Pengundi Slim Pilih Wakil Rakyat Baru Hari Ini


Faiz Zainudin
-August 29, 2020 8:11 AM
PRK DUN Slim ialah pilihan raya kedua berlangsung dalam suasana kebiasaan baru susulan wabak Covid-19 selepas PRK DUN Chini bulan lepas.
SLIM: Selepas 14 hari berkempen, maka hari ini seramai 23,094 pengundi di Slim akan membuat pilihan siapakah yang bakal mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.

Tiga calon yang bertanding adalah daripada Barisan Nasional (BN), iaitu ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang menggunakan simbol pokok mewakili kem bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang turut disokong Pakatan Harapan (PH) dan seorang lagi calon Bebas, Santhara Sekaran Subramaniam, bekas guru, yang menggunakan simbol buku.

Calon BN turut didukung rakan gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk PPBM.

Kesemua 12 pusat mengundi dengan 54 saluran mula dibuka jam 8 pagi ini dan dijangka tutup jam 5.30 petang.

Seramai 689 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilantik untuk mengendalikan PRK tersebut.

Sementara itu proses pengundian awal bagi PRK itu berlansung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dekat Slim River pada 25 Ogos lalu, membabitkan 267 pengundi daripada 23,094 orang yang layak mengundi melibatkan anggota polis dan pasangan mereka.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjong Malim, di sini.

Sebelum ini SPR telah menghantar kad pengundi kepada 23,094 pengundi DUN Slim sejak 10 Ogos.

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata, inisiatif itu adalah usaha untuk menggalak dan memudahkan pengundi keluar mengundi.

Beliau berkata, pada PRK Slim kali ini, SPR meletakkan maklumat “Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan” pada kad pengundi.

SPR menjangkakan 70% pengundi akan keluar mengundi, manakala keputusan PRK itu dijangka diumumkan sebelum jam 10.00 malam ini.

Kempen PRK Slim kali ini menguna pakai peraturan yang ketat susulan penularan wabak Covid-19.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga ketua Umno Tanjung Malim, pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Khusairi menang kerusi tersebut pada pilihan raya umum ke-14 selepas menewaskan calon PPBM Mohd Amran Ibrahim dan PAS, Zulfadli Zainal, dengan majoriti 2,183 undi.

PRK DUN Slim ialah pilihan raya kedua berlangsung dalam suasana kebiasaan baru susulan wabak Covid-19 selepas PRK DUN Chini bulan lepas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/pengundi-slim-pilih-wakil-rakyat-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Kes Baru Covid 19 Hari Ini

11 Kes Baru Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 496 hits
Sebanyak 11 kes baru Covid 19 dicatatkan hari ini berbanding 8 pesakit sembuh Ini menjadikan 9 038 pesakit pulih daripada keseluruhan 9 317 kes Covid 19 setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya satu daripad...
Ingin Tantangan Baru Manajer Bank Ini Pilih Jadi Petani Dan Peternak

Ingin Tantangan Baru Manajer Bank Ini Pilih Jadi Petani Dan Peternak

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 395 hits
Kenny Soon We Hong seorang manajer bank mengundurkan diri dari pekerjaannya Ia justru lebih memilih menjadi petani dan peternak di kampung halamannya di Bakri Distrik Muar Selangor Malaysia Kenny dikabarkan memiliki gaji cukup besar dan men...
Coba Buka Lembaran Baru Jessica Iskandar Pilih Pindah Dan Menetap Di Bali Bersama El Barack

Coba Buka Lembaran Baru Jessica Iskandar Pilih Pindah Dan Menetap Di Bali Bersama El Barack

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 191 hits
Setelah batal menikah dan menderita autoimun Jedar sepertinya butuh suasana baru untuk kembali bangkit Semangat Jedar dan El
Dap Pecat Lapan Ahli Sokong Wakil Rakyat Lompat Parti

Dap Pecat Lapan Ahli Sokong Wakil Rakyat Lompat Parti

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR DAP memecat serta merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri Buntong A Sivasuramaniam yang mengumumkan keluar DAP dan menyertai Parti Gerakan pada 26 Jun lepas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DA...
Kenapa Kkm Baru Maklum Hari Ini Menteri Bayar Kompaun 7 Ogos

Kenapa Kkm Baru Maklum Hari Ini Menteri Bayar Kompaun 7 Ogos

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 333 hits
2020Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia kenapa baharu hari ini memberitahu orang ramai bahawa kompaun telah dikeluarkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khair...
Ph Tidak Terlibat Secara Langsung Prk Slim Tidak Cerminkan Mood Sebenar Rakyat Dalam Pru

Ph Tidak Terlibat Secara Langsung Prk Slim Tidak Cerminkan Mood Sebenar Rakyat Dalam Pru

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 268 hits
Kemenangan besar calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Slim kelmarin bukankah cerminan sebenar sokongan rakyat kepada parti pro kleptokrasi itu dan tidak semestinya BN akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang...
Covid 19 1 Kematian 17 Kes Baru Dan 2 Kluster Baru Hari Ini

Covid 19 1 Kematian 17 Kes Baru Dan 2 Kluster Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 379 hits
Dua kluster baru dikesan manakala satu kematian dan 17 kes baru Covid 19 dilaporkan hari ini Dua kluster baru itu ialah kluster MV Glen di Selangor dan kluster Telaga di Kedah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematia...
Ngawur Pilih Vaksin Sama Saja Pertaruhkan Nyawa 250 Juta Rakyat Indonesia

Ngawur Pilih Vaksin Sama Saja Pertaruhkan Nyawa 250 Juta Rakyat Indonesia

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 305 hits
Semenjak menjadi presiden Joko Widodo tidak jarang membuat kebijakan yang ngawur Kengawuran demi kengawuran yang telah terjadi memang belum berbuntut fatal bagi rakyat Indonesia Pengalamannya pemerintahan Jokowi sering kali ngawur dalam keb...
Memang Hampir Semua Dari Era Bn Ph Bukan Issue Projek Baru Sbb Rakyat Dalam Industri Binaan Diminta Ikat Perut 2 Tahun

Memang Hampir Semua Dari Era Bn Ph Bukan Issue Projek Baru Sbb Rakyat Dalam Industri Binaan Diminta Ikat Perut 2 Tahun

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 267 hits
ZUBAIDI SUDINTakkan lupa Kami dalam industri pembangunan dan binaan diminta ikat perut 2 tahun sejak 2018 selepastu PH ghuyub haha Memg terbaik pembongkaran ini dan memg ia legasi BN dan PH hanya teruskan dan kebykannya dapat kpd kontraktor...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl