Covid 19 1 Kematian 17 Kes Baru Dan 2 Kluster Baru Hari Ini


Dua kluster baru dikesan, manakala satu kematian dan 17 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini.
Dua kluster baru itu ialah kluster MV Glen di Selangor dan kluster Telaga di Kedah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian ke-126 itu membabitkan warganegara berusia 75 tahun di Kedah.
Katanya, lelaki yang mempunyai latar belakang penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung itu, tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
“Beliau mula mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 7 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bagi jangkitan paru-paru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu dibenarkan keluar hospital pada 18 Ogos lalu, tetapi kembali mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 21 Ogos dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah pada 24 Ogos.
Katanya, ujian saringan menunjukkan beliau positif Covid-19 dan kesihatannya semakin merosot sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.10 petang semalam.
Hisham berkata, 17 kes baru membabitkan 2 penularan tempatan dan 15 kes import.
Katanya, 15 kes import itu membabitkan 11 warganegara dan 4 warga asing yang pulang dari India (12 kes di Kuala Lumpur), Arab Saudi (2 kes di Kuala Lumpur) dan Jepun (1 kes di Sarawak).
Beliau berkata, kes jangkitan tempatan pula membabitkan 2 warganegara, masing-masing seorang di Selangor yang merupakan kontak rapat kes positif ke-9,286 dan seorang lagi di Kedah yang merupakan kontak rapat kes positif ke-9,284.
Hisham berkata, 10 pesakit sembuh hari ini dan 160 pesakit masih dirawat di seluruh negara dengan 5 daripada 7 yang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Kluster baru
Hisham berkata, kluster MV Glen membabitkan sebuah kapal di Pelabuhan Klang, manakala kluster Telaga di Kedah dikenal pasti di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Katanya, kes pertama kluster MV Glen ialah kes import membabitkan seorang kru warga asing kapal itu yang dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Ogos lalu, manakala kes ke-2 ialah kes tempatan membabitkan seorang warganegara yang juga ejen dilantik syarikat perkapalan.
Selain 2 individu yang positif itu, 6 lagi yang disaring sehingga hari ini didapati negatif.
“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan.”
Beliau berkata, kluster Telaga terdiri daripada 2 petugas kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah yang tidak terbabit dalam jagaan pesakit Covid-19.
Katanya, 374 orang termasuk ahli keluarga, kakitangan hospital dan individu lain disaring setakat ini, dengan hanya 2 daripadanya disahkan positif Covid-19.
Beliau berkata, punca jangkitan masih dalam siasatan, tetapi ia disyaki mungkin berpunca daripada kalangan komuniti.
“Perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah tidak terjejas dan tetap berjalan seperti biasa.
“Sebagai langkah kawalan, lebih banyak saringan tertumpu di hospital akan dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti pembersihan dan proses nyah kuman juga telah dijalankan di premis berkaitan.” FMT
The post Covid-19 : 1 kematian, 17 kes baru dan 2 kluster baru hari ini appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/30/covid-19-1-kematian-17-kes-baru-dan-2-kluster-baru-hari-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

Covid 19 Sebanyak 10 Kes Di Lapor Hari Ini Tiada Kematian Atau Pun Kluster Baharu

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 317 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 10 kes baharu Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 10 kes sembuh hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 10 kes baharu itu 8 adalah kes import dan 2 penularan temp...
Covid 19 Tiada Kes Baharu Kluster Tawar Hari Ini

Covid 19 Tiada Kes Baharu Kluster Tawar Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 338 hits
SHAH ALAM 24 OGOS Kementerian Kesihatan mengesan tiada kes baharu Covid 19 dilaporkan bagi Kluster Tawar hari ini Ketua pengarah kesihatan berkata bagaimanapun saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan seperti biasa Se...
Covid 19 Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

Covid 19 Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Selepas merekodkan satu kematian semalam COVID 19 meragut satu lagi nyawa hari ini menjadikan jumlah kematian dalam negara akibat pandemik meningkat kepada 127 kes Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
11 Kes Baru Covid 19 Hari Ini

11 Kes Baru Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 437 hits
Sebanyak 11 kes baru Covid 19 dicatatkan hari ini berbanding 8 pesakit sembuh Ini menjadikan 9 038 pesakit pulih daripada keseluruhan 9 317 kes Covid 19 setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya satu daripad...
Kematian Akibat Covid 19 Cecah 127 Kes Hari Ini

Kematian Akibat Covid 19 Cecah 127 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 224 hits
MALAYSIA mencatatkan satu lagi kematian baharu akibat Covid 19 hari ini nbsp Kematian hari ini adalah kes kematian kedua dalam tempoh nbsp dua hari berturut turut Kes terbaharu itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan adalah 127 orang Kem...
1 Kematian 2 Kluster Baru Covid 19 Dikesan

1 Kematian 2 Kluster Baru Covid 19 Dikesan

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 243 hits
PETALING JAYA Dua kluster baru dikesan manakala satu kematian dan 17 kes baru Covid 19 dilaporkan hari ini Dua kluster baru itu ialah kluster MV Glen di Selangor dan kluster Telaga di Kedah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah b...
Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

Covid 19 Lima Kes Baharu Di Catat Hari Ini Tiga Dalam Negara Dan Dua Lagi Kes Import

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 259 hits
PUTRAJAYA Kes positif COVID 19 hari ini terus mencatatkan satu angka dengan hanya lima kes baharu tiga daripadanya adalah penularan dalam negara manakala dua lagi adalah kes import Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah be...
Covid 19 Enam Kes Positif Baharu Dengan Lima Penularan Tempatan Hari Ini

Covid 19 Enam Kes Positif Baharu Dengan Lima Penularan Tempatan Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Enam kes positif Covid 19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas dengan lima melibatkan penularan dalam negara kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata perkembangan terbaharu hingga 12 tengah h...
Covid 19 Hanya 5 Kes Positif Dikesan Hari Ini

Covid 19 Hanya 5 Kes Positif Dikesan Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR 1 Muharram 1442H Khamis Hanya lima kes positif COVID 19 baharu direkodkan sehingga 12 tengah hari ini kesemuanya kes import kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata perkembangan terbaharu itu...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih