula Cari punya ...
Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

Banjir Balak Pahang Siasatan Diraja Kenal Pasti Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 297 hits
MUHAMMAD RAFIQUEBencana banjir besar yang berlaku di Pahang baru baru ini terutamanya di kawasan Karak dan Mentakab adalah sesuatu yang mengejutkan Ia ibarat suatu tsunami yang rakus membadai dan mengingatkan rakyat kepada peristiwa banjir ...
Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

Buku Teks Rosak Akibat Banjir Tidak Perlu Dibayar Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 297 hits
KPM mempunyai stok mencukupi untuk menggantikan buku teks yang rosak akibat banjir yang melanda negara Penduduk sedang membersihkan rumah yang dimasuki lumpur selepas banjir surut di Kampung Lembah Jaya Utara Ampang Banjir yang melanda nega...
Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

Menteri Besar Tinjau Kawasan Gesa Rakyat Henti Tohmah Balak Punca Banjir Di Bentong

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail meminta orang ramai dan netizen menghentikan cakap cakap dan tohmahan berkenaan punca banjir di Bentong akibat daripada aktiviti pembalakan Menurutnya tinjauan udara yang ...
17 Daerah Dan 6 Negeri Masih Terjejas Banjir 4 635 Mangsa Di Pps

17 Daerah Dan 6 Negeri Masih Terjejas Banjir 4 635 Mangsa Di Pps

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 311 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Sebanyak enam negeri dilaporkan terkesan dengan bencana banjir melibatkan 17 daerah di Kelantan Terengganu Pahang Johor Negeri Sembilan dan Sabah masih terjejas Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa...
Banjir Dan Kayu Balak

Banjir Dan Kayu Balak

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 270 hits
SAMSUDIN NAWAWI Gambar dan video boleh edit tapi apa yang kita nampak di mata sendiri terutama oleh orang yang berada ditempat kejadian atau yang menjadi mangsa kejadian tidak boleh edit Keadaan sebelum semasa dan selepas kejadian juga kala...
Kata Rumah Kena Banjir Tapi Duduk Apartment Tingkat 4 Atas Bukit Ngo Dedah Penipuan Mangsa Banjir

Kata Rumah Kena Banjir Tapi Duduk Apartment Tingkat 4 Atas Bukit Ngo Dedah Penipuan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 324 hits
Oleh Tangkap layar teks perbualan antara ahli Dana Kita berikutan penipuan pemohon FOTO FACEBOOK DANA KITA RUMAH pangsapuri atas bukit tingkat empat tetapi mohon bantuan mangsa banjir Itu antara ragam dihadapi pasukan Pertubuhan Kebajikan D...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory