Pas Tak Boleh Dipercayai Muafakat Nasional Sudah Gagal Kata Nur Jazlan



(Suara TV) – Berdasarkan kenyataan yang dibuat pimpinan PAS dan UMNO mengenai Muafakat Nasional (MN), bolehlah dianggap ikatan kerjasama itu sebenarnya sudah gagal,” kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah buat kenyataan sebelum ini bahawa PAS tak jujur.
Jadi katanya, di peringkat pusat pun saranan untuk kerjasama melalui MN ini pun dah tak wujud sebab PAS kata, kalau nak teruskan MN mereka nak bersama Bersatu juga, dan UMNO dah buat keputusan untuk tidak akan bersama Bersatu.
Oleh itu, Nur Jazlan menganggap berdasarkan kenyataan yang dibuat pemimpin kedua-dua parti itu, bolehlah dianggap MN sebenarnya sudah gagal.
Tambah Nur Jazlan, tindakan PAS yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini juga jelas memperlihatkan bahawa parti itu memang tidak boleh dipercayai.
“Masya-Allah, memang tak boleh percaya,” katanya berulang kali memetik laporan Malaysiakini pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau mendakwa perbincangan bagi menentukan hala tuju MN di Kelantan asalnya digerakkan lebih awal oleh PAS.
Katanya, ia dipercayai dibuat kerana PAS berasa bimbang akan kehilangan kubu kuat mereka dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Malah, Nur Jazlan mendakwa kerjasama parti itu dalam MN selama ini pun hanyalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan PAS semata-mata, bukannya bersama UMNO.
“Tindakan PAS mahu bincang dengan (UMNO) Kelantan kerana mereka dah mula takut dan tindakan itu hanyalah untuk mempertahankan home ground (kubu kuat).
“Selama ini pun MN adalah untuk mengelak (PAS) bertembung dengan UMNO dan mereka bimbang kalah di kubu kuat sendiri,” katanya.
Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan dan status MN khususnya di Kelantan. Selain di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kedudukan kerjasama PAS-Umno juga dilihat tidak kukuh di Terengganu.
Sebelum ini PAS Kelantan mengesahkan mereka menerima surat jemputan daripada Umno negeri itu untuk membincangkan hala tuju kerjasama mereka terutama ketika PRU ke-15 semakin hampir.
Hari ini PAS Kelantan dilaporkan berkata mereka akan bertemu dengan UMNO pada 22 Januari depan.
Dakwa Nur Jazlan, UMNO Kelantan tidak pernah menghantar surat untuk meminta pertemuan diadakan, sebaliknya langkah tersebut dimulakan oleh PAS.
“PAS yang minta UMNO Kelantan berunding bukan UMNO Kelantan.
“Kita tak nak, tapi dia orang yang mulakan benda ini dan memang PAS tak setuju (UMNO tolak kerjasama).
“Sepatutnya PAS bincang di peringkat pusat tapi selepas kekalahan di Melaka dan Sarawak mereka juga risau kalau kalah di kubu kuat mereka seperti Kelantan,” katanya.
Kata Nur Jazlan, perbincangan tersebut juga lebih kepada melihat kepentingan PAS, dan bukannya UMNO.
“Perbincangan itu hanya bagi mengukuhkan kedudukan PAS untuk pilihan raya akan datang,” dakwanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/30/pas-tak-boleh-dipercayai-muafakat-nasional-sudah-gagal-kata-nur-jazlan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sebenarnya Sudah Takut Kalah Dengan Umno Kata Nur Jazlan

Pas Sebenarnya Sudah Takut Kalah Dengan Umno Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 155 hits
agendaily com30 12 2021Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed Rundingan yang sedang dirancang PAS adalah sebenarnya mereka takut kalah kepada UMNO dalam pilihan raya umum nanti kata seorang pemimpin UMNO Johor Datuk Nur Jazlan M...
Pas Sets Jan 22 To Meet Kelantan Umno On Future Direction Of Muafakat Nasional

Pas Sets Jan 22 To Meet Kelantan Umno On Future Direction Of Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 253 hits
Kelantan PAS commissioner Datuk Ahmad Yakob said the meeting among others would discuss the future direction as well as the future of the two parties in the 15th general election 8211 Bernama photo PASIR MAS Kelantan PAS has set January 22 ...
Nur Jazlan It S Umno That Wears The Pants In Muafakat

Nur Jazlan It S Umno That Wears The Pants In Muafakat

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 182 hits
PAS has forgotten who played the role of husband and wife in Muafakat Nasional said Johor Umno deputy chief Nur Jazlan Mohamed According to Utusan Malaysia Nur Jazlan said proof of this can be seen during the Malacca elections last November...
Agenda Zahid Kata Pn Zalim Supaya Bersatu Pas Tarik Sokongan Kepada Ismail Sabri

Agenda Zahid Kata Pn Zalim Supaya Bersatu Pas Tarik Sokongan Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 170 hits
Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dikatakan tidak berani menarik sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana dilakukannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos lalu Tuduhan Ahmad Zahid...
Masya Allah Memang Tak Boleh Percaya Pas Ni

Masya Allah Memang Tak Boleh Percaya Pas Ni

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 213 hits
MalaysiakiniShakira BuangSeorang pemimpin Umno mendakwa perbincangan bagi menentukan hala tuju Muafakat Nasional di Kelantan asalnya digerakkan lebih awal oleh PAS Menurut Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed ia dipercayai dibua...
Kartunis Zunar Kata Tak Masuk Akai Patut Tak Duduk Dalam Pkr Dan Melompat Tak Boleh Jlan Jalan Kah Tuih

Kartunis Zunar Kata Tak Masuk Akai Patut Tak Duduk Dalam Pkr Dan Melompat Tak Boleh Jlan Jalan Kah Tuih

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 149 hits
Lawatan kerja ke Eropah masa cuti Krismas Tak masuk akal Zunar beritahu Rashid January 2 2022 Kartunis Zunar berkata lawatan Mohd Rashid Hasnon atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara...
Pas Will Stick With Muafakat And Defend Pn Says Hadi

Pas Will Stick With Muafakat And Defend Pn Says Hadi

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 174 hits
PAS president Abdul Hadi Awang stressed that the party would stick with Muafakat Nasional while at the same time defending the Perikatan Nasional coalition The Marang MP said that PAS cannot confine itself to working with Umno alone as the ...
Rundingan 22 Januari Tentukan Hidup Mati Muafakat Nasional Di Kelantan

Rundingan 22 Januari Tentukan Hidup Mati Muafakat Nasional Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 125 hits
SHAH ALAM UMNO negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan Pas Kelantan untuk menubuhkan gagasan Muafakat Nasional di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terbabit Justeru Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Ya...
Jadikan Baby Hatch Lebih Dipercayai Kata Pakar

Jadikan Baby Hatch Lebih Dipercayai Kata Pakar

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 216 hits
Pakar perkembangan kanak kanak dan keluarga Racheal Kwacz berkata terdapat kekurangan kesedaran tentang ketersediaan baby hatch PETALING JAYA Seorang pakar perkembangan kanak kanak dan keluarga menggesa us
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris