Debat Berhubung Dos Penggalak Hanya Keruhkan Keadaan Kata Pakar


Azzman Abdul Jamal Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, perkara penting yang perlu dilakukan adalah meneruskan pematuhan SOP bagi mengelak dijangkiti wabak.

Petugas kesihatan Pusat Perubatan Ara Damansara memasukkan vaksin Sinovac ke dalam picagari di Menara Sime Darby Plantation, Subang. Masih ramai yang bimbang dos penggalak akan beri kesan sampingan. Pakar kesihatan awam memberi amaran berhubung debat antara kerajaan dan mereka yang bimbang tentang kesan sampingan suntikan penggalak Covid-19, mengatakan ia mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan berikutan persoalan yang timbul mengenai keberkesanan vaksin ketika Putrajaya berusaha untuk memberikan dos ketiga itu kepada semua individu yang layak.
Persoalan tersebut mulai hangat diperkatakan selepas kementerian kesihatan mengumumkan bulan lalu bahawa suntikan penggalak diperlukan bagi mengekalkan status vaksinasi mereka.
Situasi ini bertambah buruk apabila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan KKM sedang mengkaji keperluan pengambilan dos keempat iaitu dos penggalak kedua baru-baru ini yang mana ia mengukuhkan lagi dakwaan golongan antivaksin yang mempertikaikan keberkesanan vaksin tersebut.
MalaysiaNow dimaklumkan beberapa individu yang sudah menerima dos lengkap bagi suntikan primer, kini semakin was-was untuk penerimaan dos penggalak kerana bimbang ia akan mendatangkan kemudaratan.
Oleh itu, ramai dalam kalangan pengguna media sosial menyarankan supaya KKM atau Khairy tampil bersemuka dengan golongan tersebut dan mengadakan sesi debat supaya dapat tamatkan sengketa ini secara langsung.
Bagaimanapun, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat UKM Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, langkah itu bukanlah satu keputusan yang bijak kerana sesi debat antara pihak KKM dan golongan antivaksin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Katanya, ini kerana golongan itu mungkin tidak akan menerima penjelasan KKM dan akan pertikai segala bukti yang dikemukakan oleh pakar.
“Isunya kita bukan nak biarkan golongan antivaksin terus berleluasa. Kita pun tiada akta (untuk memaksa individu mengambil vaksin) kerana ini adalah persoalan hak manusia,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Bagaimanapun, individu yang menghasut supaya tidak mengambil vaksin patut dikenakan tindakan kerana ini boleh jejaskan proses vaksinasi.”
Pada 1 Januari, Khairy memaklumkan KKM menerusi kumpulan teknikalnya sedang mengkaji keperluan bagi pengambilan suntikan dos keempat susulan ancaman Omicron yang semakin berleluasa di peringkat global.
Beliau berkata, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sebaik kajian itu selesai.
Sementara itu, ditanya sama ada KKM akan mengadakan sesi perbincangan dengan golongan antivaksin, Khairy memberitahu pihaknya akan kemukakan nasihat dari semasa ke semasa berdasarkan data yang diperoleh supaya masyarakat lebih memahami keperluan pengambilan vaksin.
Bercakap menerusi sidang media secara hibrid di Parlimen pada Khamis, Khairy menegaskan vaksin terbukti berkesan untuk menentang Covid-19, namun tidak dapat dipastikan tempoh masa keberkesanannya.
“Kita ada bukti menerusi gambar rajah dan carta menunjukkan kadar kematian, kadar kemasukkan ke hospital dan kes jangkitan harian telah menurun dari paras tertinggi direkodkan pada Ogos 2021 sehingga sekarang disebabkan vaksinasi yang rancak dan liputan luas,” katanya menjawab soalan MalaysiaNow.
“Ini adalah bukti berdasarkan sains. Apabila keberkesanan vaksin itu menurun, kita akan tambah balik menerusi suntikan penggalak untuk pastikan tahap imunisasi berada di tahap optimum.”
Dalam pada itu, Sharifa menyarankan supaya kerajaan menumpukan kepada usaha meluaskan liputan dos penggalak atau suntikan ketiga berbanding memperkenalkan dos keempat.
“Bukannya dos keempat itu tidak perlu, cuma sekarang bukan masanya. Suntikan ketiga patut jadi tumpuan utama, tambah-tambah lagi disebabkan isu banjir pada masa ini,” katanya.
Menurutnya, dos ketiga seharusnya ditumpu kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) kerana keadaan mereka berada di situ secara berkelompok dan terdedah risiko penularan kes jangkitan Covid-19.
Mengulas mengenai suntikan dos keempat, beliau berkata, ada kemungkinan vaksin Covid-19 akan lebih kurang sama seperti vaksin Influenza yang mana terdapat pelbagai jenis vaksin disediakan untuk menentang penularan virus tersebut.
“Kita pun tidak pasti sama ada terdapat varian baru akan muncul pada masa hadapan.
“Malah, vaksin influenza pun tidak semua orang ambil. Yang penting kita terus amalkan SOP seperti memakai pelitup muka dan elakkan berada di kawasan sesak,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/debat-berhubung-dos-penggalak-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Semula Kaunter Walk In Dos Penggalak Tumpu Warga Emas Kata Doktor

Buka Semula Kaunter Walk In Dos Penggalak Tumpu Warga Emas Kata Doktor

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 254 hits
Kerajaan seharusnya menggunakan sebaik mungkin jaringan klinik swasta yang sudah tersedia berbanding tertumpu kepada PPV mega atau klinik terpilih menurut seorang doktor PETALING JAYA Seorang pakar kesihatan awam menggesa kerajaan membuka s...
Pergi Umrah Tak Vaksin Saya Dah Lengkap 2 Dos Termasuk Penggalak Kata Tuan Ibrahim

Pergi Umrah Tak Vaksin Saya Dah Lengkap 2 Dos Termasuk Penggalak Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 185 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan ke Tanah Suci menunaikan umrah ketika beberapa negeri dilanda banjir baru baru ini PETALING JAYA Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan bukti bagi menafikan tuduhan pihak tertentu ya...
Hiburan Pemberian Dos Penggalak Ke 4 Akan Dikaji Keperluan Kepada Rakyat Khairy Jamaluddin

Hiburan Pemberian Dos Penggalak Ke 4 Akan Dikaji Keperluan Kepada Rakyat Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 249 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa kumpulan teknikalnya sedang mengkaji keperluan untuk memberikan suntikan dos penggalak ke 4 kepada rakyat Malaysia Ujar Khairy kumpulan teknik...
Bah Besar Luar Jangka Berpotensi Berulang Kata Pakar

Bah Besar Luar Jangka Berpotensi Berulang Kata Pakar

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 146 hits
January 7 2022 Limpahan banjir dan tanah runtuh yang pada asasnya merupakan elemen normal tindak balas eksogen berubah skala menjadi sesuatu yang besar serta bersifat bencana apabila tanah diteroka secara tidak terkawal kata pakar geologi N...
Suntikan Dos Penggalak Lepasi 6 Juta

Suntikan Dos Penggalak Lepasi 6 Juta

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 193 hits
BERNAMA 97 6 populasi dewasa Malaysia lengkap menerima suntikan vaksin Covid 19 Remaja sekolah menerima vaksinasi sejak kerajaan melancarkan PICK remaja pada awal September Sebanyak 22 855 374 individu atau 97 6 populasi dewasa di negara in...
Percepat Dos Penggalak Elak Sistem Kesihatan Negara Lumpuh

Percepat Dos Penggalak Elak Sistem Kesihatan Negara Lumpuh

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 342 hits
Oleh Zuhayati YazidTetap perlu waspada meski simptom Omicron tak ganas seperti Delta BANGI Pemberian dos penggalak perlu dipercepatkan kerana bukan sahaja mengekang penularan dan lonjakan kes sebaliknya dapat menyelamatkan sistem kesihatan ...
Penarikan Tauliah Hanya Ujian Allah Kata Dusuki

Penarikan Tauliah Hanya Ujian Allah Kata Dusuki

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 222 hits
Pemimpin PAS Ahmad Dusuki Abdul Rani menyifatkan langkah Majlis Agama Islam Selangor menarik balik serta menamatkan tauliah mengajar kepada aktivis politik hanya melebarkan lagi jurang di kalangan umat Islam Malah Ahli Jawatankuasa Pusat PA...
Serangan Jantung Tak Kira Usia Berkait Gaya Hidup Dan Pemakanan Kata Pakar

Serangan Jantung Tak Kira Usia Berkait Gaya Hidup Dan Pemakanan Kata Pakar

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 168 hits
Seorang pakar kesihatan berkata golongan muda lingkungan umur bawah 40 tahun juga kini sudah menghidapi penyakit tiga serangkai iaitu darah tinggi kolestrol dan kencing manis PETALING JAYA Seorang pakar kesihatan mengakui statistik golongan...
Dos Penggalak Pfizer Az Boleh Diberi 3 Bulan Selepas Suntikan Kedua

Dos Penggalak Pfizer Az Boleh Diberi 3 Bulan Selepas Suntikan Kedua

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 215 hits
Tempoh antara dos kedua dan suntikan penggalak untuk kedua dua vaksin itu pada asalnya ditetapkan selama enam bulan Vaksinasi penggalak mula diberikan kepada penerima vaksin lengkap bagi mengekalkan tahap imuniti melawan virus Covid 19 yang...
Pakaian Pengantin Traditional Minang

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Turn Your Startup Dream To Reality

Pusingan U Dasar Jejas Kredibiliti Kerajaan Kata Penganalisis

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Risiko Pembedahan Kanser Tiroid Semasa Mengandung


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Jom Cari Kerja How To Find Jobs In Malaysia With Google

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Number Of Sarawak Flood Victims Almost Doubles To 5 385

Thursday Jokes 249