Kartunis Zunar Kata Tak Masuk Akai Patut Tak Duduk Dalam Pkr Dan Melompat Tak Boleh Jlan Jalan Kah Tuih
Lawatan kerja ke Eropah masa cuti Krismas? Tak masuk akal, Zunar beritahu Rashid
Nora Mahpar -January 2, 2022
Kartunis Zunar berkata, lawatan Mohd Rashid Hasnon atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor. (Gambar Twitter)PETALING JAYA: Kartunis Zunar mempersoalkan lawatan kerja Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon di luar negara, ketika kebanyakan negara di Eropah sedang bercuti sempena Krismas dan Tahun Baru.
Sehubungan itu, Zunar menyifatkan kenyataan Rashid yang mendakwa melawat beberapa negara Eropah sehingga 8 Jan atas kapasiti Timbalan Speaker tidak masuk akal dan sepatutnya dibatalkan terutama ketika negara sedang berdepan musibah banjir besar termasuk di Johor.
“Lawatan kerja ketika Krismas? Pertahanan jenis apa itu?Siapa yang bekerja waktu itu? Mereka biasanya cuti Krismas pada hujung tahun dan tiada orang kerja waktu itu,” katanya kepada FMT merujuk kepada jawapan balas Rashid yang mempertahankan tindakannya melakukan lawatan kerja ke luar negara ketika negara dilanda musibah banjir.
Semalam Zunar berkongsi gambar yang menunjukkan Rashid bersama isteri dalam satu majlis makan di Vienna.
Beliau mendakwa menerima gambar berkenaan daripada seorang kenalan, namun enggan mendedahkan maklumat lanjut individu berkenaan.
Rashid bagaimanapun berkata, beliau ke negara Eropah itu dalam lawatan kerja atas kapasiti sebagai wakil rakyat dan Timbalan Speaker.
“Saya berada di Vienna dalam lawatan kerja. Saya di sini atas kapasiti saya sebagai wakil rakyat, sebagai ahli Parlimen.
“Saya melawat beberapa negara untuk bertemu rakan sejawatan saya atas kapasiti saya sebagai Timbalan Speaker,” kata Rashid, dipetik The Vibes.
Zunar turut meminta Rashid mendedahkan jadual kerjanya dari hari pertama beliau berada di negara terbabit termasuk wakil kerajaan yang ditemui.
“Kita menuntut dari hari pertama dia sampai pada 30hb atau 31hb itu siapa yang kamu jumpa… janganlah satu hari sahaja pertemuan atau mesyuarat, tetapi hari-hari lain dianggap lawatan kerja juga,” katanya.
Beliau turut menegur sikap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang begitu lemah mengawal Kabinet Keluarga Malaysia yang hanya mengarahkan anggota kabinet membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.
“Hairan kenapa PM begitu lemah untuk ambil tindakan, sepatutnya arahan itu tidak terhad kepada Jemaah Menteri saja, kerana secara moralnya semua pemimpin tidak patut bercuti atau berada di luar negara sekarang,” katanya.
Minggu lalu, Ismail mengarahkan anggota kabinet untuk membatalkan cuti mereka dan menteri yang sedang berada di luar negara agar pulang segera.
Menurut Ismail, pembatalan cuti itu berkuat kuasa sehingga masalah banjir ketika ini selesai.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/01/kartunis-zunar-kata-tak-masuk-akai.html