Lepas Bersalin Perut Masih Buncit Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini


Rawatan dan penjagaan tradisional masyarakat Melayu selepas bersalin telah diamalkan sejak bertahun-tahun lamanya. Ia adalah usaha holistik yang terdiri dari beberapa amalan digabungkan bersama penggunaan herba bermula daripada hari pertama selepas ibu melahirkan anak sehinggalah selepas tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari.
Jangan pernah ambil mudah dengan tempoh pantang. Sakit bukan sekarang tetapi apabila tua nanti. Kalau ibu betul-betul amalkan berpantang selepas bersalin ini, pasti badan boleh kembali macam zaman anak dara.

Menurut Dr Siti Hawa Abdul Karim dari Azzahrah Wellnez Centre, amalan tradisi Melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin (Malay Postnatal Care) perlu di kekalkan dan di tingkatkan kualitinya kerana keberkesanannya dalam membantu ibu-ibu selepas bersalin terbukti sejak turun temurun.
Malahan dengan penjagaan yang optimum, dapat melegakan gangguan emosi seperti tekanan perasaan ringan yang biasa dikenali dengan baby blues, di mana dianggarkan 50 hingga 60 peratus wanita selepas bersalin mengalaminya. Antara signalnya ibu-ibu ni kemurungan, kesedihan, menangis, letih dan sukar tidur dan biasanya akan hilang selepas dua minggu.
1.Urutan tingkatkan susu ibu
Berurut bertujuan untuk melancarkan peredaran darah, membantu pengeluaran darah, angin dan lendir kotor. Urutan juga dapat membantu menghasilkan susu yang lebih berkualiti. Selain daripada itu, melalui kaedah urutan yang betul, secara tidak langsung, dapat menenangkan emosi, menghilangkan rasa lesu dan mengendurkan otot yang tegang. Lazimnya, bahan asas yang digunakan untuk mengurut diperbuat daripada minyak kelapa yang dimasak dengan campuran herba dan akar kayu dan berfungsi sebagai pelincir. Melalui urutan juga boleh meningkatkan kuantiti plasma oksitosin di dalam susu ibu.
2.Bertungku
Bertungku adalah suatu bentuk urutan pada bahagian luar sekitar kawasan peranakan dengan menggunakan pemberat seperti batu sungai atau besi yang mempunyai permukaan licin dan berbentuk rata atau bulat. Pemberat yang dipanaskan akan dibalut dengan kain tebal yang dilapis dengan daun herba tertentu seperti daun mengkudu, pemberat akan dituam perlahan-lahan pada bahagian tertentu tubuh. Amalan ini dipercayai dapat membantu penyembuhan uterus, memecahkan lemak, mencantikkan kulit perut, membantu pengaliran darah, membuang angin, serta mempercepatkan penyembuhan.
3.Berbengkung
Semasa hamil, perut ibu akan mengembang dan tegang akibat memberi ruang kepada tumbesaran bayi dan setelah menjalani proses kelahiran, perut ibu yang mengembang akan jadi menggelembir dan lembik. Bagi mendapatkan semula bentuk tubuh yang ramping, bengkung akan dipakai sepanjang tempoh berpantang. Terdapat beberapa jenis bengkung yang digunakan iaitu bengkung roda, bengkung tali kasut, dan juga bengkung Jawa. Pilih lah mana selesa, asal anda berbengkung!
4.Bertangas
Bertangas dikhususkan untuk merawat kawasan intim. Bertangas terbahagi kepada dua jenis; kering dan basah. Tangas kering menggunakan haba daripada bara arang atau kemenyan yang dibakar manakala tangas basah menggunakan wap air rebusan herba.
5.Mandi daun
Mandi daun bertujuan untuk membersihkan tubuh, menyegarkan dan menghilangkan bau badan.
6.Herba dan kesan terapeutik
Telah banyak kajian dilakukan ke atas tumbuhan herba dan telah membuktikan bahawa tumbuhan tempatan memang mempunyai kesan terapeutik. Generasi muda perlu sedar tentang kepentingan herba ini dan kembali mengamalkan tradisi perubatan yang pernah diamalkan oleh generasi terdahulu antaranya:

Kunyit
Kegunaan kunyit dalam bidang tradisional telah bermula sejak 2500 tahun dahulu. Untuk wanita bersalin pula, minum air perahan kunyit dikatakan boleh menyembuhkan luka bersalin dengan cepat, meningkatkan pengaliran darah ke kulit, membantu melancarkan proses penghadaman dengan mengurangkan angin dalam perut.
Halba
Selain berfungsi untuk memanaskan badan, halba sangat bagus untuk membantu ibu-ibu menyusu. Minum air rebusan halba dikatakan dapat membantu membanyakkan susu ibu
Batang serai wangi
Digunakan sebagai ramuan air mandian mengandungi bioaktiviti antimikrobial.
Daun mengkudu
Mempunyai ciri-ciri aktiviti anti oksidan, anti mikrobial,hipotensif, kesan analgesik dan pengenduran otot rahim

Halia
Mengandungi kesan antibakteria
7.PILIS
Mungkin ramai yang ‘skip’ menggunakannya kerana merasakan ia agak leceh. Namun, memakai pilis daripada bancuhan herba semulajadi ini sangat membantu untuk mengelakkan rasa pening kepala, loya, atau mual. Kini, terdapat ramuan pilis yang telah diformulasikan dalam bentuk minyak atau sapuan yang lebih selesa untuk anda di rumah.

Sumber: www.hiazhealth.com
The post Lepas Bersalin Perut Masih Buncit, Mungkin Ibu Ada Miss 7 Amalan Berpantang Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-bersalin-perut-masih-buncit-mungkin-ibu-ada-miss-7-amalan-berpantang-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepala Lepas Bahu Bayi Tersangkut Ibu Bersalin Indius Kencing Manis Berisiko Tinggi

Kepala Lepas Bahu Bayi Tersangkut Ibu Bersalin Indius Kencing Manis Berisiko Tinggi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 469 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran Bayi patah tulang bahu cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran adalah antara mas...
Macam Macam Anda Lakukan Tetapi Perut Anda Masih Buncit Ini Sebabnya

Macam Macam Anda Lakukan Tetapi Perut Anda Masih Buncit Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 405 hits
PELIK dengan keadaan diri walaupun sudah banyak bersenam tapi keadaan perut yang buncit masih tetap sama Puas berfikir rupanya ini sebab kenapa perut buncit tidak mahu surut Antaranya adalah disebabkan 1 Tekanan Tekanan akan menghasilkan ho...
Anda Pun Buat Silap Sama Ibu Hilang 2 Anak Lepas Ambil Gambar Ini

Anda Pun Buat Silap Sama Ibu Hilang 2 Anak Lepas Ambil Gambar Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 374 hits
Kehilangan anak ujian yang paling hebat bagi insan bergelar ibu Apatah lagi jika dua sekaligus maut dalam kejadian yang menyayat hati Saya masih ingat hari kematian anak anak seperti semalam Saya teringatkan mereka setiap hari sepanjang mas...
Tak Sampai 6 Bulan Lepas Caesar Mengandung Balik Rahim Ibu Terkoyak Boleh Berlaku

Tak Sampai 6 Bulan Lepas Caesar Mengandung Balik Rahim Ibu Terkoyak Boleh Berlaku

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 451 hits
Hamil lagi selepas bersalin ceaserean sebelum tempoh dua tahun seperti disarankan Mama jangan panik baca dulu apa yang dikatakan doktor ini Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean doktor akan menyarankan waktu selamat un...
40 Barang Kemas Lesap Firma Lubnan Mungkin Lepas Pandang Polis

40 Barang Kemas Lesap Firma Lubnan Mungkin Lepas Pandang Polis

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 340 hits
Polis bersedia membenarkan firma itu memeriksa barangan tersebut jika mendapat perintah mahkamah maklum Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram
Mawi Di Masukkan Ke Hospi1tal Mungkin Kemvurungan Ibu Telah Tiada

Mawi Di Masukkan Ke Hospi1tal Mungkin Kemvurungan Ibu Telah Tiada

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 181 hits
Mawi Di Masukkan Ke Hospi1tal Mungkin Kemvurungan Ibu Telah Tiada Mawi Di Masukkan Ke Hospi1tal Mungkin Kemvurungan Ibu Telah Tiada
Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

Selepas Berkahwin Anak Perempuan Masih Ada Tanggungjawab Pada Ibu Bapa Jangan Diabaikan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 481 hits
DALAM satu keputusan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hakim telah memerintahkan seorang wanita yang juga seorang pensyarah bersama suaminya mem beri nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat Pasangan itu juga diperinta...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025