Pengsan Lepas Nikah Janda 18 Tahun
Al kisah seorang duda berumur 36 tahun yang kematian isteri 3 tahun lepas termenung panjang di anjung rumah. Nama si duda ni Usin..
Satu hari Lebai Ahmad lalu didepan rumah Usin.
Tegur Lebai Ahmad "Naper kau ni Usin? Macam orang tak terurus aku tengok".
"Biasa la Lebai Mat.. Hidup bujang ni takda sapa nak uruskan makan minum.." kata Usin.
"Kesian pulak aku tengok kau ni.. kau ada hajat nak kawin lagi ke Usin?" Tanya Lebai Ahmad.
"Ada ke orang nakkan saya Lebai Mat.. Kalau ada boleh juga...." ujarnya dengan nada miang
"Kalau kau setuju ada sorang janda 18 tahun sedara dengan bini aku.. kesian aku tengok dia sunyi sorang diri.." kata Lebai Ahmad
Serta merta wajah Usin terus ceria gelojoh sambil menjawab.. "Boleh gak lebai Mat eerrr..."
"Kalau macam tu.. esok kita pegi tengok sambil merisik.. amacam?"
"Tak payah risik risik la lebai Mat .. kira jadi jer la.. lebai mat uruskan jer.. berapa kos saya bayar." Nada gelojoh Usin.
"Sabor.. sabor..Usin.. issskk!! kau ni.. tak menyesal ke tak tengok dulu..
"Saya percayakan Lebai Mat 200%".. Kira jadik je.. Yang penting dalam bulan ni juga nikah...ujar Usin.
"Err.. sapa nama dia lebai Mat "
"Midah.." jawab lebai Mat ringkas.
"Fuhhh.. JANDA 18 tahun.. mana nak dapat weeii.." jerit Usin dengan gembiranya.
Dua minggu kemudian..
Majlis akad nikah diuruskan oleh lebai Ahmad dengan sederhana sahaja maklum lah nikah janda dengan duda je.
Usin melafazkan nikah dengan sekali lafaz dan senafas sahaja. Memang hebat.
Selesai sahaja akad nikah.. Usin pun masuk bilik untuk berjumpa dengan Midah "isteri" barunya .
Tiba tiba hadirin dimajlis itu terdengar Usin menjerit bagai orang kerasukan jin sambil menerpa lebai Ahmad yang sedang minum kopi herba keluaran wakchai..
"Lebai Mat... kau tipu aku".
"Nanti Usin.. sabar.. sabar.. naper marah aku pulak ni.."
"Lebai Mat tipu saya.. Dulu kata Midah ni JANDA umur 18 tahun.. Kenapa Midah yang ni dah macam NENEK saya?"..
"Usin.. aku tak pernah cakap midah ni JANDA umur 18 tahun.. Yang aku cakap Midah ni JANDA 18 tahun, masa suami dia mati dulu umur dia dah 50 tahun.. dah 18 tahun dia menjanda.. kesian kat dia Usin oooo.."
"Huwaaaaaaa......huwaaa.. ."
Usin terus pengsan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bicaramentari.blogspot.com/2019/01/jui.html