Penghampusan Hutan Adun Sungai Lembing Kesal Kerajaan Pahang Masih Diam Seribu Bahasa




KUANTAN: “Penghapusan hutan atau pembangunan tanah: Di mana Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling EIA?” tanya Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri.
Menurutnya, sudah melebihi 30 hari sejak beliau mula menyuarakan kebimbangan berkenaan satu kawasan hutan dalam Sungai Lembing.
“Sehingga ke hari ini, kerajaan negeri masih lagi berdiam seribu bahasa berkenaan isu ini,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.
Katanya, pembersihan sebuah kawasan yang sangat besar itu beliau anggarkan mungkin melebihi 100 hektar.
“Adakah ini isu kecil? Tidak! “Kenapa?” soal beliau.
Ini, ujarnya kerana pembukaan hutan kepada pengeluaran pertanian melebihi 20 hektar atau pembangunan/pembersihan kawasan bercerun melebihi 25° perlu mematuhi Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tambahnya, laporan EIA perlu disediakan bagi tujuan sebarang aktiviti yang ditetapkan di bawah perintah itu.
“Justeru, persoalannya adalah di mana Laporan EIA bagi kawasan berkenaan?” katanya lagi.
Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 seksyen 34A yang mula berkuatkuasa bermula 7 Julai 2024 memperuntukkan penjara mandatori (tidak melebihi 5 tahun) atas kesalahan gagal mengemukakan Laporan EIA dan mematuhi syarat EIA.
Namun, ujarnya isu yang lebih besar adalah isu banjir yang akan sentiasa melanda kawasan pekan Sungai Lembing, Kuala Kenau dan sekitarnya.
“Benar, projek tebatan banjir sedang berjalan. Namun apa gunanya tebatan banjir andai punca kepada banjir tidak dikawal? Ibarat tikus membaiki labu jadinya nanti.
“Ini bukan soal kita ‘parti derita rakyat’. Ini soal yang bakal tanggung derita adalah rakyat,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerajaan negeri tidak berterusan mengambil sikap sambil lewa dan segera menjawab segala persoalan yang timbul.
Pada 15 Oktober lalu, beliau telah bertemu dengan Pengarah Perhutanan negeri susulan kawasan hutan Sungai Lembing yang dibersihkan itu.
Pertemuan bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai kawasan hutan yang telah dibersihkan sebelum ini.
Menurutnya, makluman yang beliau terima melalui pertemuan tersebut, kawasan yang terlibat bukanlah di bawah seliaan Jabatan Perhutanan negeri.
Malahan, jelasnya tiada sebarang lesen pengeluaran balak dikeluarkan bagi kawasan tersebut dan hutan tersebut juga bukanlah di bawah status Hutan Simpan Kekal (HSK).
Justeru, katanya persoalan yang timbul ialah siapa pemilik tanah berkenaan dan di bawah kawal selia siapa.
“Apa status guna tanah kawasan berkenaan sehingga dibersihkan kawasan tersebut?
“Apa kajian yang dijalankan sebelum dibersihkan kawasan tersebut? Untuk projek apa, dan lain-lain lagi,” ujarnya. #Harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/penghampusan-hutan-adun-sungai-lembing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Andanasura Projek Perumahan Prima Pahang Sungai Karang Masih Gagal Di Siapkan Mengikut Jadual

Andanasura Projek Perumahan Prima Pahang Sungai Karang Masih Gagal Di Siapkan Mengikut Jadual

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Pihak kerajaan dan pihak pemaju diminta untuk menyelesaikan isu projek perumahan Prima Pahang Sungai Karang yang masih lagi belum dapat disiapkan mengikut jadual asal Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Andansura Rabu berkata proje...
Orang Asli Sungai Lembing Dakwa Kehilangan Punca Pendapatan Kawasan Rayau Dipajak 30 Tahun

Orang Asli Sungai Lembing Dakwa Kehilangan Punca Pendapatan Kawasan Rayau Dipajak 30 Tahun

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 281 hits
KUANTAN Sejak kira kira 50 tahun lalu kawasan rayau seluas 121 4 hektar berhampiran perkampungan Orang Asli Sungai Mas dekat Sungai Lembing dekat sini seperti syurga untuk komuniti Orang Asli mencari rezeki Banyak rotan akar kayu dan pelbag...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Mencatatkan Pungutan Hasil Lebih Rm1 Bilion Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 233 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mencatatkan pungutan hasil lebih RM1 bilion pada tahun ini melepasi sasaran untuk tiga tahun berturut turut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata lebihan kos perbelanjaan negeri akan dimanfaati...
Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

Isu Punggah Bauksit Di Kuantan Kerajaan Pahang Sedia Berikan Kerjasama Penuh Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam siasatan membabitkan kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sek...
Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 200 hits
ROMPIN PAS Pahang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat menerusi pembinaan Rumah Budi 3 0 walaupun tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri Rohaya Razali ke...
Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

Isu Jual Tanah Di Gebeng Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang Undang Terhadap Andansura

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pa...
Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

Sultan Pahang Seru Kerajaan Haram Vape Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 197 hits
FMT ReportersAl Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah titah kerajaan tidak perlu menimbang bagi haramkan penggunaan vape yang menyumbang ketagihan dadah Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah zahir kebimbangan salah guna dadah makin meningkat did...
Ceramah Di Lanchang Habislah Kerajaan Pahang Tumbang Tengkorak Mu Kedah Nak Tumbang Hang Tak Tau

Ceramah Di Lanchang Habislah Kerajaan Pahang Tumbang Tengkorak Mu Kedah Nak Tumbang Hang Tak Tau

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 207 hits
Menarik ceramah PAS di Lanchang Pahang semalam menampilkan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang begitu yakin UMNO Pahang akan sokong pembentukan kerajaan baru di Pahang Demi perpaduan UMMAH dan Melayu Isley katanye 1 Hang ingat umn...
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Buka 1 877 Kertas Siasatan Babit Kerugian Rm81 Juta

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Buka 1 877 Kertas Siasatan Babit Kerugian Rm81 Juta

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 203 hits
KUANTAN Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang telah membuka 1 877 kertas siasatan melibatkan kerugian berjumlah RM81 juta sejak bulan Januari sehingga Oktober tahun ini Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman jumlah kes yang ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point