Orang Asli Sungai Lembing Dakwa Kehilangan Punca Pendapatan Kawasan Rayau Dipajak 30 Tahun




KUANTAN: Sejak kira-kira 50 tahun lalu, kawasan rayau seluas 121.4 hektar (299 ekar) berhampiran perkampungan Orang Asli Sungai Mas, dekat Sungai Lembing dekat sini seperti 'syurga' untuk komuniti Orang Asli mencari rezeki.
Banyak rotan, akar kayu dan pelbagai jenis herba mudah diperoleh untuk dijadikan bahan dagangan suku kaum Jakun dan Mahmeri yang menetap di situ.
Namun sejak awal tahun ini, kawasan rayau berkenaan dikatakan mula dibersihkan oleh syarikat yang mendapat hak milik pajakan 30 tahun daripada Kerajaan Pahang.
Bagi Abu Junos, 50, hampir 100 keluarga Orang Asli yang menetap di sekitar kawasan berkenaan kehilangan sumber pendapatan sampingan mereka.
"Dulu hutan ini tempat kami cari makan, tempat kami cari rotan, sumber bila nak cari rezeki kat sinilah.
"Sekarang ini nampak dah terang benderang, jadi tak ada apalah yang kami nak cari lagi," katanya ketika ditemui ketika meninjau kawasan itu bersama wakil NGO Makmur Relief, Rahmat Yahya, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri.




Ditanya mengenai kesan lain dihadapi penduduk setempat, Abu menjelaskan, setiap kali hujan penduduk bimbang dengan ancaman banjir lumpur didakwa akibat pembersihan hutan di situ.
"Memang akan beri kesan besarlah, air ini akan turun terus dan mengakibatkan banjir besar di bahagian hilir seperti Kuala Kenau, Kampung Kolek dan kampung bahagian bawah... jadi memang masalah," katanya.
Sementara itu, Rahmat berkata, pihak berkuasa sepatutnya melakukan sesi libat urus bersama penduduk setempat sebelum meluluskan sebarang projek di kawasan yang mempunyai petempatan penduduk, terutamanya perkampungan Orang Asli.
"Kalau ada sesiapa nak buat pembangunan atau kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan, selain kena ikut prosedur operasi standard, dia juga kena buat libat urus dengan ketua masyarakat, ketua kampung dan belia.


"Biar orang setempat tahu apa projek yang akan dibuat dan kesan kepada mereka.
"Perkara ini penting bagi mengelak berlaku saling tuding-menuding apabila projek itu dimulakan atau apabila projek itu siap," katanya.
Sementara itu, wakil syarikat yang turut bersama dalam tinjauan berkenaan menjelaskan pihaknya mendapat hak milik sementara bagi kerja pertanian di kawasan terbabit.
Yeo Teh Hong memberitahu, surat hak milik itu dikeluarkan pejabat Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada November 2019.
"Hak milik atau pajakan selama 30 tahun ini bermula 2019 hingga 2049 dan tidak timbul isu kerja pembersihan tanah di sini dilakukan secara tidak sah.
"Cadangan asal syarikat kami adalah untuk menanam kelapa sawit, tapi kena tengok dulu kesesuaian permukaan tanah dan mungkin kami akan tukar dengan tanaman kelapa pandan dan nanas," jelasnya.
Aktiviti pembersihan tanah di situ mula didedahkan Ayub pada awal bulan lalu, selepas menerima aduan daripada pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Menurut Ayub, pihak PGA mendakwa kawasan hutan berkenaan sering digunakan untuk tujuan latihan dan operasi pasukan berkenaan.
"Saya pun dah hantar soalan kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertanyakan hal ini pada 5 Oktober lalu, namun sehingga hari ini, belum menerima sebarang maklum balas," katanya.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi daripada pihak kerajaan negeri berhubung isu tersebut. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/11/orang-asli-sungai-lembing-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Sungai Lembing Gesa Kerajaan Negeri Pahang Beri Penjelasan Mengenai Pembersihan Hutan

Adun Sungai Lembing Gesa Kerajaan Negeri Pahang Beri Penjelasan Mengenai Pembersihan Hutan

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 87 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa untuk segera memberikan penjelasan mengenai pembersihan kawasan Hutan Sungai Lembing yang telah berlangsung hampir 20 hari tanpa sebarang maklumat lanjut Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Mohama...
Wanita Dakwa Dihalau Peniaga Lama Terpaksa Akur Tolak Gerai Ke Kawasan Lain

Wanita Dakwa Dihalau Peniaga Lama Terpaksa Akur Tolak Gerai Ke Kawasan Lain

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 82 hits
Seorang wanita mendakwa dia telah dihalau peniaga lama ketika mahu menjalankan operasi perniagaan di kawasan Taman Industri Seri Sulong Batu Pahat Johor Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Zarifah Aisar di l...
Kwsp Rekod Pendapatan Pelaburan Rm57 57 Bilion Ada Potensi Dividen Tahun Depan Dapat Lebih

Kwsp Rekod Pendapatan Pelaburan Rm57 57 Bilion Ada Potensi Dividen Tahun Depan Dapat Lebih

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 112 hits
KWSP rekod pendapatan pelaburan RM57 57 bilion ada potensi dividen tahun depan dapat lebih Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57 57 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024 ...
Punca Harga Rumah Kekal Sama Sepanjang Tahun

Punca Harga Rumah Kekal Sama Sepanjang Tahun

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 83 hits
Punca Harga Rumah Kekal Sama Sepanjang Tahun Harga rumah takkan naik kalau ko beli rumah macam ni Sewa pun mesti susah Contoh Rumah sebelah kubur View rumah facing kuburRumah sebelah high tension cable Rumah yang jalan masuknya kuat traffic...
Penghampusan Hutan Adun Sungai Lembing Kesal Kerajaan Pahang Masih Diam Seribu Bahasa

Penghampusan Hutan Adun Sungai Lembing Kesal Kerajaan Pahang Masih Diam Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 120 hits
KUANTAN Penghapusan hutan atau pembangunan tanah Di mana Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling EIA tanya Ahli Dewan Negeri Sungai Lembing Mohamad Ayub Mat Ashri Menurutnya sudah melebihi 30 hari sejak beliau mula menyuarakan kebimb...
Terjatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri Remaja Perempuan 15 Tahun Maut

Terjatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri Remaja Perempuan 15 Tahun Maut

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 103 hits
dari pangsapuri remaja perempuan 15 tahun maut Seorang remaja perempuan berusia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah di Farlim George Town Pulau Pinang pada awal pagi Ahad Terjatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri Remaja Peremp...
Ulang Tahun Ke 75 Tenaga Nasional Berhad 1949 2024

Ulang Tahun Ke 75 Tenaga Nasional Berhad 1949 2024

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 609 hits
Sumber gambar mykoleksi ambil dari FBItem dalam gambar bukan keluaran Bank Negara Malaysia satu lagi duit syiling yang menarik untuk dikeluarkan jika TNB bekerjasama dengan BNM Setakat ini mykoleksi belum ada info berkenaan item tersebut ak...
Jangan La Nak Malukan Negeri Yang Lebih 30 Tahun Dibawah Kepimpinan Ulama

Jangan La Nak Malukan Negeri Yang Lebih 30 Tahun Dibawah Kepimpinan Ulama

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 128 hits
Kehadiran ramai rakyat Malaysia hidupkan pusat hiburan di GolokNor Fazlina Abdul Rahimnfazlina bh com myTinjauan di beberapa premis kelab malam di pekan Golok mendapati dibuka seawal jam 8 malam NSTP Nik Abdullah Nik OmarSUNGAI GOLOK Sekita...
Gadis 15 Tahun Di Penang Meninggal Lepas Jatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri Selepas Bergaduh Dengan Bf

Gadis 15 Tahun Di Penang Meninggal Lepas Jatuh Dari Tingkat 16 Pangsapuri Selepas Bergaduh Dengan Bf

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 95 hits
Seorang gadis berusia 15 tahun di Penang terjatuh dari tingkat 16 apartmennya dan meninggal dunia Menurut laporan dari Sin Chew dan Astro Awani dia dilaporkan bertengkar dengan teman lelaki sebelum kejadian kononnya kerana lelaki itu tidak ...
If Zahid Betrays Anwar It Will Be Anwar S Fault More Than Zahid

Crafting A Catchy Facebook Name

Buli Trend Atau Gaya Hidup

Mostbet O Site Oficial Da L Der Na Apostas Esportiva

The Unique Appeal Of Winfield Optimum Crush For Modern Smokers

Health Financing System Unsustainable Time For A Revamp

French Elegance Meets American Comfort In A Moscow Apartment Designed By Simple Interiors

Hikmah Tular Penjual Es Teh Indonesia Dihina Pendakwah


echo '';
FFM 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info Festival Filem Malaysia 33

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Marina 2024 Di Aplikasi Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pn Pantau Masalah Pendalaman Sarawak Jom Bela Rakyat

Umno Silap Besar Benci Pas

Govt To Look Into Bumiputera Status For Indian Muslims Says Pm

Kotak Ayam Goreng Yang Kreatif Dan Fungsional Menjamin Kualiti Makanan Dan Daya Tarik Pelanggan

Ezad Lazim Dalam Kenangan Chord

Ernie Zakri Sabronzo Luv Chord