Pengorbanan Seorang Ibu Rela Cucuk Perut Dan Punggung Hari Hari Untuk Mengandung


Selama lima tahun usia perkahwina, pasangan ini tidak henti-henti diajukan soalan bila mahu menimang cahaya mata. Bahkan pada setahun pertama, Izyan Syamimi Izman, 27, sering menangis apabila sering ditanya tentang anak. Masuk usia perkahwinan mereka tiga tahun Mimi dan suaminya Muhammad Izzam Kayat, 30, mula berbincang untuk mencari solusi kepada masalah mereka.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil. Penantian selama lima tahun dikurniakan dengan dua cahaya mata kerana kesabaran mereka. Pada penghujung tahun lepas, Inara Zaina Muhammad Izzam dan Idlan Zahin Muhammad Izzam, 5 bulan, (ketika sesi fotografi dibuat) selamat dilahirkan hasil kehamilan IVF.

Suami Isteri Ada Masalah
“Masuk tahun ketiga perkahwinan kami, saya dan suami berbincang untuk mendapatkan anak. Kami ke klinik pakar untuk mendapatkan nasihat doktor. Hasil ujian yang dibuat menunjukkan kami berdua mempunyai masalah kesuburan. Ketika itu sekitar tahun 2016, doktor cadangkan agar kami buat rawatan IUI. Terbuka dengan sebarang cadangan, kami pun cuba tetapi gagal,” kata Mimi memulakan bicara.
Sedih dan kecewa dengan keputusan ujian IUI, pasangan ini memutuskan untuk berehat selama setahun sebelum mencuba untuk hamil semula. Dalam usahanya untuk mengandung, Mimi mengikuti sebuah grup sokongan IVF dan suatu hari ada iklan tentang seminar kesuburan akan diadakan. Mimi kemudiannya mengajak suaminya untuk mengikuti seminar ini kerana merasa sudah bersedia untuk cuba mengandung sekali lagi.
Ketika seminar tersebut diadakan adalah pada bulan November. Mengikuti seminar tersebut banyak memberi pendedahan kepada pasangan ini dan mereka terus membuat temu janji untuk membuat ujian kesuburan sekali lagi pada bulan Disember.

Mula Jalani Rawatan
Memandangkan kedua-dua mereka mempunyai masalah kesuburan, doktor memulakan rawatan dengan pengambilan ubat selama tiga bulan. Apabila keadaan mereka berdua sudah cukup bersedia, Mimi memulakan rawatan dengan suntikan selama sebulan. Mimi memerlukan dua jenis suntikan iaitu suntikan di perut dan di punggung kerana masalah PCOS yang dihidapinya.
Memandangkan Mimi seorang juru rawat, mengambil suntikan tidk menjadi masalah kepadanya. Dua jenis suntikan ini bermula Mac 2018 sehingga April 2018. Suntikan di perut perlu dibuat sekali sehari memberi kesan lebam di bahagian itu. Bahagian punggung pula perlu disuntik sebanyak sekali seminggu, Mimi kuatkan semangat demi mendapatkan anaknya sendiri.
Ketika membuat rawatan, doktor mengesahkan ada lima telurnya yang matang. Semasa proses percantuman dibuat, empat sahaja yang elok. Kemudian tinggal tiga telur yang sihat. Mimi dan Izzam ketika itu bersedia dengan kemungkinan sama ada akan mengandung kembar tiga, dua atau anak seorang. Pada awal waktu rawatan, Mimi dan Izzam ada temu janji bersama doktor setiap dua minggu. Selepas sebulan, jelas kelihatan Mimi hamil anak kembar. Pada usia kandungan 15 minggu ketika mereka membuat ujian imbasan terperinci, pasangan ini dikejutkan dengan berita kembar lelaki dan perempuan
Ditahan Di Wad Kerana Mabuk Teruk
“Saya mengalami mabuk teruk sehingga lebih kurang enam minggu usia kehamilan. Teruk sangat waktu itu. Makanlah apa pun, akan keluar semula. Saya tetap makan untuk dapatkan tenaga kerana saya masih perlu ambil ubat dan disuntik pada punggung. Waktu itu, berat badan saya turun sehingga 10 kg. Badan pun nampak susut. Masuk trimester kedua baharulah elok sikit dan boleh makan,” cerita Mimi.

Pun begitu, sebaik usia kandungan enam bulan, Mimi mengalami masalah bengkak yang serius. Bahagian kaki, tangan dan wajahnya mulai membengkak dan menyukarkan Mimi untuk bergerak. Ketika kehamilannya masuk lapan bulan, Mimi pun mengambil cuti tanpa gaji.
Suami Jaga Dalam Pantang
Sebaik sahaja mhu melahirkan, didapati air kencing Mimi mengandungi jumlah protein yang tinggi. Ketika melahirkan Inara tiada sebarang masalah. Tidak sempat Idlan keluar, tekanan darah Mimi naik mendadak sehingga bacaan mencecah 200. Tidak sedarkan diri, hanya berjumpa dengan kedua-dua bayinya selepas sehari melahirkan.

“Saya bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, suami banyak membantu. Dia amcbil cuti seminggu. Habis cuti, sebelum ke pejabat dia akan pastikan anak-anak sudah dimandikan dan makanan untuk saya sudah tersedia. Memandangkan emak dan ibu mertua saya duduk berhampiran dengan kami, mereka bergilir-gilir datang untuk menjaga saya. Yang selebihnya, semuanya suami akan buat untuk saya,” cerita Mimi.
Inara dan Idlan masih menyusu badan sehingga sekarang. Rezeki kembar ini kerana susu badan Mimi banyak dan mencukupi untuk kedua-duanya. Sepanjang proses rawatan untuk mendapatkan kembarnya itu, pasangan ini berhabis sekitar RM15,000. Kata Mimi, dia nekad berbuat apa sahaja asalkan dapat melahirkan zuriatnya sendiri dan kini mereka bersyukur dikurniakan dua orang anak yang comel dan sihat.
The post Pengorbanan Seorang Ibu, Rela Cucuk Perut Dan Punggung Hari-Hari Untuk Mengandung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mimi-rela-cucuk-perut-dan-punggung-semata-mata-untuk-dapatkan-zuriat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kopi Memang Sedap Tapi Ini Kadar Kopi Yang Selamat Untuk Diambil Oleh Ibu Mengandung

Kopi Memang Sedap Tapi Ini Kadar Kopi Yang Selamat Untuk Diambil Oleh Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 260 hits
Setiap orang pasti mempunyai minuman kegemaran tersendiri Namun antara minum kegemaran yang menjadi pilihan ramai ialah kopi Seperti yang kita tahu kopi ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri Bagaimanapun ia juga boleh mendatangkan mudar...
Dakwaan Dera Oku Ibu Abang Direman Empat Hari

Dakwaan Dera Oku Ibu Abang Direman Empat Hari

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 235 hits
KANGAR 21 Julai Seorang wanita dan anak lelakinya direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes dera melibatkan remaja perempuan orang kelainan upaya berusia 14 tahun di Mata Ayer di sini Perintah tahanan reman itu dikeluarka...
Sekejapnya Allah Pinjamkan Ibu Reda Anak 2 Hari Pergi Dulu Kerana Jangkitan Paru Paru

Sekejapnya Allah Pinjamkan Ibu Reda Anak 2 Hari Pergi Dulu Kerana Jangkitan Paru Paru

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 502 hits
Sekejapnya dipinjamkan tidak sempat mencurahkan kasih sayang si kecil yang dikandung pergi dulu 2 hari yang ada sangat berharga ibu ini reda bayinya dijemput Allah kerana jangkitan kuman pada paru paru Catatan ibu ini amat menyentuh hati Se...
Lepas Bersalin Perut Masih Buncit Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini

Lepas Bersalin Perut Masih Buncit Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 749 hits
Rawatan dan penjagaan tradisional masyarakat Melayu selepas bersalin telah diamalkan sejak bertahun tahun lamanya Ia adalah usaha holistik yang terdiri dari beberapa amalan digabungkan bersama penggunaan herba bermula daripada hari pertama ...
Ibu Ini Kongsi Cara Latih Anak Tak Pakai Lampin Dalam Masa 3 Hari Bolehlah Cuba

Ibu Ini Kongsi Cara Latih Anak Tak Pakai Lampin Dalam Masa 3 Hari Bolehlah Cuba

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 413 hits
Bila anak semakin besar mulalah terfikir bila nak latih dia tak payah pakai pampers lagi Jimat kos ibu Tapi kadangkala terasa macam tak sempat atau belum bersedia untuk melatih si kecil Padahal si kecil sendiri sudah memberitahu keinginanny...
Puluhan Ekor Paus Disembelih Perut Si Ibu Dibelah Anak Ditarik Keluar Demi Sambut Perayaan Di Pulau Ini

Puluhan Ekor Paus Disembelih Perut Si Ibu Dibelah Anak Ditarik Keluar Demi Sambut Perayaan Di Pulau Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 352 hits
Warna laut bertukar merah kerana darah yang mengalir apabila sebanyak 23 ikan paus disembelih oleh sekumpulan manusia lapor Mirror pada Isnin lepas Lebih mengerikan kelihatan seekor anak paus yang belum lahir dipotong dari rahim ibunya yang...
Jengkel Seorang Ibu Di Boyolali Aniaya Anak Kandung Hingga Tewas

Jengkel Seorang Ibu Di Boyolali Aniaya Anak Kandung Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 239 hits
Mulyanto menerangkan SW menganiaya anaknya dengan cara dicubit dipukul dicakar dan kepalanya dibenturkan ke almarhum Tak hanya sekali penganiayaan tersebut berlangsung selama 4 hari berturut turut di rumahnya hingga meninggal
Ibu Mengandung Tidak Boleh Makan Durian Betul Atau Tidak

Ibu Mengandung Tidak Boleh Makan Durian Betul Atau Tidak

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 516 hits
Ketika ini boleh dikatakan hampir setiap kawasan sudah pasti ada sahaja peniaga yang sedang menjual durian Keenakkannya menjadi kegilaan ramai tanpa mengira bangsa dan peringkat umur Namun pernah tak anda dengar dakwaan yang mengatakan wani...
Fatimah Terima Anugerah Hari Ibu Bapa Peringkat Negeri Kelantan 2019

Fatimah Terima Anugerah Hari Ibu Bapa Peringkat Negeri Kelantan 2019

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 330 hits
Fatimah Yusuf bersama tiga individu lain terpilih menerima penghargaan sempena Hari Ibu Bapa Peringkat Negeri Kelantan 2019 anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menerusi ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico